BAB 27

10.9K 181 1
                                        

Anisa Sofea menangis teresak-esak. Selepas Tengku Zhafril Irfan bangun meninggalkan dia bersendirian di atas katil, laju dia menuruni katil dan duduk berteleku di penjuru bilik. Tuala yang berada di atas kerusi dicapainya untuk menutup tubuh yang terdedah. Tak ingin membiarkan tubuhnya menjadi santapan mata Tengku Zhafril Irfan buat kali kedua.

Terasa dadanya sakit akibat gigitan kasar suaminya. Perbuatan si suami menakutkannya. Menyesal dia mengenakan gaun tidur itu. Sangkanya dia akan bersendirian hingga ke esok pagi. Tidak menyangka suaminya akan kembali semula ke suite ini.

Kejadian tadi kembali terlayar di matanya. Tindakan itu membuatkan tubuhnya mengigil. Sungguh dia tidak rela andai Tengku Zhafril Irfan 'menyentuhnya.' Tubuhnya hanya untuk suami yang dia cintai. Dia perlukan cinta untuk melakukan perkara itu. Akhirnya Anisa Sofea tertidur di penjuru bilik bersama linangan air mata.

Tengku Zhafril Irfan keluar dari bilik mandi. Dia hanya mengenakan boxer. Tubuh dibaringkan ke katil. Dia tidak mempedulikan di mana si isteri pergi. Dia hanya mahu rehat dan tidur yang secukupnya.

Anisa Sofea tersedar dari tidurnya. Tidak pasti pukul berapa dia tertidur. Dia masih berada di penjuru bilik tertidur di atas karpet hijau di dalam  bilik hotel. Kelihatan suaminya masih enak dibuai mimpi, cepat-cepat dia melangkah menuju ke bilik air.

Kesan dari gigitan Tengku Zhafril Irfan dilihatnya di dalam cermin. Sudah kebiru- biruan.
Sakit... Pasti akan meninggalkan kesan nanti.
Serentak air matanya menitis di pipi. Takut jika suaminya itu bertindak kasar lagi sekali.

Dua puluh minit berlalu, Anisa Sofea keluar dari bilik air. Lengkap berpakaian. Kalau dia tahu semalam dia pakai baju ni. Biar nampak sopan.

Kelihatan Tengku Zhafril Irfan berdiri mengadap ke jalan raya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kelihatan Tengku Zhafril Irfan berdiri mengadap ke jalan raya. Tidak berbaju dan hanya memakai boxer. Terasa akan kehadiran seseorang dia memusingkan badan. Langkahnya diatur ke arah Anisa Sofea. Isterinya itu berundur ke belakang hingga rapat ke dinding. Takut barangkali.

"Anisa Sofea Binti Sauqi............"

Anisa Sofea menanti dalam debaran. Menanti kata-kata dari bibir Tengku Zhafril Irfan. Mungkinkah????.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak pernah cintakan kau. Dan aku tahu kau pun tak cintakan aku. Mulai hari ni kita bawa haluan masing-masing dan aku takkan ambil tahu pasal kau. Satu nasihat aku, jangan sesekali kau buat silap dan malukan aku. Sekali kau buat silap kau akan terima akibatnya. Stay away from Hariz!  Ingat tu!!!!"

Anisa Sofea mangangguk tanda faham. Wajahnya berubah muram. Melihat wajah Anisa Sofea yang berubah, dagu milik isterinya dicengkam kuat.

"Kau ingat aku nak ceraikan kau?"

Tengku Zhafril Irfan ketawa.

"Jangan kau nak berangan. Sampai bila-bila pun kau akan jadi isteri aku!!! Aku takkan biarkan kau bahagia!!!" Jerkah Tengku Zhafril Irfan dagu Anisa Sofea dilepaskannya. Air mata isteri mengalir di pipi.

"Kau jangan nak pura-pura menangis. Aku takkan tertipu. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Sekarang berambus!!!!"

Anisa Sofea melangkah meninggalkan suite tersebut. Luggage dicapai bersama. Air matanya deras membasahi pipi......

Teratak Tan Sri Zayed Irfan


Keluarga Tan Sri Zayed Irfan selesai menikmati hidangan tengahari. Masing-masing baru bangun dari tidur. Letih dengan majlis yang berlangsung semalam. Berbual sesama sendiri.

Kelibat Tengku Zhafril Irfan yang muncul di muka pintu mengejutkan mereka sekeluarga

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kelibat Tengku Zhafril Irfan yang muncul di muka pintu mengejutkan mereka sekeluarga. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul. Kelibat Anisa Sofea tidak kelihatan. Wajah yang kusut.

"Mana isteri kamu?" Soal Tan Sri Zayed Irfan.

"Zhaf..... Mana Anisa?" Tekan Tan Sri Zayed Irfan apabila pertanyaan nya tidak dijawab.

"Zhaf.... papa kamu tanya tu. Nisa mana?" Bahu si anak diusap perlahan. Tengku Zetty Inara dan Tengku Zakuan Irfan hanya mendiam kan diri. Tidak masuk masuk campur akan hal si abang.

"I don't know. And I don't want to know! Zhaf dah ikut cakap papa untuk berkahwin dengan perempuan tu. Jadi sekarang ni Zhaf dah tak peduli pasal perempuan tu. I hate her...."

Tengku Zhafril Irfan berjalan laju ke arah biliknya. Ditinggalkan mereka berempat begitu saja. Jika dia kekal berada di situ mesti dia akan mendengar bebelan panjang papanya.

"Wan, jom naik atas."

"Baru nak berborak dengan mama dan papa."

"Angah nak tunjuk something ni. Jom la.."

"Ala... nanti-nanti la Wan nak duduk sini dulu."

"Jom!!!" Baju Tengku Zakuan Irfan ditarik kuat oleh Tengku Zetty Inara. Adik bongsu nya itu kelihatan terpinga-pinga. Geram dengan Tengku Zakuan Irfan tidak faham akan isyarat tubuh yang diberikan olehnya. Dia yakin mama dan papa mereka ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Hal yang melibatkan abang sulung mereka itu dan dia tidak mahu masuk campur.

Pasangan suami isteri itu melabuhkan punggung ke atas sofa. Selepas kedua anak mereka naik ke tingkat atas, mereka memulakan bicara. Tidak mahu keduanya mendengar setiap butir bicara itu.

"Macam mana ni bang? Pening Lia dengan anak abang tu. Boleh pulak dia tinggal Nisa macam tu je.." ujar Puan Sri Camelia.

"Abang pun tak tahu nak buat macam mana, Lia. Kita tengok je nanti."
Balas Tan Sri Zayed Irfan. Dia sendiri tidak punya jawapan akan soalan isterinya. Berharap agar ada sinar kebahagiaan dalam hidup Tengku Zhafril Irfan dan Anisa Sofea. Dia pasti Zhaf akan menjadi milik Anisa.......









My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang