Selesai bermesyuarat, Anisa Sofea tergesa-gesa bangun. Ingin segera meninggalkan bilik mesyuarat ini. Melihat Tan Sri Zayed Irfan yang sedang sibuk berbual dengan orang atasan, cepat-cepat dia keluar. Ingin lari dari Tan Sri Zayed Irfan.
"Anisa......"
Namun........
Gagal....
Namanya sudah di panggil oleh bapa mertuanya itu. Rata-rata staf yang berada di situ memandang ke arah mereka.
"Nisa kerja sini?" Soal Tan Sri Zayed Irfan.
"Ya, Tan Sri..." balas Anisa Sofea lembut.
Mendengar panggilan Tan Sri yang keluar dari bibir menantunya, dia ukir senyum nipis. Bila agaknya panggilan itu akan ditukar?
"Boleh kita berbincang." Soal Tan Sri Zayed Irfan. Anisa Sofea mengangguk lantas dia mempelawa bapa mertuanya itu ke biliknya di tingkat bawah. Berpesan pada Pika yang dia tidak mahu diganggu.
Dia mempelawa Tan Sri Zayed Irfan duduk. Dia turut sama melabuhkan punggung. Bilik itu diperhatikan oleh Tan Sri Zayed Irfan. Sangat ringkas tetapi cantik. Kad ucapan dari pesakit tersusun cantik di dinding.
"Dah lama ke Nisa kerja kat sini."
"Lebih kurang setahun... "
"Oh... lama jugak. Papa kamu tak pernah cerita pulak kamu kerja kat sini."
"Papa terlupa kot.. Tan Sri dan Puan Sri sihat?"
"Panggil papa je. Papa kan bapa mertua kamu."
"Hmm baik papa.... "
"Bila kamu nak balik rumah papa? Sejak kamu kahwin kamu tak pernah lagi datang rumah papa."
Anisa Sofea mendiamkan diri. Dia tidak mahu bersemuka dengan suaminya.
"Zhaf tak ada kamu jangan risau. Dia banyak habiskan masa dekat kondo tu."
Belum sempat dia bersuara telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama Mak Jah pantas dia menjawab. Berkerut dahinya.
"Sorry... I have to go."
"Kenapa?" Soal Tan Sri Zayed Irfan.
"Papa jual kereta Nisa." Ujar nya sedih. Sanggup papanya menjual kereta nya itu?
"Kamu balik naik apa"
"Grab.."
"Jom ikut papa. Papa hantar kamu balik."
Mereka berjalan menuju ke kereta milik Tan Sri Zayed Irfan yang dipandu oleh Rocky, pemandu peribadi bapa mertuanya. Meluncur laju menuju ke Gombak.
Sampai saja di rumah, tergesa-gesa Anisa Sofea turun. Pantas dia berlari mendapatkan papa dan mama tirinya di parking kereta. Tan Sri Zayed Irfan hanya memerhati dari dalam kereta.
"Mana kereta Nisa?" Soal Anisa Sofea. Pagi tadi dia terpaksa menaiki Grab ke tempat kerja kerana kunci keretanya hilang dan dia yakin dia meletakkan kunci itu ke dalam beg tangan miliknya.
"Aku dah jual!"
"What??? Are you kidding me? Papa tahu kan tu kereta Nisa. Kenapa papa jual?" Marah Anisa Sofea.
"Kereta tu nama aku. Aku berhak nak jual atau tidak!"
"Itu kereta yang arwah mama bagi dekat Nisa. Papa tak berhak jual. Give me back my car!!!"
Seumur hidup dia tidak pernah meninggikan suara terhadap papanya. Namun hari ni kesabaran nya sudah hilang. Dia betul-betul marah."Aku dah jual kalau kau nak jugak, cari lah sendiri owner baru tu." Datuk Sauqi ingin meninggalkan tempat letak kereta itu. Tetapi suara Anisa Sofea mematikan langkah nya.
"Why you do this to me? Hanya kereta tu yang Nisa ada! Kereta tu yang buat mama dekat dengan Nisa. Kenapa papa jual?? Kenapa papa tak bincang dulu dengan Nisa?? I will pay for the amount you want! Kenapa papa kejam? Papa memang tak ada hati perut! I hate you!!!" Jerit Anisa Sofea. Dia betul-betul marah.
Panggggg....
Anisa Sofea meraba pipinya. Perit. Sampai hati papa menamparnya? Sampai hati juga papa menjual kereta yang banyak kenangan bersama arwah mamanya? Kereta yang dia sayang. Air matanya merembes laju.
"Kalau kau rasa kau benci aku dan tak suka tinggal kat sini kau boleh keluar dari rumah aku!" halau Datuk Sauqi berlalu pergi. Datin Suzila menghampiri Anisa Sofea dengan perlahan.
"Kesian kau... ada kereta kena jual. Ada suami, suami tak peduli. Tak guna kalau ada wajah cantik tapi tidak disayangi." Ujar Datin Suzila ketawa kuat. Tanpa Datuk Sauqi dan Datin Suzila sedari ada sepasang mata yang menyaksikan kejadian itu.
Medic Holdings
Tengku Zhafril Irfan mematikan talian telefon. Terkejut akan permintaan dari papanya. Ingin meminjam wang miliknya.
400k... apa yang Tan Sri Zayed Irfan nak buat dengan wang sebanyak itu? Papa dia dah bankrup ke? Duit dalam bank takkan dah habis kot. Setakat 400k apalah yang hendak dihairankan. Papanya itu banyak duit. Kenapa meminjam kepadanya? Papanya tu nak kahwin lain ke? Pelik juga.
Dia baru saja selesai bermesyuarat dengan general manager di Mims Hospital, Sabah. Hospital yang baru beroperasi itu nampaknya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tidak menghadapi sebarang kesukaran memandangkan mereka sudah menerima latihan dan tunjuk ajar dari para pekerja yang ditempatkan khas untuk mengajar dari segi komputer, sistem keselamatan, kewangan dan lain-lain. Para pekerja diterbangkan khas dari HQ untuk sama-sama membantu.
Selesai semuanya dia dan Bad bersiar-siar mengelilingi Kota Kinabalu.
Esok mereka akan kembali ke Kuala Lumpur.
Masa dihabiskan dengan menikmati keindahan malam di negeri di bawah bayu itu. Bukan senang nak datang lagi.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...