BAB 31

10.9K 222 0
                                        

Beberapa bulan berlalu.....

Mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada pukul 12.30 tengahari itu ditunda ke pukul 2.30 petang. Jam di tangan kiri dilihatnya. Sudah hampir ke pukul 3.00 petang. Dia terlewat menghadiri mesyuarat kerana pesakitnya baru sahaja bersalin. Selalunya dia akan turut serta menghadiri mesyuarat tersebut jika ada kelapangan, mana tahu ada informasi terkini berkaitan dengan hospital. Lagipun sekarang dia tidak ada pesakit di klinik.

Anisa Sofea memasuki meeting room hospital. Ramai para doktor serta staff berada di sini. Dia ingat dia sudah terlambat. Ada lagi yang baru tiba. Untuk apa diadakan mesyuarat pada kali ini dia sendiri tidak pasti. Selalunya para doktor akan dikirimkan email jika terdapat sebarang maklumat tetapi Anisa Sofea jenis yang malas mahu membuka email.

Dia menyapa lalu duduk bersebelahan dengan Dr Yusof. Salah seorang pakar O&G yang paling disanjungi kerana umur dan pengalaman doktor itu. Kelibat CEO Mims Hospital belum tiba. Kedengaran para pekerja dan doktor berborak sesama sendiri. Meskipun berada di bawah satu bumbung yang sama, mereka jarang bersua muka. Masing- masing sibuk akan tugasan di klinik dan di wad. Jika terjumpa pun mungkin masa tengah buat round di wad.

Ella juga turut memasuki bilik mesyuarat, melihat kelibat temannya itu, lantas dia berjalan menuju ke arah Anisa Sofea dan melabuhkan punggungnya. Dia baru habis shift kerja pada pukul 2.00 petang.

"Tak mula lagi ke?"
Bisik Ella.

"Belum.... tengah tunggu tuan besar kot."

"Oo lambat lagi la aku boleh balik."

Anisa Sofea memusingkan badannya mengadap Ella.

"Kau nak gi dating eh.... dengan mamat tu kan..."

"Mana ada pandai je kau. " ucap Ella malu-malu.

"Aku tau la. Nanti kau cerita ek pasal boyfriend kau tu. Tak sabar aku nak makan nasi minyak kau."

"Assalamualaikum dan selamat petang semua...."

Melihat wajah itu, Ella membeliakkan mata. Mulutnya ternganga luas. Anisa Sofea yang duduk membelakangi itu lantas berpusing setelah melihat wajah terkejut Ella. Saat matanya melihat kelibat lelaki separuh umur itu, dia turut sama terlopong. Saat ini ingin saja dia lenyapkan diri dari muka bumi ini. Mengapa mereka mesti bertemu di sini?

Boleh tak kalau dia pura-pura tidak mengenali orang tua separuh abad itu? Ataupun berpura-pura pengsan?

Tan Sri Zayed Irfan melangkah memasuki bilik mesyuarat yang terletak di tingkat dua hospital.
Ini merupakan hospital di bawah naungan mereka. Di Malaysia sahaja mereka sudah mempunyai 10 cawangan termasuk Sabah dan Sarawak. Yang terbaru adalah di Sabah. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Selalunya hanya Tengku Zhafril Irfan yang datang menghadiri sebarang mesyuarat ataupun jika mempunyai sebarang masalah. Kali ini dia terpaksa turun berikutan anaknya itu sedang berada di Sabah. Membuat tinjauan terhadap hospital yang baru dibuka di sana.

Usai melangkah masuk, mata Tan Sri Zayed Irfan tertumpu pada wajah manis wanita itu. Bergelak ketawa bersama rakannya. Namun sebaik sahaja wajah manis itu menatap wajah miliknya, serta merta tawa itu hilang. Cantik wanita itu mengenakan kemeja rona hitam nampak begitu ringkas. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan wanita itu sejak majlis perkahwinan mereka beberapa bulan yang lepas.

COO hospital memulakan bicara. Semuanya berkisar mengenai permasalahan di hospital, MSQH yang bakal tiba dan hospital bakal mengadakan Annual Dinner tidak lama lagi. Mendengar mengenai annual dinner semua para pekerja bersorak kuat dan teruja. Sudah beberapa tahun Annual Dinner tidak dijalankan dek kerana Covid 19 yang melanda negara dan dunia.

"Wow... bestnya dapat pergi Annual Dinner. Dekat mana nanti. Takkan nak buat dekat hotel je Puan. Cari kelainan sikit." Celah Ketua Support Service.

"Kelainan macam mana tu Encik Zali?"soal COO hospital. Mana tahu kali ini annual dinner berbeza dengan sebelumnya.

"Buat aktiviti sambil bawak keluarga, boleh tidur hotel, malam kita buat dinner macam selalu. Pakai cantik-cantik." terang Encik Zali.

"Banyak keluar budget nanti. Mana ada duit." Balas salah seorang pekerja.

"Yelah banyak pakai duit mana mampu.."
Sambung pekerja di bahagian cafe.

"Anak-anak nak masuk sekolah lagi... mana nak cari duit. Banyak belanja nanti."

Masing-masing bercakap sesama sendiri. Tidak mempedulikan Tan Sri Zayed Irfan yang turut sama berada di situ. Bagi Tan Sri Zayed Irfan idea dari Encik Zali ada jugak benarnya. Selalu Annual Dinner diadakan di hotel, masing-masing berpakaian cantik dan pulang bersama hadiah cabutan bertuah. Kali ini jika ahli keluarga turut serta lagi seronok. Dan dia pun mahukan anak dan menantunya ikut bersama.

Kali ini dia merasakan perlu melakukan perubahan. Mikrofon di tangan COO diambilnya. Riak wajah terkejut COO itu tidak diendah. Tiba masa untuk dia pula berucap.

"Saya rasa idea En Zali ada bernasnya jugak. Boleh bersantai dan sesekali meluangkan masa dengan yang tersayang."

"Tapi Tan Sri nak buat perlu banyak modal. Risau kita tak dapat nak support semua staf." Bisik COO di telinganya.

"Semua penginapan dan makan kamu semua jangan risau. Saya akan tanggung semua. Kamu semua cuma perlu pilih tempat dan saya akan pertimbangkan. Dan saya juga akan usulkan pandangan ini dengan Tengku Zhafril. Saya yakin anak saya pun akan bersetuju."

Mendengar kata-kata dari Tan Sri Zayed Irfan semua bersorak riang. Annual Dinner kali ini di tanggung oleh Tan Sri Zayed Irfan. Masing-masing mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Zayed Irfan. Tan Sri Zayed Irfan tersenyum. Suka melihat orang lain bahagia. Lebih-lebih lagi anak-anak dan menantunya.

My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang