BAB 6

8.5K 185 3
                                    

Kereta AMG GT milik Tengku Zhafril Irfan meluncur laju menuju ke Setapak Central Mall.
Lancar melalui lebuhraya. Memandangkan hari ini hari bercuti jalan raya kelihatan lenggang. Tiba-tiba dia teringat akan tunangnya, Anita Sofea. Lantas telefon bimbit dicapai. Nombor wanita itu dihubungi. Tiga kali deringan, suara lunak manja kedengaran.

"Sayang.... miss me?" Soal wanita itu.

"Babe, miss you so much. How Kundasang?" Tanya Tengku Zhafril Irfan. Dia tahu tunangnya kini berada di Sabah untuk shooting pakaian terbaru.
Sudah tiga hari mereka berjauhan. Rindu sudah mencengkam di dada.

"Great... I think you should come it's a better place for honeymoon."

"Really, so I think we should go there for our honeymoon."

"What???? No Zhaf. I don't want."

Tengku Zhafril Irfan ketawa kecil. Sengaja dia menyakat tunangnya. Dia tahu tunangnya tidak akan berbulan madu di sini. Dia tahu standard wanita itu. Mesti  luar negara atau tempat yang famous.

"Ok dear, got to go. Call you later... luv you, bye."

Talian telefon dimatikan. Dia sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju. Perlahan dia membelok masuk ke perkarangan mall tersebut untuk memarkir kereta. 

Tengku Zhafril Irfan car

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Zhafril Irfan car.....


Langkah kaki Tengku Zhafril Irfan laju menapak menuju ke Restoran Dubuyo meliar matanya mencari kelibat sahabat baiknya, Khairul atau lebih mesra dipanggil Khai. Kakinya menapak perlahan menuju ke arah Khai yang sedang leka dengan telefon bimbit. Santai dengan jeans dan kemeja hitam memilih untuk berada di penjuru restoran. Jauh dari pandangan orang yang lalu lalang. Dengan langkah perlahan Tengku Zhafril Irfan menghampiri Khai. Perlahan tanpa disedari oleh lelaki itu.

"Woi," sergah Tengku Zhafril Irfan.

Khai yang terkejut dengan sergahan itu hampir sahaja melemparkan telefon bimbit nya ke dinding restoran. Dadanya diurut perlahan. Dia tidak menyedari akan kehadiran jejaka itu. Wajah kacak temannya itu dipandang geram. Tengku Zhafril Irfan yang memakai kemeja rona biru dan berseluar jeans putih itu diperhatikan.

 Tengku Zhafril Irfan yang memakai kemeja rona biru dan berseluar jeans putih itu diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Zhafril Irfan oufit

"Kalau pecah fon aku tadi macam mana?" Marah Khai. Wajah selamba Tengku Zhafril Irfan yang sedang melabuhkan punggung di hadapannya direnung tajam.

"Aku ganti baru... itu pun nak kecoh" air minuman Khai dihirup selamba. Tidak dipedulikan wajah tidak puas hati Khai.

"Eleh berlagak. Mentang la anak orang kaya."
Gumam Khai tetapi masih didengari oleh Tengku Zhafril Irfan.

"Oi aku dengar ye..." marah Tengku Zhafril Irfan.

Khai mencebik bibir.

Bagi sahabatnya itu, jangan kata satu, sepuluh pun Tengku Zhafril Irfan mampu nak ganti. Anak jutawan macam Tengku Zhafril Irfan jangan kata telefon bimbit, banglo lima biji pun dia mampu. Maklumlah anak jutawan terkenal di negara ini.

Tapi walaupun sahabatnya itu anak seorang jutawan, namun Tengku Zhafril Irfan tidak pernah kedekut dengan kawan-kawannya. Teringat semasa mereka belajar bersama dahulu, Tengku Zhafril Irfan sentiasa membantu nya dan sahabat yang lain semasa kesusahan. Tanpa mengira bangsa dan agama semua ditolongnya.

Tambahan sekarang dia sudah berkerjaya banyak dia menolong semua yang dalam kesusahan. Sikap yang diwarisi oleh papanya, Tan Sri Zayed Irfan. Membantu dalam diam. Tidak pernah dihebohkan.

"Khai.... Khai... berangan pulak dia ni."

Pipi Khai ditepuk halus. Berangan pulak siang-siang ni.

"Kenapa kau ni? Ada masalah ke." Soal Tengku Zhafril Irfan.

"Aku tengah fikir, nanti lepas kau kahwin tak de la orang nak teman aku lagi. Minum la sorang-sorang kat sini." Ucap Khai.

"Kau ingat lepas aku kahwin aku tak keluar langsung ke? Tak payah pergi kerja."

"Mana tahu lepas kau kahwin bini kau ikat kaki dan tangan kau tak bagi keluar. Kau kan hero idaman semalaya?"

"Berani Nita tak bagi aku keluar. Ini Zhaf ye. Perempuan yang melutut dekat aku." Ujar Tengku Zhafril Irfan bongkak.

"Ye ke???"

Melihat cara layanan Tengku Zhafril Irfan terhadap tunangnya itu pun Khai berani kerat jari kalau Zhaf akan membantah. Menjadi tunangan pun sudah membuatkan Tengku Zhafril Irfan lembut tengkuk. Semua keinginan si tunang di tunaikan itu belum lagi sah sebagai suami isteri.




My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now