BAB 40

13.2K 227 1
                                        

Dia masuk menuju ke ballroom Hotel Dorsett, Putrajaya. Atas jemputan dari pihak pengurusan yang mahukan dia turut serta menghadiri seminar di situ. Ballroom yang dipenuhi oleh para ibu yang mengandung ditemani suami masing-masing.

Jam menunjukkan pukul 10

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Jam menunjukkan pukul 10.45pagi. Dia  sudah terlewat. Pagi tadi dia tertidur semula gara-gara sakit kepala yang teramat sangat. Dua biji panadol ditelan dan terus dia tertidur. Dia yang hadir pada pagi ini adalah untuk memberi taklimat mengenai penjagaan selepas bersalin dan hal-hal yang berkaitan dengan postnatal. Nasib baik taklimatnya bermula pada pukul 11.00 pagi. Jika tidak jenuh la dia hendak menjawab.

Selesai rehat dan minum pagi, Anisa Sofea memulakan taklimatnya. Taklimat yang berkisar mengenai penjagaan ibu selepas bersalin. Taklimat yang pada awalnya hanya satu jam berganjak ke dua jam lebih. Semuanya kerana  banyak soalan yang diajukan oleh para tetamu dan ada dari pihak pengurusan sendiri.

Dia yang manis berbaju merah jambu dan blazer hitam itu rasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan sepanjang dia bekerja. Ada juga yang inginkan dia menyambut kelahiran anak mereka nanti.

Setelah selesai memberi taklimat, dia menyerahkan mikrofon kepada MC lalu turun le bawah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Setelah selesai memberi taklimat, dia menyerahkan mikrofon kepada MC lalu turun le bawah. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Semua para tetamu dan yang terlibat dijemput untuk makan tengahari.

Anisa Sofea hanya makan buah-buahan. Berseorangan. Sejak kebelakangan ini seleranya kurang. Hanya mahu makan buah-buahan dan minum susu itu pun sudah buat dia kenyang.

"Assalamualaikum.." sapa seseorang.

"Walaikumusalam... " jawab Anisa Sofea lalu memusingkan badan. Ingin melihat gerangan seseorang yang menyapa. Melihat wajah wanita berbaju sutera hijau muda dan tudung rona sama, lantas dia berdiri.

"Puan Sri...." ujar Anisa Sofea. Wanita tersebut menghulurkan tangan dan dia menyambut nya. Teragak-agak. Nak dicium atau tidak? Lalu tangan wanita itu diciumnya. Tiba-tiba pipinya dikucup dan tubuhnya dipeluk erat.

"Panggil mama, sayang..."

"Hmmm.... mama." Ujarnya kekok. Ini kali pertama dia bersua muka dengan ibu mertuanya, Puan Sri Camelia. Cantik dan manis orangnya.

"Dari tadi mama tengok kamu. Mama takut mama salah orang..." ujar Puan Sri Camelia. Sedari tadi dia melihat menantunya itu. Ingin ditegur takut dia salah orang. Maklumlah ini kali kedua mereka bersua muka.

"Owh... saya la ni."

"Nisa datang dengan sapa."

"Sorang je. Member kena kerja so Nisa datang sorang-sorang."

"Nisa tak makan? Banyak makanan kat sana. Nak mama tolong ambilkan"

"Eh takpe. Nisa dah kenyang. Lagipun pagi tadi dah ambik heavy breakfast."

Anisa Sofea hanya menipu. Takkan dia nak mengaku yang dia tidak berselera hendak makan.

"Bila Nisa nak datang rumah mama? Boleh mama masak yang sedap-sedap."

Wajah cantik menantunya ditatap sepuas hati. Entah kenapa kali pertama bertemu Anisa Sofea hatinya sudah jatuh sayang. Dia berharap agar Anisa Sofea kekal sebagai menantunya. Hari-hari dia berdoa agar jodoh mereka berkekalan. Hati tuanya yakin Anisa Sofea bukan wanita yang Datin Suzila canangkan.

Mendengar sahaja perlawaan Puan Sri Camelia terus Anisa Sofea mengelengkan kepala. Pergi ke rumah itu bermakna dia akan berjumpa dengan Tengku Zhafril Irfan. Oh tidak!!! Dia belum bersedia.

"Nanti Nisa datang rumah mama. Sekarang Nisa busy sikit. Ramai pesakit sekarang ni."

"Kalau macam tu kamu bagi no telefon kamu dekat mama. Biar mama simpan. Nanti senang mama nak hubungi kamu."

No telefon milik Anisa Sofea disimpan di dalam telefon Puan Sri Camelia. Nanti bila dia bosan boleh lah dia telefon Anisa Sofea.

"Jom selfie dengan mama. Nanti boleh mama tunjuk dekat papa kamu. Dia pun ada tanya jugak bila kamu nak datang rumah."

Selesai berselfie, Puan Sri Camelia berlalu pergi bersama dengan seseorang. Dari cara berpakaian mungkin bodyguard wanita itu. Walaupun baru dua kali bertentang mata, layanan Puan Sri Camelia membuatkan dia rasa selesa. Pelukan hangat wanita itu masih dirasainya. Ingatannya kembali pada arwah mama. Sungguh dia rindu akan wanita itu.

Puan Sri Camelia membelek gambarnya bersama dengan Anisa Sofea. Senyuman terukir di bibir. Ingin ditunjukkan gambar itu kepada suaminya. Hajatnya untuk bertemu Anisa Sofea sudah tercapai. Dia berhajat lagi supaya Anisa Sofea dapat menjejakkan kaki ke Villa Zalia.






My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang