Dia mendengus kuat. Jam di tangan di lihatnya. Sudah hampir ke pukul 6.30 petang. Kelibat Anisa Sofea masih tidak kelihatan. Mereka perlu berada di dewan pada pukul 7.00 malam.
"Mana diorang ni. Dah pukul berapa ni."
Khai hanya memandang Tengku Zhafril Irfan.
"Tadi Puan Sri suruh datang sekali kau tak nak. Sekarang ni tunggu la jawabnya." Ujar Khai. Wajah cemberut Tengku Zhafril Irfan tidak di peduli. Sekali sekala temannya itu perlu dipulangkan paku buah keras. Degil.
"Kau tahu kan aku tak suka perempuan tu. Sebab dia aku tak jadi kahwin dengan Nita."
"Dah jodoh kau dengan Nisa. Kau kena ingat Allah dah atur untuk kau. Nak tak nak nanti kau sebilik juga dengan dia. Nama pun isteri."
"She's not my wife!"
Not my wife konon. Agaknya yang terbeliak biji mata tengok Anisa Sofea pagi tu mungkin kembar Tengku Zhafril Irfan kot. Tak suka la sangat.
"Kau kutuk aku kan." Soal Tengku Zhafril Irfan. Dia yakin Khai ada mengatanya. Khai tersentak. Tahu pula Tengku Zhafril Irfan yang dia tengah mengutuk.
"Along..." panggil Tengku Zetty Inara.
Laju langkah Zetty menuju ke arah mereka. Wajah gelisah itu dipandangnya."Mama tanya mana wife along. Dah pukul berapa ni? Semua orang tengah tunggu tu." Soal Tengku Zetty Inara. Dia dihantar oleh mamanya untuk melihat keadaan abangnya itu. Meminta mereka bersedia untuk masuk ke dalam.
"Khai, kau kol Rocky sekarang." Arah Tengku Zhafril Irfan.
Khai menyeluk kocek seluar mencari telefon bimbitnya ingin menelefon Rocky. Namun usaha nya gagal kerana masuk ke peti simpanan suara. Tiba-tiba kelibat Rocky kelihatan.
Disamping lelaki itu, ada seseorang yang menjadi perhatian mereka. Cantik berbusana pengantin.Tengku Zetty Inara juga melihat ke arah Rocky. Matanya memandang ke arah pengantin. Dia akui kakak iparnya itu sangat cantik. Namun yang menjadi perhatiannya sekarang adalah pengapit Anisa Sofea. Matanya tajam memerhati gadis tersebut. Seperti dia mengenali gadis tersebut.
"Doktor Inara???" Soal Ella. Dia mengenali wanita tersebut. Tengku Zetty Inara merupakan doktor pakar bius di Mims Hospital.
"Ella, awak buat apa kat sini."
"Ini best friend saya. Anisa Sofea...."
Anisa Sofea memandang Ella dan Tengku Zetty Inara. Macam mana Ella boleh mengenali adik iparnya itu. Belum pun sempat mereka berkenalan muncul pula Puan Sri Camelia .
"Eh... tunggu apa lagi ni. Semua orang tengah tunggu kat dalam." Puan Sri Camelia mencelah. Dia terpaksa datang ke sini untuk melihat sendiri keadaan di sini. Sangkanya menghantar Tengku Zetty Inara cepatlah mereka datang tetapi sebaliknya berlaku. Sekali Tengku Zetty Inara pun tersangkut kat sini.
"Doc, nanti kita sembang lagi k." Ujar Ella.
Tangan Anisa Sofea kejap berada di dalam genggaman Tengku Zhafril Irfan. Semakin dia tarik semakin kuat cengkaman itu. Sudahnya dibiarkan sahaja jemarinya berada di dalam genggaman suaminya.
Perlahan-lahan mereka melangkah memasuki dewan. Mereka yang ditemani oleh Khai dan Ella kebetulan memakai baju rona yang sama. Turut sama memberi senyuman kepada para tetamu.
Pasangan pengantin duduk di atas pelamin mewah itu. Sama cantik dan sama padan. Anisa Sofea tak senang duduk. Tak betah duduk rapat dengan Tengku Zhafril Irfan. Perlahan dia mengesot menjauhi lelaki itu. Reaksi Tengku Zhafril Irfan tidak diendahkan. Dia merasa rimas.
Mata Anisa Sofea meliar memerhati sekeliling dewan. Luasnya dewan ini. Tak sangka dia berkesempatan untuk berada di sini. Walaupun dia berduit namun untuk berada di sini adalah sangat tidak mungkin. Melihat dewan ini pun dia boleh mengangak berapa nilainya.Dari jauh dia melihat Datuk Sauqi, Datin Suzila, Mak Jah dan Pak Atan. Melihat wajah masam papa dan mama tirinya, dia dapat rasakan mereka terpaksa berada di sini. Namun itu tidak penting baginya. Kehadiran Mak Jah Dan Pak Atan sudah cukup membahagiakan.
Tiba-tiba hatinya sayu mengenangkan keluarga angkatnya di kampung. Mak dan ayah angkatnya tidak sabar mahu melihat di menamatkan zaman bujangnya. Dia tidak berkesempatan untuk menelefon mereka. Sebolehnya dia ingin merahsiakan perkahwinannya. Dia tidak mahu keluarga angkat nya bimbang. Lebih-lebih lagi mak angkatnya yang kebelakangan ini selalu tidak sihat. Dia akan pulang ke kampung dan akan menjelaskan perkara yang sebenar kelak.
Lamunan Anisa Sofea terhenti. Tengku Zhafril Irfan menarik tangannya untuk turun ke bawah berkenalan dengan para tetamu.
Reaksi para tetamu saat melihat wajahnya sedikit pun dia tidak peduli. Mungkin pelik melihat pengantin perempuan yang sudah diganti.Anisa Sofea memaniskan lagi wajahnya. Ramainya tetamu jemputan ayah mentuanya. Naik lenguh dia bersalam dan tersenyum.
"Selamat pengantin baru...." mendengar suara itu pantas Anisa Sofea berpusing. Dia kenal akan pemilik suara tersebut.
"Hariz.... " ucapnya perlahan tetapi didengari oleh Tengku Zhafril Irfan. Wajah pemuda yang bernama Hariz itu menjadi santapan matanya. Gadis seksi di sebelah lelaki itu tidak dipedulikan. Apa yang menjadi perhatian nya adalah Anisa Sofea.
Riak wajah isterinya berubah.....
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
عاطفية( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...