BAB 52

11.5K 175 0
                                    

Dua bulan berlalu....

Anisa Sofea, Tengku Zhafril Irfan, Tan Sri Zayed Irfan, Puan Sri Camelia, Tengku Zetty Inara, Tengku Zakuan Irfan, Datuk Sauqi, Datin Suzila, Pak Atan dan Mak Jah berada di hadapan rumah Encik Jalil dan Puan Fatimah. Turut serta si kecil Tengku Aryan Irfan Bin Tengku Zhafril Irfan yang berada dalam dukungan neneknya.
Kesemua mereka tiba di Kedah tanpa memaklumkan kepada tuan rumah.

Tersentak Encik Jalil dan Puan Fatimah melihat tetamu yang hadir ada yang tidak mereka kenali namun cepat-cepat mereka menjemput tetamu itu semua naik ke rumah dan berehat di beranda rumah yang agak luas. Wajah tetamu yang tidak dikenali oleh mereka. Melihat bayi dalam dakapan Anisa Sofea lalu,  Tan Sri Zayed Irfan menceritakan semuanya dari mula sampai akhir. Dari A sampai Z. Anisa Sofea menangis kerana selama ini dia tidak berterus terang dengan mak dan ayahnya. Dia rasa berdosa kerana pasangan inilah yang telah menjaga dirinya dari kecil.

"Mak tak marah kamu. Mak faham kenapa kamu rahsiakan dari mak. Dah tak elok nangis orang tengok tu." Pujuk Puan Fatimah tubuh anaknya dipeluk erat. Encik Jalil leka dengan cucu lelakinya. Sudah lama dia teringin menimang cucu lelaki kelak  boleh dia ajak memancing.

"Nisa sayang mak. Nisa minta ampun mak."

"Lupakan semua tu. Kita mulakan hidup baru. Mak sayang anak mak." Pujuk Puan Fatimah.

"Pak Atan, nanti tolong carikan hotel yang terdekat. Senang kami nak tidur malam ni." Ucap Datuk Sauqi. Encik Jalil yang mendengar tersentak. Lantas dia menghampiri Datuk Sauqi.

"Datuk, tak usah cari hotel. Duduk je dekat pondok buruk saya ni. Rumah ni luas muat kita semua ni. Tapi tak selesa sangat la maklumlah rumah dah lama." Pelawa Encik Jalil. Sejak mengetahui Daria mengandung, dia mengubah suai rumahnya. Dibesarkan bahagian ruang tamu dan ditambahnya bilik supaya nanti bila Anisa Sofea dan Akmal berkahwin, mereka semua selesa tinggal di rumahnya. Lebih-lebih lagi jika sudah ada anak. Tak payah sewa hotel.

"Ishhh... tak usah berdatuk-datuk dengan saya abang Jalil. Panggil Qi pun dah cukup. Abang Jalil... terima kasih tolong jagakan Nisa selama ni. Budi abang tak mampu saya balas." Terang Datuk Sauqi. Air matanya mengalir. Kesal akan kesilapan yang pernah dia lakukan. Kesal kerana telah menghancurkan hati anak sulungnya. Anak sulung yang telah diabaikan kini menjaganya dengan sepenuh hati.

Tangan Datuk Sauqi, Encik Jalil pegang erat. Cuba memberikan kekuatan.

"Qi, kita lupakan semua yang dah lepas. Nisa dah macam anak kandung abang. Abang sayangkan dia."

Untuk apa mengenang benda yang sudah lepas. Semuanya sudah berlalu. Puan Fatimah meminta diri untuk ke dapur ingin menyediakan juadah untuk mereka yang datang dari jauh. Langkahnya diikuti oleh Datin Suzila dan Puan Sri Camelia. Ingin membantu sambil berborak mahu mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Sesekali pulang ke kampung beramai-ramai terasa seronok sekali.

Petang itu juga, kelibat Daria, suami serta anaknya muncul di rumah kediaman Encik Jalil. Turut serta Akmal yang muncul selang dua puluh minit dari kakaknya.

Mereka sama-sama menghabiskan masa dengan berborak dan berkisar tentang kehidupan masing-masing. Petang itu juga Encik Jalil membawa mereka berpusing mengelilingi kampung. Menikmati keindahan sawah padi yang menghijau. Mandi di sungai yang menjadi tempat melepak Daria, Anisa Sofea dan Akmal sewaktu kecil dahulu.

Tengku Zetty Inara dan Tengku Zakuan Irfan mengikut Akmal. Mereka berdua yang sememangnya tidak pernah menjejakkan kaki ke kampung terasa begitu teruja. Mereka ditemani oleh Akmal bersama mengelilingi kampung menaiki basikal.

Anisa Sofea berdiri mengadap sawah padi di belakang rumah. Termenung bersendirian. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Hanya telefon sahaja yang menjadi perhubungan antara dia dan emaknya. Anaknya sedang tidur itu berada di atas bersama suaminya. Mereka bertiga hanya berehat di rumah termasuk Puan Fatimah. Kata emaknya dia mahu memasak juadah untuk makan malam. Dia turut sama membantu Puan Fatimah. Menyediakan hidangan untuk para tetamu.

Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang.
Sedari tadi Tengku Zhafril Irfan hanya memerhati gelagat isterinya. Kejap tersenyum kejap ketawa. Dia yang turun ke dapur mencari isterinya berjumpa dengan Puan Fatimah yang sibuk memasak. Katanya Anisa Sofea berada di belakang rumah mengambil serai tapi tidak muncul-muncul dari tadi. Sebab itu dia datang untu memastikan keadaan isterinya. Risau jika apa-apa berlaku.

"Sayang buat apa? Mak dah marah tu. Lama sangat ambil serai." Adu Tengku Zhafril Irfan pipi isterinya dikucup lama.

"Tiba-tiba teringat kenangan lama. Rindu."

"Kan abang dah ada depan mata tak yah nak rindu kan yang lama."

"Jealous la tu."

"Mana ada. Tu anak awak tengah nangis. Lapar. Nasib Kak Daria ada tolong tengokkan Aryan kalau tak jenuh abang nak pujuk anak teruna awak tu."

"Anak teruna abang tu sama macam abang. Susah dipujuk."

"Mana ada. Pandai je sayang tuduh abang."

"Tak mengaku la tu." Pipi Anisa Sofea dikucup lagi. Kali ini lebih lama. Sungguh... dia betul-betul sayangkan Anisa Sofea. Cintanya terlalu dalam. Hanya isterinya tertakhta di hati untuk selamanya.

"Mommy and daddy Aryan, cukup-cukup la tu. Anak dah menangis kat atas tu. Nanti sambung balik kat dalam bilik tu hah." Sergah Daria dari pintu dapur. Dia turut sama berada di rumah. Ingin membantu Puan Fatimah.

Dengan pantas Anisa Sofea masuk ke dalam rumah. Kedengaran suara Aryan menangis kuat. Anaknya itu hanya minum susu badan. Dia  meninggalkan suaminya sendirian di belakang rumah. Pisau dan serai diletakkan di tangan suaminya yang terkebil-kebil.

"Nah nanti abang bagi dekat mak ye."

My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now