( 1st story )
Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea
Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga.....
Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...
Pipi milik isterinya diusap lembut. Diperhatikan wajah pucat dan tidak bermaya milik isterinya. Semalam selepas Anisa Sofea pengsan dia membawa isterinya masuk ke dalam bilik hotelnya. Menukar pakaian yang lebih selesa. Bibir isterinya direnung lama. Ingin dikucup bibir merah itu namun... Anisa Sofea sudah tersedar.
"What are you doing?" Soal Anisa Sofea suaminya tayang wajah selamba. Dia memerhati sekeliling. Dia mana dia berada sekarang. Baju yang tersarung di tubuhnya juga sudah berganti.
"Apa you dah buat dekat I? I dekat mana ni?"
"Aku yang tukar baju kau. Kau dekat dalam bilik aku sekarang ni." Anisa Sofea cuba bangun dibantu oleh suaminya dan bersandar ke kepala katil.
"What happen?"
"Kau memang tak ingat ke?"
Anisa Sofea mengelengkan kepala.
"Kau pengsan semalam...."
"Really???"
Tak ingat lah tu. Semalam mahu saja dada Tengku Zhafril Irfan pecah. Risau melihat wajah pucat Anisa Sofea dan risau jika terjadi perkara yang tidak diingini. Ramai yang beraggapan isterinya itu keracunan makanan.
"Nah, doctor want your urine." Botol berpenutup kuning itu diserahkan kepada Anisa Sofea.
"For what???"
Tengku Zhafril Irfan hanya menjungkit bahu. Doktor Latifah memberikan kepadanya untuk diserahkan kepada isterinya. Anisa Sofea turun dari katil dan menuju ke bilik air, botol yang diberikan oleh Tengku Zhafril Irfan dicapainya.
Tan Sri Zayed Irfan, Puan Sri Camelia dan Doktor Latifah berborak di ruang rehat di bilik hotel milik Tengku Zhafril Irfan. Sejak menantunya pengsan semalam, mereka berkampung di dalam bilik Tengku Zhafril Irfan. Tidak mahu meninggalkan menantu dan anak mereka sendirian. Khuatir jika apa-apa berlaku.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anisa Sofea keluar dari bilik air dan duduk diatas katil. Suara orang bersembang kedengaran di ruang tamu. Tidak menyertai mereka kerana dia masih terasa lemah. Ingin menyambung semula tidurnya. Selepas dia keluar dari bilik air tadi, suaminya tergesa-gesa masuk bersama sesuatu di tangannya. Sepuluh minit berlalu, Tengku Zhafril Irfan berlari mendapatkan mereka yang berada di ruang tamu.
"Alhamdulillah... Ya Allah..." ucap Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia. Doktor Latifah tersenyum turut bergembira dengan berita itu.
Mereka berempat masuk ke dalam bilik kelihatan Anisa Sofea sedang berdiri. Dia yang ingin mengambil botol mineral terhenti. Tengku Zhafril Irfan menghampirinya. Wajahnya ceria.
"Nisa, ni doktor Latifah. Kawan mama masa U dulu. Kami ada buat urine test. Hmmmm we thinkyou're pregnant..." ujar Puan Sri Camelia lembut. Senyuman manis mekar di bibir mereka berempat.
Pregnant???? Oh my god... serta merta pandangan matanya gelap. Sekali lagi tubuh kecil itu disambut oleh suaminya.
Perut kempis milik isterinya diusap lembut. Ada sesuatu yang sedang membesar di situ. Benihnya. Semasa dia bersama dengan Anisa Sofea dulu dia tidak menyangka benihnya akan bercambah di dalam rahim isterinya. Perlakuan nya terhadap si isteri hanyalah kerana sifat cemburu. Namun bila difikirkan kembali jika tiada sifat itu, maka tiadalah benihnya pada rahim itu. Saat ini dia harus berterima kasih kepada Hariz.
Anisa Sofea tersedar dari pengsan. Matanya melekat pada wajah suaminya yang setia menemani hingga ke saat ini. Melihat tangan Tengku Zhafril Irfan di atas perutnya lantas dia teringat sesuatu. Pantas dia bangun dan duduk tegak. Terkejut Tengku Zhafril Irfan dengan tindakan Anisa Sofea.
"Zhaf... I tak cintakan you. Boleh tak kita lupakan apa yang berlaku? Dan boleh tak you lepaskan I. I berjanji akan jaga anak ni baik-baik. I takkan tuntut apa-apa dari you. Please. " Jelas Anisa Sofea.
Tengku Zhafril Irfan tersentak mendengar kata-kata Anisa Sofea. Tangannya naik mencengkam rahang isterinya. Marah akan setiap bait kata yang keluar dari bibir mungil itu.
"Anisa Sofea Binti Datuk Sauqi... kau dengar sini baik-baik. Dalam perut tu adalah benih aku. Sampai bila-bila pun kau akan tetap jadi isteri aku. Aku takkan sesekali ceraikan kau. Aku bagi masa sebulan untuk kau kemas barang-barang kau dan pindah ke Villa Zalia. Kalau tak......"
Cuppp... satu ciuman dirasakan di bibirnya. Tengku Zhafril Irfan memang suka mengambil kesempatan!
"You will know later, darling...."
"Sekarang aku nak kau kemas barang-barang kau dekat bilik. You going back with me?"
"No... I tak nak balik dengan you. I boleh drive sendiri."
Boleh tahan degil jugak pompuan ni.
"Kalau kau tak balik dengan aku, aku tak izinkan kau kerja. Aku akan kurung kau dalam bilik. Kerja kau layan aku hari-hari! Kau nak?"
Arghhhhh.....
"I hate you, Zhaf!"
Jerit Anisa Sofea apabila kelibat suaminya berlalu pergi. Senyuman terukir di bibir Tengku Zhafril Irfan. Degil sangat...