BAB 11

7.7K 167 0
                                    

Surat tawaran itu dibaca berulang kali seperti tidak percaya. Dia yang baru pulang dari penggambaran di Bali itu dikejutkan dengan surat tawaran itu. Impian yang selama ini dia nantikan. Impian yang ditunggu-tunggunya. Lantas panggilan telefon dibuat. Mengigil tangannya tidak percaya. Menanti akan si penerima menjawab telefon.

"Hello"

"You wont't believed it. I made it"

"What!!!"

"I berjaya Jeff, I berjaya."

"Hei... apa you cakap ni? I tak faham"

"I'm going to Elite Modelling Agencies. I'm going to New York!!!"

"What!!! Biar betul you ni Nita"

"Takkan I nak tipu you"

"Bila you nak pegi?"

"Next week"

"How about me?"

"We're going together... takkan I nak tinggalkan you."

"Your wedding?"

Anita Sofea terdiam.

Hilang segala kebahagiaan yang dia rasakan sebentar tadi. Suara di corong telefon dibiarkan begitu sahaja. Talian telefon dimatikan.

Soalan terakhir itu betul-betul membuatkan dia tersedar. Bagaimanakah perkahwinan nya nanti?
Seorang Tengku Zhafril Irfan tentu sahaja tidak membenarkan dia ke New York untuk merialisasikan impian nya. Selama dia berusia 26 tahun itu sahaja impian yang dia inginkan. Menjadi seorang model terkemuka dunia. Dikenali dan disegani serata dunia.

Kerjaya modelling bukan kerjaya yang mudah.
Perlu ada kekuatan mental, bercita-cita tinggi,  berkeyakinan tinggi, tahu menguruskan masa dan diri, sanggup mengembara walau pun ke luar negara, bijak berbelanja dan mampu menerima penolakan atau penyingkiran.

Perlu berkerja di bawah tekanan dan selama berjam-jam.
Bagi Anita Sofea, dia sudah terbiasa akan kerjayanya itu.  Memberikan hasil yang terbaik adalah matlamat utamanya.

----------------------------------------------------------------------------

Mimosa Boutique

Ella hanya memandang keletah Anisa Sofea. Rasanya ini adalah butik yang ke 9 mereka jejaki. Dia sudah penat melayan karenah Anisa Sofea.  Ini baru nak cari baju untuk dipakai semasa adiknya kahwin. Belum lagi tuan punya badan yang kahwin. Kalau Anisa Sofea kahwin rasa maunya 50 kedai mereka jejak. Cerewetnya ya ampun. Ada sahaja yang tidak kena pada mata  sahabatnya itu.

"Nisa, kau dah pilih ke belum?" Soal Ella. Dia sudah lelah menunggu. Penat dan lapar. Dia hanya menjamah bihun goreng pagi tadi. Jam sudah menunjukkan ke angka 4.30 petang. Patut perutnya sudah berkeroncong.

"Belum. Kau tolong la aku cari, please...."

"Okay...."

Jawab Ella lalu perlahan-lahan menuju ke hujung butik. Bukannya dia tak mahu tolong. Bila dia pilih ada sahaja yang tidak kena pada mata Anisa Sofea. Corak tidak cantik, material tidak best, terlalu labuh, terlalu singkat. Adui layan jelah.

Dua puluh minit berada di dalam butik itu, mata Ella tertancap pada sehelai dress yang baginya sangat cantik. Sesuai dengan Anisa Sofea yang kecil molek dan putih itu.

Dress itu di capai dan ditayangkan kepada sahabatnya itu. Anisa Sofea yang memandang segera menuju ke arah Ella. Dicapainya dress di tangan Ella.

"Cantik."

"Cuba la kau pakai mesti cantik."

Ujar Ella. Orang kalau dah cantik pakai apa sekalipun dah cantik. Bukan macam dia berkulit sawo matang dan rendah.

Anisa Sofea mencapai dress tersebut dan menuju ke changing room.
Mencuba dress tersebut.

Mencuba dress tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anisa Sofea outfit.......

"Ella, cantiknya" soal Anisa Sofea. Dia berjalan persis seorang model mengelilingi butik tersebut . Tidak mempedulikan para pekerja yang memandang. Ella yang melihat terkedu  memandang dress yang melekap di tubuh sahabatnya itu.

"Pandai aku pilih kan" ujar Ella bangga.

"Nasib je tu haha"

"Jealous la tu"

"Tak ada maknanya Cik Ella. El, pilih la satu untuk kau. Aku belanja."

"Kau gurau kan?" Soal Ella. Seakan tidak percaya. Melihat tag harga pun dia dah seram. Kerjaya sebagai seorang jururawat gajinya tidak selebat Anisa Sofea. Tambahan pula temannya itu anak orang berada.

"Tak, pilih la untuk kau satu. Pakai masa wedding Nita okay."

"Baik doc"

Anisa Sofea menjegilkan matanya. Dress di tangannya di belek lagi. Mujur Ella ada terpandangkan dress ni. Kalau tidak lambat lagi la mereka nak balik. Dia membelek baju yang tergantung di dalam butik. Menunggu Ella memilih pakaian.



My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now