BAB 48

10.6K 175 1
                                    

Lengan Tengku Zhafril Irfan dipaut oleh seseorang. Dia yang baru keluar dari tandas terkejut dengan tindakan dari seseorang secara tiba-tiba. Pantas Tengku Zhafril Irfan menoleh. Melihat saja wajah Anita Sofea terus direntap lengannya dari pautan wanita tersebut. Tidak mahu isteri melihat. Melihat perut wanita itu pantas dia mengucap panjang.

"Zhaf, I rindukan you."

Baru sekarang mahu mengucapkan rindu. Dahulu semasa dia ingin menjelaskan semuanya wanita itu hanya melarikan diri. Panggilan telefon dan whatapps tidak dibalas oleh Anita Sofea. Ingin berlalu pergi, tapi pantas dihalang oleh Anita Sofea.

"You tak rindukan I Zhaf?"

"You dah gila ke? I dah kahwin!!!".

"I rela jadi isteri kedua you, Zhaf..."

Tengku Zhafril Irfan menahan amarah. Sungguh dia sedang menahan marah dan sungguh dia risau jika isterinya mengetahui mengenai pertemuan antara dia dan Anita Sofea. Susah payah dia berusaha untuk menawan hati isterinya dan betapa dia bersyukur isterinya menerima diri seadanya. Dia tidak sanggup kehilangan Anisa Sofea.

"You dah gila ke? You ingat I akan terima you. Walaupun you tak pregnant sekalipun I takkan terima you. Cukup la apa you dah buat dekat I dulu. And please, jangan ganggu I dan jangan muncul lagi depan I!!!!"

"You akan jadi hak I Zhaf. I akan rampas you dari perempuan tak guna tu."

Rahang Anita Sofea, dia cengkam kuat. Perempuan tak berguna itu adalah isterinya. Dia insan paling bertuah dapat memiliki wanita itu. Dia banyak berdosa terhadap Anisa Sofea. Dua kali dia merogol wanita itu tanpa rela. Dia bersyukur kerana isterinya sudi memaafkan dirinya.

"Aku takkan pernah jadi hak kau sampaai bila-bila pun! Ingat tu!!!"

"I akan musnahkan perempuan tu Zhaf!!" Ucap Anita Sofea dengan kuat. Dia akan musnahkan kebahagiaan mereka.

Rambut Anita Sofea dicengkam kuat. Marahnya membuak-buak.

"Kau dengar sini baik-baik. Apa-apa jadi dekat wife aku, kau tahulah nasib kau. Kau ingat tu!!!"

Rambut Anita Sofea dilepaskan oleh Tengku Zhafril Irfan. Rasanya lagi lama dia berada di situ mahu saja dia membelasah wanita tersebut.

Anita Sofea mengeluh kasar. Geram akan tingkahlaku Tengku Zhafril Irfan terhadapnya. Samgkanya lelaki itu akan tunduk padanya. Kerana dia yakin Tengku Zhafril Irfan menyintainya. Dia mengepal penumbuk. Dia akan melenyapkan Anisa Sofea dari muka bumi ini.

Teratak Datuk Sauqi

Kertas di tangan dilemparkan ke dinding. Rasa mengigil seluruh tubuhnya. Air matanya mengalir lagi. Petang tadi dia menerima panggilan telefon dari klinik kesihatan yang memeriksa kandungannya. Meminta dia datang ke klinik dengan kadar segera. Berita yang disampaikan oleh doktor kesihatan membuatkan seluruh hidupnya musnah.

AIDS.....

Sepanjang hidupnya, dia melakukan aktiviti seks bebas tanpa perlindungan. Dia bukan sahaja melakukan seks bersama Jeffry, dia juga turut melakukannya bersama lelaki lain tanpa pengetahuan Jeffry. Dia mula melakukan seks semasa berusia 19 tahun sewaktu dia berada di kolej. Bermula dari seorang, bertambah kepada yang lain. Seperti berganti baju. Kini hidupnya betul-betul musnah.

Datin Suzila masuk ke dalam bilik. Kelihatan sehelai kertas yang berada di atas lantai. Melihat isi kandungan kertas tersebut, mengigil tubuhnya. Dihampirinya Anita Sofea. Satu penampar naik ke pipi anaknya. Air matanya laju mengalir. Tidak menyangka ini balasan yang dibalas dengan kasih sayang yang telah dia curahkan sepenuh hati. Hati tuanya kecewa.

"Apa kau dah buat ni!!! Apa salah kami!!!" Jerit Datin Suzila. Datuk Sauqi yang berada di ruang tamu berlari naik ke atas menuju ke bilik Anita Sofea setelah mendengar jeritan dari isterinya.

"Kenapa Su? Dari bawah abang dengar suara Su."
Soal Datuk Sauqi. Kertas ditangan Datin Suzila dicapai. Air mata Datuk Sauqi mengalir laju. Dia menangis hiba. Ya Allah apa dosaku? Ingatan nya kembali pada anaknya, Anisa Sofea.

"Allah!!! Apa ujian yang kau bagi padaku Ya Allah." Datuk Sauqi merintih hiba sambil memegang dadanya.

"Abang, kenapa bang."

"Kenapa kau buat semua ni Nita? Kau tak sayang kami ke? Kau tak sayang papa kau ke Nita? Apa kurangnya kasih sayang kami pada kamu?"

Datin Suzila menangis. Berat ujian mereka kali ini. Anak yang disangkanya akan membuat mereka bangga.

"Su.... abang... nak jumpa...Nisa..... Nisa anak papa.."

"No!!! Hanya aku anak korang! Bukan pompuan tu!!" Semua yang berada di dalam bilik itu dilemparkan. Melampiaskan amarah di hati. Selagi dia hidup, Anisa Sofea tidak akan menjadi anak Datuk Sauqi! Itu sumpahnya!

"Mak Jah!! Pak Atan!! Tolong saya!!!"Jerit Datin Suzila kuat.

"Tolong bawak Datuk ke hospital. Tolong..... "
Ujarnya apabila melihat keduanya berada di muka pintu. Pak Atan segera menuju ke arah majikannya. Dipapahnya Datuk Sauqi ke kereta. Mak Jah juga turut membantu. Datin Suzila turut bersama memb. Melihat semua orang telah pergi meninggalkannya sendirian, pantas jeritan kuat kedengaran.

"Aku akan bunuh kau, Anisa Sofea!!!!!

My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now