Tiba-tiba kereta milik Anisa Sofea berhenti di bahu jalan. Pantas dia berlari keluar. Dimuntahkan segala isi di dalam perutnya. Setelah selesai, dia masuk semula ke dalam kereta. Air mineral dicapainya lalu dia berkumur dan membersihkan mulut. Kepala disandarkan ke kusyen kereta. Menutup mata. Sejak dua minggu ini dia merasakan ada yang tidak kena dengan dirinya. Loya, muntah dan cepat letih. Rasanya selepas selesai segala aktiviti di Kuantan, Pahang ini, dia akan segera berjumpa dengan doktor.
Mungkinkah........
Oh tidak......
Dia yakin itu. Hanya dua kali sahaja dia melakukan perkara itu. Apa yang bermain di fikirannya, cepat-cepat di tepis.Tiga jam tiga puluh minit perjalanan, menjadi empat jam gara-gara dia banyak berhenti dan akhirnya dia tiba di tempat yang dirancangkan oleh pihak hospital. Setelah memarkir kereta, dia berjalan masuk menuju ke lobi utama. Setelah dia mengambil kad assess, pantas kakinya melangkah menuju ke bilik. Dia ingin merehatkan badan dan tidur sebentar.
Bilik yang mengadap pantai itu benar-benar membuatkan dia tenang. Petang nanti boleh la dia berjalan mengambil angin pantai.Pada awalnya Ella akan bersamanya untuk datang ke hotel ini. Namun terpaksa dibatalkan kerana ada hal kecemasan. Dia juga yang sepatutnya berada di sini semalam, terpaksa hadir pada hari ini. Dia sibuk di hospital memandangkan ramai doktor yang bercuti. Banyak aktiviti yang dilakukan semalam dan dia sudah terlepas.
Malam ini bakal diadakan majlis makan malam di ballroom Hotel Hyatt Regency bertemakan pakaian tradisional. Dia hanya membawa pakaian lama. Pakaian semasa dia menjadi pengapit temannya di majlis pernikahan teman satu U di Bali setahun yang lalu.
Kesemua penginapan dan makanan ditaja sepenuhnya oleh Tan Sri Zayed Irfan. Entah mengapa bapa mertuanya itu mahu menaja kesemuanya.
Lalu dengan perlahan Anisa Sofea membaringkan tubuhnya ke katil. Tidak menukar pakaian. Tidak sampai lima minit, dengkuran halus kedengaran.
Kereta AMG GT milik Tengku Zhafril Irfan membelok perlahan memasuki perkarangan Hotel Hyatt Regency, Kuantan. Keretanya diletakkan di tempat yang telah disediakan khas. Keluar dari kereta, matanya meliar memandang ke sekeliling hotel lalu terpandang akan kereta AMG A-Class Hatchback dengan plat no XX 19. Dia rasa dia mengenali pemilik kenderaan itu kerana plat itu seakan sama dengan plat keretanya XY 19. Yakin isterinya turut berada di sini. Kereta yang dibeli oleh papanya menggunakan kad bank miliknya. No plat yang di tempah khas. Ini mesti kerja papanya, Tan Sri Zayed Irfan.
Masuk ke lobi utama, matanya meliar memerhati. Mencari pemilik kemderaan itu namun hampa. Pemilik tersebut tidak kelihatan di mana-mana.
Dia menuju ke pantai, waktu petang begini ramai yang akan berada di sana. Sofa rotan yang terdapat di tepi pantai menjadi tempatnya berehat. Mama dan papanya juga tidak kelihatan.
Tengku Zetty Inara dan Tengku Zakuan Irfan yang hadir bersamanya hilang entah ke mana.
Tengku Zhafril Irfan berehat sambil menikmati tiupan angin di tepi pantai. Kelihatan ramai staf Mims Hospital yang berada di situ. Ada yang mandi, ada yang berjalan menyusuri pantai dan ada yang membina istana pasir ditemani ahli keluarga. Matanya menangkap ke arah sekumpulan wanita. Wanita yang membelakanginya itu dilindungi oleh topi merah jambu. Dia tidak nampak wajah wanita itu.Topi dan beg coklat yang disandang diletakkan dia atas kerusi. Cermin mata hitam disangkut ke butang kemejanya.
Anisa Sofea yang menyusuri pantai terkejut dengan sapaan staf hospital. Mereka terdiri daripada staf di dewan bersalin dan wad postnatal. Masing-masing datang bersama keluarga.
"Doc... baru sampai ke?" Soal staf dewan bersalin itu.
"Pagi tadi. Tapi dah letih sangat tidur dulu dekat bilik."
"Doktor drive sorang-sorang ke ni?"
"Aa...."
"Tak letih ke doc? Kami semua datang dengan family. Tiqah dengan Yanie je drive sama-sama."
"Letih jugak tapi kalau saya tak drive saya nak datang dengan sapa."
"Ella tak datang ke doc?"
"Ella last minutes ada emergency. Sebab tu saya datang sorang."
"Oo... jumpa malam ni ya doc. Pakai cantik-cantik tau. Saya tengok banyak pakwe hensem."
Anisa Sofea mencubit lengan Yanie. Mengaduh kecil gadis itu. Stafnya meminta diri untuk bersiap. Katanya mahu menjadi yang tercantik pada malam ini.
Anak mata Anisa Sofea terpaku pada anak mata lelaki itu. Lantas dia pantas berjalan. Ingin segera beredar dari situ dan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Melihat wajah wanita itu, pantas Tengku Zhafril Irfan bangun dan melangkah laju mengejar langkah wanita berbaju merah jambu bunga-bunga itu. Dia yakin wanita itu ingin melarikan diri darinya.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...