Masa kini......
Banglo mewah yang diberi nama Villa Zalia tersergam indah. Kedudukannya berada di kawasan bukit menjadikan banglo itu tempat perhatian orang yang lalu lalang. Kedudukan yang agak tinggi dari perumahan yang lain. Kelihatan seorang lelaki menuruni anak tangga dengan langkah berhati-hati.
Bertubuh sasa dan tinggi lampai.Tengku Zhafril Irfan, merupakan anak sulung dari tiga beradik. Anak kepada Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia. Mengikuti jejak langkah papanya dalam bidang perniagaan. Pada usia 32 tahun, dia baru bergelar tunangan orang. Bakal mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi. Kegusaran hati Puan Sri Camelia bakal berakhir. Bermacam-macam cerita yang sampai ke telinganya.
"Good morning all....."
Sapa Tengku Zhafril Irfan."Assalamualaikum....." bidas Tan Sri Zayed Irfan.
"Walaikumusalam...." tersentak dengan salam yang diberikan oleh papanya, dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.
Roti dan nescafe panas dicapainya.Puan Sri Camelia hanya tersenyum. Mat saleh konon.... Kan dah kena.
Suasana pagi itu sepi. Masing-masing ralit dengan sarapan yang terhidang. Kelihatan wajah lesu milik Tengku Zetty Inara terpacul di muka pintu. Dia yang baru pulang dari oncall melangkah masuk dan terus berjalan ke arah anak tangga. Tidak mempedulikan empat pasang mata yang memandang.
"Baru balik Ara?" Soal Puan Sri Camelia. Tengku Zetty Inara angguk perlahan dan terus naik ke atas. Tan Sri Zayed Irfan menghirup kopi kegemarannya. Kebiasaan meminum kopi sudah sebati dengan jiwanya. Kelibat Tengku Zetty Inara hilang dari pandangan. Dia tidak terasa dengan perbuatan anak daranya itu.
Pada usia 28 tahun, Tengku Zetty Inara masih bujang dan selalu sibuk dengan kerja.
Kerjaya sebagai seorang doktor bius amat difahaminya memandangkan isteri dahulu juga merupakan seorang doktor. Iaitu doktor pakar kanak-kanak. Sudah agak lama isterinya meninggalkan bidang perubatan namun jika ada seminar atau taklimat berkenaan bidang itu, Puan Sri Camelia akan dijemput untuk turut serta. Tidak lah si isteri kebosanan bila dia sibuk di pejabat.Anak ketiganya, 24 tahun, Tengku Zakuan Irfan masih menuntut di Universiti Malaya dalam bidang pergigian. Memilih untuk menjadi doktor gigi dan impiannya mahu membuka klinik gigi sendiri suatu hari nanti.
Tengku Zakuan Irfan memandang wajah abangnya. Ingin meminta pertolongan tetapi dia takut. Sikap serius Tengku Zhafril Irfan membuat dia cuak.
"Along... "
"Hmmmm..."
"Minta tolong boleh?"
"Kalau nak tumpang sory along tak lalu situ."
Balas Tengku Zhafril Irfan."Bukan la Wan tak ada kuliah kan hari ni sabtu."
"Habis nak apa? Duit ke? Nak berapa?"
Lantas dompet dikeluarkan dari kocek seluar."Pinjam kereta boleh?"
Tindakan Tengku Zhafril Irfan terhenti. Dia tak salah dengar ke.
"Please.... hari ni je. Boleh Wan tunjuk dekat kawan U. Bawak dia orang jalan-jalan. Kesian dia orang along tak pernah naik kereta mewah macam along." Pujuk Tengku Zakuan Irfan.
"No.... "
ucap Tengku Zhafril Irfan lalu berdiri. Menyalami papa, mama dan adiknya. Dibiarnya Tengku Zakuan Irfan terkebil sendirian. Kedekut... gumam Tengku Zakuan Irfan."Kamu ni dah tahu along kamu macam tu minta lagi buat apa. Kamu ingat dia nak bagi kamu bawak kereta kesayangan dia tu. Tu kan berderet kereta papa kat luar tu. Pilih je mana kamu nak." Ujar papanya.
Tengku Zakuan Irfan hanya terdiam. Nak bawak kereta papa.... Alphard??? Besar sangat. Mercedes??? Tidak sesuai dengan jiwa mudanya.
Volvo lama papa??? Lagi la tidak, terlalu klasik. BMW sport Kak Zetty??? Jangan harap dia pernah kemalangan semasa memandu kereta kesayangan Tengku Zetty Inara. Sampai sekarang kakaknya itu tidak mengizinkan dia menyentuh BMW tersebut. Mama??? Pergi mana-mana pun guna driver....Keretanya sendiri??? Wajah nya memandang papanya. Tan Sri Zayed Irfan pernah berkata kalau nak kereta sila beli dan bayar sendiri. Sampainya hati papa..... Sejujurnya dia lebih selesa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak terutamanya ketika ke universiti. Tak perlu menempuh kesibukan jalan raya. Jika perlu dia hanya akan meminta pertolongan Abang Mail, driver papanya untuk dia ke mana-mana.
Melainkan kalau dia perlu meluangkan masa dengan kawan-kawannya, baru dia akan memandu sendiri.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...