BAB 14

9.6K 192 0
                                        

Anisa Sofea kembali ke kliniknya. Pesakit di wad sudah direview dan report sudah disiapkan sewaktu dia berada di wad tadi. Dia kembali ke klinik untuk melihat pesakit luar samada melalui appoinment atau walk in. Memandangkan dia bakal bercuti lima hari, dia perlu selesaikan semuanya sebelum menyerahkan tugas kepada doktor oncall.  Kelibat Pika, gadis kacukan melayu cina itu kelihatan termengah-mengah menuju ke masuk ke klinik.

"Doktor. Last patient"

Anisa Sofea ketawa kecil. Kesian melihat Pika yang dari tadi sibuk. Pika merupakan pembantunya di klinik. Segala temujanji pesakit, booking operation mahupun tugas lain yang melibatkan dirinya dilakukan oleh Pika. Andai dia ada kecemasan, Pika akan memaklumkan kepada pesakit. Samaada ingin menunggu ataupun book appoinment lain. Hari ini adalah hari yang selalu sibuk. Hari sabtu ramai pesakit akan membuat temujanji. Maklum lah cuti.

"Baik Pika. Dah awak jangan kelam kabut. Saya ok je."

"Saya takut nanti doktor lambat. Mana tahu doktor nak cari barang ke before wedding tu."

"Pika, bukan saya lah yang nak kahwin, adik saya"

"Yelah mana tahu doktor busy nak settlekan barang or hantaran."

"Ye la."

Anisa Sofea mengiyakan sahaja. Kalau di jawab makin banyak pulak soalan dari Pika. Dia tidak ambil tahu pasal persiapan kahwin adiknya. Semuanya diuruskan oleh papa, mama dan wedding planner yang diupah mereka. Lagipun siapa dia nak masuk campur. Lagi dua hari majlis akad nikah Anita Sofea.

Semalam dia tekejut dengan kehadiran Anita Sofea ke biliknya. Adiknya itu ada memberikan sepasang baju kurung moden putih untuknya. Kata Anita Sofea, dia inginkan Anisa Sofea mengenakan busana itu semasa majlis akad nikah nya yang bakal berlangsung lagi dua hari.

Anita Sofea gift

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Anita Sofea gift...


Cantik busana yang dihadiahkan oleh Anita Sofea. Terasa akan kehadiran nya dalam keluarga milik Datuk Sauqi. Meskipun papanya tidak pernah mengendahkannya, perhatian Anita Sofea sudah cukup baginya. Dia tidak pernah membenci mereka. Dia rasa dihargai lebih-lebih lagi hari bersejarah Anita Sofea bakal tiba tidak lama lagi.
Doanya suatu hari nanti hati mereka terbuka untuk menerima kehadirannya.

Teratak Tan Sri Zayed Irfan

Tengku Zhafril Irfan berdiri di hadapan cermin. Melihat dirinya yang lengkap berbaju melayu putih. Ikutkan hati nya malas nak melayan keletah mamanya mahu dia mencuba baju nikahnya. Namun diturutkan juga risau mamanya berkecil hati.

"Handsome anak mama." Puji Puan Sri Camelia.

"Handsome macam papa tak" usik Tengku Zhafril Irfan.

"Papa kamu lagi handsome tidak mama tak berkenan la kan". Celah Tan Sri Zayed Irfan. Mereka berdua memandang ke arah Tan Sri Zayed Irfan yang melangkah masuk. Melihat anak sulungnya memakai baju melayu itu hatinya terusik. Reaksi mukanya berubah sedih.

"Dah besar anak sulung papa." Ujar Tan Sri Zayed Irfan. Kedengaran sayu suaranya.

"Ish abang ni sedih pulak. Abang sepatutnya happy anak kita dah nak kahwin tak lama lagi bercucu pulak kita bang." Pujuk Puan Sri Camelia.

Tengku Zhafril Irfan terkedu. Belum kahwin lagi dah pikir pasal cucu. Aduh....

"Ala mama ni bagi la can Zhaf honeymoon puas-puas dulu. Lepas 3 tahun Zhaf bagi mama cucu." Ujar Tengku Zhafril Irfan.

Terbeliak biji mata Puan Sri Camelia.

"Biar betul kamu ni. Nak tunggu umur dah lanjut baru nak ada anak. Kamu jangan macam-macam Zhaf. Kamu tu makin tua bukan makin muda." Bebel Puan Sri Camelia.

"Awak ni pun Lia, biarlah anak kita tu. Bagi enjoy dulu." Pujuk Tan Sri Zayed Irfan.

"Bang, awak tengok Datin Roha tu dah 5 cucu dia bang. Kita satu pun belum lagi. Nak harapkan si Zetty tu entah bila la. Asyik kerja memanjang."

Geram dengan anak nombor duanya Tengku Zetty Inara. Tahun ini usianya sudah menganjak ke 28 tahun. Belum ada tanda-tanda dia mahu mendirikan rumah tangga.

"Nanti abang pujuk anak dara awak tu. Dah-dah"
Pujuk Tan Sri Zayed Irfan. Kalau dilayan isterinya itu mau esok pun belum tentu habis dengan leterannya.

Tengku Zhafril outfit

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tengku Zhafril outfit...

Tengku Zhafril Irfan hanya mendengar. Tidak mahu mencelah. Nanti ada sahaja yang mamanya bebelkan. Itu lah ini lah.....



My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang