BAB 9

7.6K 174 1
                                    

Wajah milik Anita Sofea dipandang. Tidak percaya akan kata-kata yang lahir dari bibir anaknya itu. Dia salah dengar ke? Dahi Anita Sofea ditekap menggunakan tangan. Tak panas.

"Kamu demam ke?"

Anita Sofea memandang Datin Suzila. Pelik dengan soalan mamanya itu.

"Mana ada mama ni."

"Habis kenapa cakap benda yang bukan-bukan."

"Hai girls.... "

Belum sempat dia menjawab pertanyaan Datin Suzila, kedengaran suara milik Datuk Sauqi.
Datuk Sauqi yang baru pulang dari berjumpa kawan-kawan nya melangkah perlahan menuju ke arah isteri dan anaknya itu. Dahi kedua-duanya dikucup perlahan. Kasih sayangnya terhadap mereka berdua tidak berbelah bagi.

"Hai pa..." balas Anita Sofea. Datin Suzila hanya tersenyum simpul membalas sapaan Datuk Sauqi.

"Apa yang diborakkan ni? Tak tidur lagi ke?"
Jam di tangan kirinya dipandang. Sudah hampir pukul 11.30malam.

"Belum bang. Ni ha anak abang ni. Demam ke apa tiba-tiba dia ajak si Nisa tu sedondon dengan kita."

Wajah milik Datin Sauqi berubah menjadi bengis. Tidak suka andai nama itu menjadi sebutan. Bencinya pada si anak meluap-luap.
Melihat wajah papanya sudah berubah, cepat-cepat Anita Sofea menjawab.

"Please pa... let me explain. Macam ni. Papa dengan mama tak nak ke Nisa tu sedondon dengan kita? Mama dengan papa tahu kan semua orang tahu yang Nita ada kakak. Lebih-lebih lagi kawan-kawan rapat Nita. Nanti apa pulak dia kata kalau Nisa pakai baju lain dari kita? Papa nak ke semua orang tahu macam mana hubungan kita dengan Nisa.  Kenalan papa pun ramai ."

Terang Anita Sofea. Dia tidak mahu reputasinya sebagai model terkenal jatuh semata-mata benda yang kecik ni. Tambahan pula sekarang media sentiasa mengekori nya ke mana sahaja dia pergi. Lebih-lebih lagi jika bukan bersama dengan Tengku Zhafril Irfan, tunangnya itu. Tempoh hari hampir saja dia terkantoi dengan media semasa bersama dengan Jeffry kekasih gelapnya itu di Kundasang.

Datuk Sauqi terdiam. Ada betul juga kata-kata Anita Sofea itu. Anak nya itu seorang model terkenal. Kalau media dapat tahu mesti akan menjadi isu panas. Dia juga akan mendapat malu. Datuk Sauqi tak pernah mengaku Anisa Sofea  anaknya. Boleh jatuh maruahnya nanti.
Datin Suzila juga akan mendapat malu. Semua kawan-kawannya tahu dia mempunyai dua anak tiri. Kemana sahaja majlis atau parti dia hanya akan bersama Anita Sofea. Pernah ditanya oleh salah seorang temannya mengenai Anisa Sofea, jawapan cukup mudah. Anak tirinya itu sibuk.

Bagi Datuk Sauqi kebencian nya pada Anisa Sofea tidak pernah padam walaupun sudah lama peristiwa itu berlaku. Setiap kali memandang wajah milik Anisa Sofea, ingatan nya kembali kepada arwah isteri nya, Puan Aisha. Raut wajah Anisa Sofea saling tidak tumpah dengan isteri. Lesung pipit milik Anisa Sofea menambahkan lagi kecantikan yang dimilikinya. Wajah Anita Sofea pula lebih mirip nya. Bertubuh tinggi lampai dan hitam manis. Kerana itu Anita Sofea terkenal dalam dunia permodelan. Pernah Anita Sofea menerima tawaran untuk berlakon tetapi dia menolak kerana fokus nya lebih kepada permodelan.

Memandang wajah Anisa Sofea, hatinya bagai dipagut rasa sakit yang amat dalam bagai disiat-siat. Lebih-lebih lagi Puan Aisha adalah wanita pertama yang dia cintai.
Menyintai Datin Suzila tidak sama dengan cintanya terhadap Puan Aisha.

Aisha yang lemah lembut, Aisha yang penyayang, Aisha yang penyabar, Aisha isteri yang taat padanya... Aisha..... cinta pertamanya.

Andai masa dapat diputarkan kembali...
Dia ingin luangkan masa bersama Aisha, isteri yang amat dicintainya.....

Datin Suzila memandang ke arah suaminya. Acap kali nama Anisa Sofea disebut wajah suaminya akan berubah bengis dan selepas itu wajah Datu Sauqi akan berubah mendung. Yakin akan suaminya itu mengingati arwah Puan Aisha.

Pandangan Datin Suzila jatuh pula pada wajah Anita Sofea. Semalaman dia brain wash anak daranya itu supaya meninggalkan Jeffry dan teguh pada Tengku Zhafril Irfan kerana dia yakin hidup anaknya akan bahagia bersama Tengku Zhafril Irfan kerana jejaka itu merupakan seorang anak seorang jutawan. Dia yakin kesemua harta Tan Sri Zayed Irfan akan jatuh ke tangan bakal menantunya itu. Jika Anita Sofea berkahwin dengan Tengku Zhafril Irfan dia yakin anaknya itu akan hidup senang.







My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now