"Tengku Zhafril Irfan Bin Tengku Zayed Irfan, aku nikahkan akan dikau dengan Anisa Sofea Binti Sauqi dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai....."
"Aku terima nikahnya Anisa Sofea Binti Sauqi dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai......"
Dengan sekali lafaz, Anisa Sofea kini sah menjadi milik Tengku Zhafril Irfan.
Anisa Sofea yang berada di atas pelamin berdebar-debar. Ingin sahaja dia meminta Allah SWT mengambil nyawanya. Dia tidak sanggup menjadi isteri kepada tunang adiknya sendiri.
Sedari tadi dia hanya menundukkan wajah. Tidak ingin dia melihat semua tetamu yang ada. Bagaimana jika orang lain tahu yang pengantinnya sudah ditukar.Pelamin
Tengku Zhafril Irfan mengangkat tangan mengaminkan doa. Sejak dari semalam dia hanya mendiamkan diri di dalam bilik. Tidak ingin melarikan diri seperti selalu. Jika dahulu dia mempunyai masalah dia akan ke Vic Night Club untuk menghilangkan tekanan. Namun semalam dia lebih suka berada di rumah. Berada di gym untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Dengan cara itu dia dapat bertenang.
Sejak tiba di rumah bakal mentua nya tadi, dia hanya menundukkan wajah. Tidak ingin melihat wajah sesiapa lagi-lagi wajah milik perempuan itu. Kebenciannya terhadap gadis tersebut sangat menebal. Melutut atau merayu sekali pun dia tidak akan memaafkan perempuan tersebut. Wanita itu telah mengaibkan dan memalukan dirinya.
Khai yang berada dia sebelah Tengku Zhafril Irfan menyiku lengan sahabatnya. Sudah tiga kali Puan Sri Camelia memanggil anaknya itu namun tiada tindakbalas.
"Apa hal kau ni?" Marah Tengku Zhafril Irfan perlahan-lahan tanpa mengetahui punca. Tidak mahu orang lain mendengar.
"Dah banyak kali mama kau panggil tu. Kau yang tak dengar!" Tekan Khai. Geram kerana Tengku Zhafril Irfan memarahinya.
Pantas wajah Puan Sri Camelia ditatapnya.
Mengangkat kening kepada mamanya.Puan Sri Camelia tersenyum manis memandang anak terunanya. Dah kenapa budak ni? Dari tadi panggil boleh dia angkat kening pulak.
"Pergi salam bini kamu tu." Bisik Puan Sri Camelia di telinga Tengku Zhafril Irfan.
"No!!!" Bentaknya keras.
"Kamu jangan macam-macam. Ramai tetamu kat sini. Jangan malukan mama!" Ujar Puan Sri Camelia sambil tersenyum kepada para tetamu.
Cuba mengawal amarah.Perlahan Tengku Zhafril Irfan bangun menuju ke arah gadis tersebut.
Pandangan matanya melekat ke arah wanita yang berada di atas pelamin mini. Berniqab. Dia hanya tersenyum sinis. Pakai niqab supaya orang lain tidak mengesyaki apa-apa. Pengantin perempuan sudah ditukar. Tahu pula malu!Pantas dia melabuhkan punggung dia atas pelamin. Bersebelahan dengan gadis itu. Serentak Anisa Sofea mengangkat wajahnya. Mata Tengku Zhafril Irfan terpaku saat melihat keindahan mata di hadapannya. Ditatapnya mata bundar yang cantik itu. Lama.
"Ehem.... "Tersentak terus Tengku Zhafril Irfan mendengar suara Khai. Terus dicapai tangan sejuk beku milik isterinya. Tangan halus jika dibandingkan dengan tangan nya yang besar. Cincin berlian itu disarungkan ke jari manis Anisa Sofea. Cincin yang dibeli dan dipilih oleh mama dan papanya. Selepas mengetahui dia bakal berkahwin dengan Anisa Sofea, dia didesak oleh mamanya untuk membeli cincin perkahwinan. Cincin yang dibeli untuk Anita Sofea tidak padan dengan jari halus milik Anisa Sofea. Dia tetap berkeras tidak mahu ke Gill Jewellery. Kedai menjual cincin dan permata yang selalu menjadi pilihan mamanya. Kedai milik kenalan Puan Sri Camelia. Akhirnya mamanya sendiri yang memilih cincin tersebut.
Cincin di jari manis Anisa Sofea ditatapnya. Cantik !!!! Pandai pula mama pilih."Nisa, salam suami kamu tu..." suara Tan Sri Zayed Irfan memberi arahan. Pantas Anisa Sofea mencium tangan suaminya itu. Namun belum pun sempat bibirnya mengucup tangan itu, segera Tengku Zhafril Irfan menarik tangannya dari genggaman Anisa Sofea. Anisa Sofea terdiam. Hanya mereka berdua yang menyedari situasi ini.
"Zhaf... cium dahi isteri kamu." Arah Tan Sri Zayed Irfan lagi. Tengku Zhafril Irfan gigit bibir. Geram dengan arahan papanya. Lantas didekatkan wajahnya ke kepala si isteri. Lalu dikucup lembut.
Bibir tak nak suruh cium sekali ke??? Marah Tengku Zhafril Irfan di dalam hatinya. Geram.
Selesai sesi bergambar, keluarga Tengku Zhafril Irfan meminta izin untuk segera pulang. Mereka perlu bergegas ke Palace Of The Golden Horses untuk upacara resepsi malam ini. Hotel yang menjadi pilihan Anita Sofea untuk majlis bersanding.
"Kamu tak nak bawak Nisa ke Zhaf?" Soal mamanya.
"For what?"
"Kamu nak pergi butik untuk bersiap kan? Alang-alang pergi la sekali. Kan senang."
"Pandai-pandai la dia pergi sendiri" balas Tengku Zhafril Irfan lalu keluar dari rumah. Khai dan Puan Sri Camelia saling berpandangan. Sikap tidak ambil peduli Zhaf membuatkan Puan Sri Camelia menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...