BAB 26

8.5K 169 1
                                    

Selesai membersihkan badan, Anisa Sofea melangkah ke luggage miliknya. Luggage itu sudah berada di dalam suite ini sejak dia menjejakkan kaki ke situ. Luggage pink itu adalah kepunyaannya. Mungkin orang suruhan bapa mentuanya meletakkannya di sini. Di sisi luggagenya terdapat sebuah lagi luggage berwarna biru tua.

Luggage dibuka. Ingin mencari baju tidur untuk dipakai. Namun apa yang terhidang di matanya membuatkan dia membulatkan biji mata.

'Macam mana baju ni boleh ada kat sini? Sejak bila pulak aku pakai baju tidur seksi macam ni. Takkan Mak Jah yang letak kot' bisiknya.

Gaun tidur hitam dicapai dan mengangkat tinggi.
Terbeliak biji matanya melihat betapa seksinya gaun tersebut.

'Biar betul Mak Jah ni. Macam tak tutup je. Baik tak payah pakai baju!!!

Tangan Anisa Sofea spontan melemparkan gaun hitam itu ke lantai. Terasa geli-geliman. Walaupun dia suka mengenakan baju tidur yang seksi, seumur hidup nya tidak pernah lagi dia memiliki gaun tidur sebegini seksi. Ibarat berbogel.

Tiba-tiba matanya tertancap pada gaun rona merah jambu. Meskipun singkat, dia masih boleh memakainya. Memandangkan suaminya tiada bersama boleh lah dia mengenakan gaun tersebut. Yakin Tengku Zhafril Irfan tidak akan pulang semula ke sini. Melihat cara Tengku Zhafril Irfan melayannya dia tahu suaminya itu membenci akan dirinya.

Gaun merah jambu itu dicapai dan disarungkan ke tubuh. Gaun hitam yang seksi itu dicampakkan ke lantai dan luggage ditolak ke dinding. Sebelum tidur dia meneguk air mineral di atas meja. Perutnya berkeroncong. Tadi dia hanya menjamah sedikit makanan kini hanya air mineral saja yang dapat melapik perut.

Anisa Sofea panjat katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Anisa Sofea panjat katil.... Hiasan burung diletakkan di atas lantai. Kelopak bunga yang berada di atas katil ditolaknya ke tepi. Dia meletakkan kepala ke bantal...... dan kemudian dengkuran halus kedengaran.

Tengku Zhafril Irfan membuka pintu suite mewah itu tepat pukul 3.45 pagi. Selepas berborak dengan Tony dan Mikey dia menaiki grab untuk pulang ke hotel. Sudah dipesan kepada driver papanya untuk tidak membuka mulut mengenai dirinya yang berada di kelab malam itu. Tidak mahu mendengar bebelan papanya.

Kot biru yang dipakai dilemparkan ke atas sofa. Kasut dan tali pinggang ditanggalkan serentak. Jam tangan diletakkan di atas meja solek. Dengan perlahan dia melangkah menghampiri Anisa Sofea. Dengkuran halus kedengaran. Wajah isteri ditatapnya.

Cantik namun cepat-cepat ditepisnya........

Alangkah bahagianya dia jika yang terbaring ini adalah Anita Sofea... Wanita yang dia cintai sepenuh hati. Puas dia memikirkan ke mana Anita Sofea menghilang tanpa berita dan ke manakah hala tuju perkahwinan dia dan isterinya.... Akan tiba masanya dia akan menoktahkan ikatan antara dia dan Anisa Sofea.

Tengku Zhafril Irfan memusingkan badan mahu ke bilik air membersihkan diri. Namun sesuatu yang berwarna hitam di lantai menarik perhatiannya. Dia tunduk mencapai gaun hitam itu. Melihat gaun hitam yang seksi itu, spontan gaun tersebut dicampakkan ke lantai. Dadanya berkocak hebat. Marah. Tubuh si isteri yang lena di katil dihampirinya. Selimut yang membaluti tubuh Anisa Sofea direntap kasar.

Anisa Sofea yang masih mamai dan terkejut itu terus bangun dan duduk. Melihat wajah Tengku Zhafril Irfan di hadapannya terus matanya segar bugar.

Mata Tengku Zhafril Irfan tertumpu pada tubuh separuh terdedah dan paha gebu milik isterinya. Tangannya pantas menanggalkan butang baju kemeja yang dipakai. Kemeja putih itu dijatuhkan ke lantai.

Melihat tindakan Tengku Zhafril Irfan, Anisa Sofea seakan tersedar dari mimpi. Sedar akan keadaan dirinya. Bantal di sisi dicapai dan dia menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

Langkah Tengku Zhafril Irfan semakin menghampiri Anisa Sofea. Melihat wanita itu menutup tubuh membuatkan hatinya marah. Untuk apa berpakaian sebegitu selain dari ingin menggoda dirinya......

Mata mereka saling berpandangan. Tubuh Anisa Sofea mengigil ketakutan. Kelakuan
Tengku Zhafril Irfan menakutkan dirinya.

Kaki Anisa Sofea ditarik hingga ke hujung katil. Bantal yang dipeluk isterinya dicampakkan ke lantai. Anisa Sofea yang tidak bersedia akan tindakan Tengku Zhafril Irfan terjerit kecil. Tubuh kecil milik Anisa Sofea ditindihnya. Kedua belah tangan si isteri ditekankan ke tilam. Wajah nya dirapatkan ke wajah milik Anisa Sofea.

"Kau sengaja nak goda aku kan?"

Soal Tengku Zhafril Irfan dengan suara perlahan. Terbuai melihat keindahan tubuh isterinya. Walaupun dia tidak menyintai Anisa Sofea, namun melihat lekuk tubuh isterinya, dia sudah tergoda. Leher Anisa Sofea dicium lama. Haruman tubuh itu mengasyikkan.

"Lepaskan I..... " Rontaan kecil Anisa Sofea tidak dapat mematikan perbuatan Tengku Zhafril Irfan.

"Please Zhaf... let me go...."

Tengku Zhafril Irfan seakan tersedar dari tindakannya. Wajah Anisa Sofea ditatapnya. Sangkanya dia bersama dengan Anita Sofea.

"Please.... let me go....I'm begging you...."

Air matanya menitis. Takut akan segala perbuatan suaminya. Dia tidak rela diperlakukan sebegini. 

"I'm your husband!!!"

"I didn't love you..."

"Habis sapa yang boleh sentuh kau??? Hariz!!!"
Ujar Tengku Zhafril Irfan apabila dia membayangkan pelukan Hariz terhadap isterinya.

Serentak gaun rona merah jambu itu direntap kasar. Separuh dari tubuh Anisa Sofea terdedah. Tengku Zhafril Irfan membenamkan wajah ke dada putih Anisa Sofea. Digigitnya dada itu sekuat hati. Hatinya marah!!!!!!












My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now