BAB 24

8.1K 153 2
                                    

Anisa Sofea cuba merungkaikan genggaman tangan Tengku Zhafril Irfan selepas dia menangkap anak mata Hariz melihat tangannya yang berada di dalam genggaman suaminya namun gagal. Dia rasa bersalah terhadap Hariz.

"Hai... I'm Zhafril...." sapa Tengku Zhafril Irfan sekadar berbasi-basi. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Hariz.

"Hariz...." Lelaki yang segak bersut hitam ini dipandang Hariz.

Tengku Zhafril Irfan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tengku Zhafril Irfan......

Siapa yang tidak mengenali anak sulung Tengku Zayed Irfan. Seorang yang sangat berjaya walaupun usianya baru mencecah 32 tahun.
Dia yang mengikut papanya hadir ke majlis ini terkejut melihat pengantin perempuan yang berada di atas pelamin. Sangkanya dia bemimpi. Sampai hati Anisa Sofea curang kepadanya. Tegar Anisa Sofea memilih anak jutawan itu. Sengaja dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej dari wanita itu. Sengaja dia mahu menguji Anisa Sofea. Hari ni dia betul-betul diuji oleh Anisa Sofea. Kekasih hati berkahwin dengan orang lain.

Anisa Sofea menghampiri Hariz. Lengan pemuda itu dicapai oleh jemari Anisa Sofea. Sungguh dia rasa bersalah terhadap teman lelakinya itu.

"I'm so sorry Riz.... ..." sayu kedengaran suara Anisa Sofea.

Matanya menatap anak mata Hariz. Feeya di sebelah Hariz tidak dihiraukan. Tengku Zhafril Irfan yang melihat tangan isterinya memaut lengan Hariz serta merta berubah riak wajahnya. Terasa dia lelaki dayus. Pantas dia menarik lengan Anisa Sofea. Lengan isteri dicengkam kuat. Perlakuan Anisa Sofea bakal menjatuhkan maruahnya. Jika para tetamu melihat isterinya itu memaut lengan lelaki lain apakah reaksi mereka. Mungkin bakal menjadi tajuk utama akhbar esok selain dari pengantin perempuan sudah bertukar.

"Zhaf.... you're hurting her!" Marah Hariz. Perasan riak wajah Anisa Sofea berkerut menahan sakit.

"Kau blah sekarang!" Halau Tengku Zhafril Irfan tanpa memandang ke arah Hariz. Matanya tajam memandang Anisa Sofea.

Khai yang berada berdekatan terus berlari mendapatkan Tengku Zhafril Irfan. Suara temannya itu hampir sahaja didengari oleh para tetamu.

"Zhaf...kenapa ni?" soal Khai.

Matanya memandang ke arah Hariz. Dia kenal lelaki ini. Anak tunggal Datuk Hassan pengusaha fabrik terkemuka di Malaysia.

"Kau suruh jantan ni blah sekarang sebelum penumbuk aku naik kat muka dia!" Ujar Tengku Zhafril Irfan. Wajah si isteri direnung tajam. Melihat Hariz berlalu pergi, Anisa Sofea lantas merungkaikan tangan Tengku Zhafril Irfan. Ingin berlari mendapatkan Hariz. Ingin menjelaskan perkara yang sebenar.

Namun belum pun sempat dia berbuat demikian, pinggang nya ditarik rapat ke tubuh Tengku Zhafril Irfan. Terasa cengkaman di pinggangnya.

"Please Zhaf... I nak jumpa Hariz. Please.... I need to explain to him..... "

Rayuan Anisa Sofea tidak diendahkan. Air mata wanita itu sedikit tidak dipedulikannya. Perlahan dia merapatkan bibir ke telinga Anisa Sofea.

"Kalau kau tak nak aku buat benda bukan-bukan dekat sini baik kau duduk diam-diam!!!" ugut Tengku Zhafril Irfan. Air mata si isteri diseka. Pipi halus itu diusap lembut.

Dia bukan bodoh. Dia tahu Hariz adalah kekasih hati Anisa Sofea. Pandangan mata si isteri menceritakan segalanya. Masih dia ingat pelukan hangat Hariz sewaktu lelaki itu dan isterinya berada di Vic Night Club tempoh hari.

Tengku Zetty Inara dan Ella hanya memerhati dari jauh. Mereka yakin sesuatu sedang berlaku antara
Tengku Zhafril Irfan dan Anisa Sofea apabila melihat kelibat Khai yang muncul tiba-tiba.

Tengku Zetty Inara outfit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Zetty Inara outfit...


"So.... dia lah Sofea? Doktor O&G yang selalu madam puji?"

Ella mengangguk. Tengku Zetty Inara terdiam. Jadi inilah orang yang selalu dipuji oleh GM hospital tempat mereka bekerja. Dia tidak mengenali Anisa Sofea kerana dia telah dihantar ke Sabah, di mana salah satu cawangan hospital terbaru di sana. Memandangkan hospital di sana kekurangan pakar bius atau anesthesiologist dia terpaksa diterbangkan ke sana sementara doktor bius baru tiba. Jadi dia tidak berkesempatan berkenalan dengan kakak iparnya itu.

"Siapa lelaki tadi tu"

"Hariz.... boyfriend Nisa..."

"Kenapa dia kahwin dengan Along?"

Ella menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu. Dia tidak mahu mencampuri urusan mereka. Yang pasti Anisa Sofea bukan seperti yang mereka semua sangkakan. Dia berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi teman nya itu dan dia berharap agar jodoh Anisa Sofea dan Tengku Zhafril Irfan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ella yakin Tengku Zhafril Irfan mampu menyayangi dan mencintai sahabatnya itu.

 Ella yakin Tengku Zhafril Irfan mampu menyayangi dan mencintai sahabatnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ella outfit...

Sudut Ilmu :

- Obstetrik dan ginekologi (O&G) adalah dua kepakaran yang menangani penjagaan wanita semasa mengandung dan bersalin, serta diagnosis dan rawatan penyakit yang menjejaskan organ pembiakan wanita. Pakar obstetrik dan ginekologi adalah pakar dalam kesihatan wanita.

- Ahli Anestesiologis, iaitu doktor yang terlatih dalam anestesia dan ubat prapembedahan, memastikan pemberian anestesia dijalankan secara selamat dan terlindung.

My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now