Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Wajah pengantin lelaki dan perempuan di atas pelamin menjadi perhatiannya dan para tetamu yang hadir. Mereka semua kini berada di kampung halaman Anisa Sofea. Memeriahkan majlis perkahwinan di antara Akmal dan Tengku Zetty Inara. Akmal yang sudah putus tunang dengan pilihan hatinya kini memilih Zetty sebagai peneman hidup. Itu pun atas desakan Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia. Dan juga Tengku Zetty Inara. Akmal yang pada mulanya bersedih atas keadaan dirinya menerima Zetty dengan sepenuh hati. Kata Akmal, Zetty adalah cinta pandang pertamanya. Dia berjanji akan membahagiakan isterinya itu. Tengku Zetty Inara juga menerima Akmal dengan hati yang terbuka. Dia juga merasakan Akmal cinta pertama hatinya saat mata mereka bertentangan. Dia yang masih bujang itu terus bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Katanya pilihan ibu bapa adalah yang terbaik.
Dari jauh kelihatan Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia, Datuk Sauqi dan Datin Suzila ditemani Mak Jah dan Pak Atan duduk semeja menikmati hidangan. Majlis di adakan bagi pihak lelaki manakala majlis di pihak perempuan sudah diadakan dua minggu yang lalu di ibu kota. Encik Jalil dan Puan Fatimah pula sibuk melayan para tetamu yang hadir tidak lekang dengan senyuman. Maklumlah anak lelaki yang menamatkan zaman bujang.
Tiba-tiba Anisa Sofea teringat akan adiknya. Anita Sofea yang kini berada di hospital psikiatrik dan sedang menjalani rawatan pemulihan. Adiknya itu keguguran akibat dari tindakannya sendiri. Virus HIV juga sudah merebak ke seluruh tubuhnya. Dia ingin melawat adiknya itu, namun ditegah oleh Datuk Sauqi. Kata papanya keadaan Anita Sofea semakin buruk. Banyak organ dalaman sudah gagal berfungsi. Keadaan Anita Sofea juga membuatkan para doktor menasihati mereka untuk tidak datang melawat. Hanya dimaklumkan melalui telefon oleh pihak di sana. Dia rindu akan adiknya. Walaupun adiknya tidak pernah menyatakan sayang namun dia tetap sayang akan Anita. Hanya Anita yang dia ada. Darah dagingnya sendiri.
Ella juga bakal mendirikan menamatkan zaman bujangnya dua bulan dari sekarang. Bakal mengahwini seorang jurutera pilihan keluarga. Sudah lama Ella mencari pasangan hidup namun gagal.
Tengku Zakuan Irfan pula masih dengan pengajian yang bakal berakhir tidak lama lagi. Satu klinik pergigian akan ditubuhkan di Mims Hospital khas untuk Zakuan cuma menunggu doktor muda itu habis pengajian.
Wajah Tengku Aryan Irfan ditatap dari jauh. Seronok anak itu berada di dalam pelukan Rocky. Rocky juga suka melayan karenah anak Aryan yang semakin lasak itu. Jika mereka semua makan atau melakukan aktiviti bersama, Rocky akan melayan dan menjaga Aryan. Rocky yang masih bujang dan berasal dari Sarawak. Sudah lama dia menjadi pemandu peribadi Tan Sri Zayed Irfan. Seorang pembantu yang sangat setia. Semasa dirinya diculik tempoh hari, berkali-kali Rocky meminta maaf darinya.
Dan Tengku Aryan Irfan.... tanda kasih dan sayang antara dia dan suaminya. Selalu menjadi perhatian dan kesayangan semua. Maklumlah cucu sulung mereka. Apa saja kehendak Aryan pasti dipenuhi. Anaknya itu lebih banyak menghabiskan masa bersama atuk dan neneknya. Sudah dua tahun usia anaknya itu. Begitu pantas masa berlalu.
Perutnya diusap lembut. Kandungannya sudah mencecah lima bulan. Pembawakan kali ini amat berbeza semasa dia mengandungkan Aryan. Kali ini alahan nya pergi kepada Tengku Zhafril Irfan. Dia boleh menelan apa saja tetapi Zhaf pula lembik mengalami morning sickness. Ada ketika Zhaf dimasukkan ke hospital kerana kekurangan air akibat terlalu banyak muntah. Hatinya jatuh kesian melihat keadaan suaminya pada awal kehamilan namun kini semuanya sudah hilang. Semua dapat mengagak yang anak dalam kandungannya itu adalah perempuan. Dia tidak manafikan atau mengiyakan. Janji semuanya selamat tanpa sebarang masalah.
Tubuh Anisa Sofea dipeluk dari belakang. Sedari tadi dia memerhatikan gelagat isterinya. Leka dengan dunia sendiri. Perut isterinya itu diusap lembut. Tidak sabar mahu melihat Zhafril junior yang kedua.
"Sayang tengok apa?"
"Tengok Aryan dan semua. Alhamdulillah untuk semua ni abang."
Ucap Anisa Sofea. Tangan suami digenggam erat.
"Alhamdulillah. Abang harap hubungan ni kekeluargaan ini kekal hingga ke akhir hayat. Tak sabar nak jumpa baby ni." Perut isteri diusap lagi.
"InsyaAllah abang." Balas Anisa Sofea.
Dia....
Anak yang terbuang.
Anak yang tidak diakui oleh sang ayah.
Dibenci oleh keluarganya suatu ketika dulu...
Menagih kasih daripada orang lain.Namun.....
Berkat doa dan kesabarannya, dia menjadi kesayangan semua. Dia ada ramai ayah dan banyak emak. Mereka menyayangi walaupun tiada pertalian darah. Sayang tanpa menilai perbezaan pangkat dan harta.Perancangan Allah SWT adalah yang lebih baik. Semuanya terjadi dengan izin dari-Nya.
Sesungguhnya dia adalah hamba yang kerdil.....14022024 @ 0400 Hours
Malaysia
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Roman d'amour( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...