BAB 36

9.3K 157 1
                                    

Jemputan ke private party oleh CEO Berkat Holding itu terpaksa dipenuhi. Jemputan oleh Datuk Amri dan isterinya. Datuk Amri yang merupakan pemilik rangkaian hotel di seluruh Malaysia. Baru-baru ini dia ada melakukan pembedahan terhadap isteri lelaki tersebut. Pembedahan endometriosis di Mims Hospital memandangkan dia yang oncall pada pagi itu maka dia la yang menjalankan pembedahan terhadap isteri Datuk Amri, Datin Mona. Berkali-kali Datuk Amri dan Datin Mona memujuknya untuk ke sini. Siap mahu menghantar pemandu untuk menjemputnya ke sini.

Dan......
Akhirnya dia berdiri di lobi St Regis Hotel.
Hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Setelah memaklumkan majlis yang dihadirinya kepada pekerja hotel, dia di bawa ke naik ke Rooftop Crystal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah memaklumkan majlis yang dihadirinya kepada pekerja hotel, dia di bawa ke naik ke Rooftop Crystal. Kelihatan ramai orang yang berada di situ. Dia yang terlewat itu segera mencari Datuk Amri dan Datin Mona. Ingin berjumpa mereka dan dia akan segera meninggalkan tempat ini. Tidak betah untuk lama-lama di sini. Dikelilingi rata-rata orang yang mabuk. Kenapa perlu buat majlis di sini? Sudah tidak adakah tempat lain?

 Kenapa perlu buat majlis di sini? Sudah tidak adakah tempat lain?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Good evening Datuk and Datin...." sapa Anisa Sofea. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan pasangan itu. Keduanya tampak segak mengenakan pakaian rona yang sama. Sedondon.

"Hai Doc.... Glad to see you. Tq sebab sudi datang majlis I. You baru sampai ke ni?" Ujar Datin Mona. Dia sangat gembira melihat kehadiran Anisa Sofea. Masih sudi meluangkan masa walaupun dia tahu jadual kerja gadis itu terlalu padat.

"Yes datin, sorry I lambat sikit ada hal tadi." Balas Anisa Sofea. Dia memang sengaja datang lewat. Nanti senang lah dia hendak memberi alasan untuk pulang.

"Tak pe janji you datang. Make your self comfortable here, okay. I come back later, dear."

Anisa Sofea mengangguk lalu berjalan menuju ke penjuru hotel. Tidak selesa berada di situ lama-lama. Melihat lelaki separuh abad itu memandangnya dari atas ke bawah membuatkan dia kurang selesa. Dress code juga telah ditetapkan untuk tetamu yang hadir. Ikutkan hati mahu saja dia datang ke sini dengan memakai seluar dan tshirt. Lebih selesa dan sopan. Diperhatikan para tetamu yang hadir ke situ.

Dress merah yang dipakai membuatkan dia rasa dirinya menjadi perhatian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dress merah yang dipakai membuatkan dia rasa dirinya menjadi perhatian. Mata-mata yang memandang membuatkan dirinya berasa rimas. Nak kata dia seksi, para tetamu yang lain dia rasa lagi seksi. Banyak yang terbuka dari tertutup.

"Hello beautiful?" Suara Hariz rapat ke telinganya. Anisa Sofea lantas berpusing. Keindahan yang dia nikmati tadi terus lenyap. Riak wajahnya berubah.

Hariz memerhati bekas teman wanitanya dari atas hingga ke bawah. Dress merah itu kelihatan cantik pada pandangannya. Paha putih mulus Anisa Sofea ditatap lama. Patut la banyak mata-mata nakal yang memandang ke arah wanita ini.

"Apa you buat dekat sini?" Soal Anisa Sofea. Tidak selesa dengan pandangan lelaki itu. Air di tangan Hariz diperhatikan. Dia yakin itu adalah arak.

"Are you drinking? Since when?"

"Sejak you tinggalkan I..."

Bisik Hariz di telinga Anisa Sofea. Menggoda. Pipi gebu itu diusap perlahan tanpa sempat Anisa Sofea mengelak. Anisa Sofea hanya diam. Tingkah laku Hariz diperhatikan. Agak berbeza tingkah lelaki itu pada malam ini. Terlalu rapat dan sesuka hati menyentuh dirinya. Sepanjang mereka bersama dahulu belum pernah Hariz berkelakuan begitu.

Tiba-tiba sepasang pasangan kekasih menegur Hariz. Mungkin kenalan Hariz. Hariz berbual bersama pasangan itu. Anisa Sofea tidak mahu masuk campur dan terus membuang pandang ke arah bangunan KLCC dan melihat keindahan lampu di bandar Kuala Lumpur.

Tony dan Mikey yang menemani Tengku Zhafril Irfan datang ke majlis Datuk Amri duduk di atas kerusi berhampiran dengan kolam. Tengku Zhafril Irfan hanya mendiamkan diri sambil meneguk jus oren. Dia mewakili papa dan mamanya untuk hadir ke majlis Datuk Amri. Kedua ibu bapanya tidak akan menghadiri majlis yang diadakan di bar. Sut rona merah itu dirapikan. Meliar matanya melihat keadaan sekeliling.

Tony dan Mikey pula memilih untuk minum tequila dan red wine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tony dan Mikey pula memilih untuk minum tequila dan red wine. Mata Tony memandang ke arah wanita cantik di hujung penjuru. Melihat dari belakang pun dia tahu wanita itu mesti dari kalangan orang yang cantik dan sempurna. Wanita itu memilih tempat tersorok dan jauh dari orang lain. Lengan Mikey disiku dan mulut Tony menunjuk ke arah wanita tersebut.

"Beautiful and hot.... boleh la aku try." Ucap Mikey.

"Aku booked dulu ye. Jangan mengada."

"Shall we bet???"

"Kalau dia jatuh dalam pelukan aku, kau bagi aku 100k." Ujar Mikey.

"Okay deal..." mereka bersalam tanda setuju.

Tengku Zhafril Irfan yang hanya mendengar taruhan mereka berdua mengelengkan kepala. Selalu sahaja membuat pertaruhan dan ada sahaja yang ditaruh mereka. Jus diteguknya.

"Mike, hak orang dah....." ucap Tony kecewa apabila melihat seorang lelaki menghampiri gadis itu dan bibir lelaki itu rapat ke pipi si gadis. Melepas juga...

Tiba-tiba gadis itu berpusing. Serentak air yang diteguk Tony tersembur keluar. Terkejut melihat wajah gadis tersebut. Dia saling berpandangan dengan Mikey.

"Zhaf, jom balik. Aku sakit perut." Laju Tony mengajak Tengku Zhafril Irfan pulang. Mikey yang turut melihat wajah gadis itu, turut melakukan benda yang sama.

"Sini ada tandas kan!" Marah Tengku Zhafril Irfan. Pelik melihat kelakuan mereka berdua. Melihat anak mata Tony yang sering memandang ke sebelah kanan, terus dia memandang ke arah yang sama. Wanita dress merah itu dipandangnya. Riak wajahnya terus berubah.






Sudut Ilmu :

- Endometriosis ialah satu keadaan perubatan di mana tisu endometrium yang biasanya melapisi bahagian dalam rahim tumbuh di luar rahim. Tisu yang tersalah letak ini boleh berkembang pada pelbagai organ pelvis seperti ovari, tiub fallopio, dan struktur lain dalam rongga pelvis.

My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now