( 1st story )
Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea
Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga.....
Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...
Jeritan jururawat memenuhi ruang bilik bersalin Mims Hospital. Seakan memberi semangat untuk si ibu berjuang melahirkan permata yang amat berharga itu. Kelihatan seorang doktor memakai apron, google, gloves dan boot getah. Menanti dengan penuh sabar si ibu untuk meneran. Peringkat ketiga di mana bukaan sudah ke sepuluh sentimeter dan memerlukan kekuatan si ibu untuk meneran.
"Push lagi puan, kepala baby dah nampak ni." Ujar para jururawat. Si suami kelihatan gelisah tetapi turut sama memberi semangat buat isteri.
Anisa Sofea setia menanti. Menunggu si ibu rehat di antara sesi meneran. Dia memerhatikan jururawat yang bersamanya. Dua orang adalah bidan dan seorang jururawat dikhaskan untuk bayi. Fokusnya hanya terhadap bayi yang akan dilahirkan.
Melihat sakit contraction kembali, jururawat memberi semangat lagi untuk si ibu meneran. Dan akhirnya.....
Tangisan bayi menangis memecah keheningan di pagi Sabtu itu.
Alhamdulillah... Ucapan keramat itu lahir dari bibir mungil milik Anisa Sofea. Satu lagi kelahiran tanpa sebarang komplikasi. Jururawat bidan juga mengucapkan kalimah yg sama. Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditunjukkan jantina dan diletakkan di atas dada si ibu. Tag nama dipakaikan.
Untuk bonding iaitu ikatan antara ibu dan bayi selepas lahir. Sepuluh minit kemudian, placenta atau uri berjaya dikeluarkan. Yakin semuanya sudah complete, Anisa Sofea memulakan jahitan. Ada sedikit koyakkan atau episiotomy memandangkan bayi saiznya agak besar.
Episiotomy atau luka jahitan semasa bersalin dijahit dengan berhati-hati. Setelah selesai semua peralatan yang digunakan di susun semula untuk memudahkan jururawat mengemas. Si ibu dan si ayah asyik dengan bayi yang baru di lahirkan. Senyuman nipis terbit di bibir Anisa Sofea.
"Tq doc. Tq so much," Ucap si ibu setelah Anisa Sofea selesai menjahit luka jahitan bersama linangan air mata kebahagiaan. Anisa Sofea ukir senyuman.
Bahu si ibu diusap lembut oleh Anisa Sofea. Tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat orang lain bahagia.
"Most welcome dear, congratulation both of you. Take a good rest, kalau tak letih boleh try breastfeed baby and if had anything just call my nurse okay. They all available for you." Ucap Anisa Sofea sambil menanggalka apron, glove dan kasut boot yang dipakainya.
Sambil membetulkan kedudukan baju tshirt dan seluar track yang dipakainya dia menghayunkan langkah menuju ke komputer di kaunter bilik bersalin. Baju itu sahaja yang sempat dicapai sebelum bergerak ke hospital setelah mendengar suara cemas milik jururawat memandang si ibu sudah bersedia untuk bersalin. Sambil menyiapkan report, sempat dia berbual dengan jururawat yang bekerja pada shift malam itu. Masing-masing merah mata memandang kan pesakit bersalin pada pukul 5.17 pagi waktu semua tengah sedap tidur termasuk la dia.
Usai menaip report dan mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang membantunya tadi, Anisa Sofea menghayunkan langkah ke ruang basement parkir kereta. Berjalan menuju ke arah Perodua Kelisa miliknya. Melihat kereta tersebut teringat kata-kata sahabat dan jururawat yang dikenalinya.
"Doc, tukar la kereta baru"
"Doc, Audi ada keluar design kereta baru"
" Doc BMW lagi cun sporty baru ada kelas"
"Neesa, kau beli la kereta yang kelas sikit kau doktor kot"
Bermacam-macam suggestion yang diberikan oleh mereka.
Pedulikan semuanya. Bukannya dia kedekut. Bukannya dia berjimat tetapi ...
Kereta ini merupakan peninggalan arwah ibunya. Kereta yang paling dia sayang. Banyak sentimental value yang semua orang tak tahu termasuk ayahnya Datuk Sauqi. Satu-satunya pengubat rindu buat arwah ibunya, Puan Aisha. Sudah sekian lama kereta jenama Perodua ini berbakti kepadanya. Tidak pernah sekalipun kereta ini buat perangai.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anisa Sofea car...
Enjin kereta dihidupkan. Jam di dashboard menunjukkan pukul 6.27pagi. Selepas mengangkat tangan kepada security kereta Anisa Sofea meluncur laju membelah kedinginan pagi menuju ke kediaman milik keluarganya di Gombak. Dalam kepala nya pada saat ini hanya terbayangkan bantal dan tilam yang empuk...