BAB 12

7.6K 161 0
                                    

Gaun pengantin yang tergantung dipandang sepi. Keluhan kecil kedengaran. Keindahan gaun pengantin itu sedikit pun tidak membuatkan hatinya gembira. Sejak dia menerima surat tawaran seminggu yang lalu, hatinya berbolak balik. Serabut memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Kerjaya mahupun Zhaf.....

Anita Sofea wedding dress

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anita Sofea wedding dress...

"Mama..."

Ucapnya tatkala kelibat Datin Suzila menjengah masuk ke dalam biliknya. Datin Suzila melabuhkan punggung ke atas katil bersebelahan dengan anaknya. Bahu Anita Sofea diusap perlahan. Faham akan segala kegusaran hati anaknya itu. Namun melepaskan peluang keemasan itu adalah mustahil. Sekali dalam seumur hidup. Dapatlah dia bercerita dengan kawan-kawannya jika Anita Sofea menyertai agensi modelling tersebut. Biar mereka tahu anaknya itu mampu berdiri setaraf dengan model antarabangsa. Hatinya berbangga.

"Apa keputusan Nita" soal Datin Suzila.

"Nita pun tak pasti mama. Antara kerjaya dan cinta."

"Your career or love"

"Mama rasa ???"

" Mama kenal anak mama. Mama dah jaga Nita dari kecil. And I know what in your mind."

Anita Sofea ketawa. Dia yakin mama itu tahu akan pilihan hatinya. Mana mungkin dia memilih cinta. Tiada sekelumit cinta pun buat Tengku Zhafril Irfan. Dia memilih lelaki tersebut hanya kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman para wanita. Kacak, tinggi lampai, bertubuh sasa dan yang paling penting berharta. Mana mungkin dia memilih Jeffry yang pemalas dan suka berfoya-foya namun hatinya tetap mencintai Jeffry.

Berdampingan dengan Tengku Zhafril Irfan akan membuatkan dia menjadi perhatian memandangkan Tengku Zhafril Irfan menjadi kegilaan para wanita di luar sana. Ramai wanita akan berasa cemburu dengannya. Perkahwinan mereka akan menjadi wedding of the year.


Namun mana mungkin dia melepaskan peluang yang dia dapat sekali seumur hidup. Tawaran untuk dia bekerja di salah sebuah agensi terkenal di negara luar. Yang sudah menjadi impiannya sedari dahulu lagi. Apabila dia sudah menjadi terkenal, lelaki yang lagi kacak dan lagi berharta dia boleh pilih. Ketika itu dia sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Jeffry. Ketawanya dalam hati.


"Apa rancangan kamu? Nak batalkan perkahwinan ni ke?"
Soal Datin Suzila. Dia hanya memandang anaknya itu. Mesti tengah memikir kan sesuatu.

"No mama. I had something nice" ujar Anita Sofea lantas dia membisik kan sesuatu di telinga Datin Suzila.

"Whattttt??? Kamu biar betul. Marah papa kamu nanti" Jerit Datin Suzila.

"Shhh... mama jangan la kuat-kuat nanti papa dengar."

"Okay-okay. Tapi kamu nekad ke dengan rancangan kamu tu. Mama risau kalau gagal macam mana."

"Ini Anita la mama. Takkan gagal punya. Jeff kan ada. Dia mesti tolong Nita."

Datin Suzila mengangguk perlahan. Dia berdoa agar rancangan Anita Sofea akan berjaya. Jika gagal bermakna Anita Sofea terpaksa melepaskan impiannya dan dia pun akan mendapat malu.

Anita Sofea tersenyum. Yakin rancangannya akan berjaya. Dia sendiri tidak akan membatalkan perkahwinan tanpa alasan yang kukuh. Mana mungkin dia yang membatalkan perkahwinan mereka. Mahu papanya pancung kepalanya. Menjadi besan kepada Tan Sri Zayed Irfan adalah impian papanya dari dulu lagi. Apabila ditanya jawapan papa hanya satu, dapat mengembangkan bisnes mereka. Itu sahaja dalam fikiran papanya. Pernah dahulu papanya menyuruh dia mengambil alih tugas di pejabat. Namun ditolaknya mentah-mentah. Dia tidak meminati bidang itu.

Dia lebih sukakan perhatian......



My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now