BAB 35

9.4K 174 7
                                    

Segala benda yang berada di atas meja dilemparkan ke tepi. Berselerak jatuh ke lantai. Feeya yang berada di luar bilik tergesa-gesa masuk ke dalam pejabat Hariz. Melihat keadaan bilik dan wajah merah padam milik Hariz, terus dimatikan niat untuk masuk. Pintu bilik ditutup semula. Bimbang dia bakal menjadi mangsa amukan lelaki itu. Baran Hariz mengerunkan. Dia pernah melihat amukan Hariz semasa mereka menghadiri perkahwinan anak sulung Tan Sri Zayed Irfan. Mengamuk teruk dan nyaris mereka kemalangan.

Panggilan telefon dari seseorang membuatkan Hariz melampiaskan marah. Kecewa dan sakit hati yang teramat sangat. Sanggup Anisa Sofea menduakan dirinya. Memilih untuk bersama dengan lelaki yang lebih berharta darinya. Semurah itu kah harga cintanya?

Sanggup Anisa Sofea memerangkap tunang adiknya sendiri? Sanggup mengadaikan maruah dengan tidur bersama Tengku Zhafril Irfan. Jika dengan dia nak peluk pinggang pun susah. Betapa kejamnya Anisa Sofea. Cintanya ternyata tiada nilai di mata Anisa Sofea. Kebencian terhadap Anisa Sofea hadir bersama dendam di hatinya. Dia akan memastikan Anisa Sofea menyesal kerana mempermainkan cintanya.

Anisa Sofea memarkir kereta dengan berhati-hati di dalam garaj lalu melangkah keluar. Kereta pemberian Tan Sri Zayed Irfan diperhatikan. Tidak menyangka dirinya berpeluang memandu kereta mewah ini. Dia yang bekerja sebagai seorang doktor pun belum tentu mampu membelanjakan wang untuk memiliki kereta mewah ini. Lebih baik dia menabung ataupun berbelanja pada yang sepatutnya.

 Lebih baik dia menabung ataupun berbelanja pada yang sepatutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Datin Suzila memandang Anisa Sofea yang baru pulang dari kerja. Leka anak tirinya itu memerhatikan kereta mewah kepunyaannya. Hatinya dijentik rasa cemburu. Seumur hidupnya belum pernah dia menerima hadiah semahal itu. Hanya kereta Mazda sahaja pernah dihadiahkan untuknya oleh Datuk Sauqi. Itupun perlu dikongsi bersama Anita Sofea. Bagi Datuk Sauqi untuk apa membazir. Cukup rumah mereka ada dua kereta. Satu untuk kegunaan suaminya dan satu untuk dirinya dan Anita Sofea.

Hatinya dilanda curiga. Siapakah yang menghadiahkan kereta mewah ini kepada anak tirinya itu? Jika Tengku Zhafril Irfan yang menghadiahkannya agak mustahil kerana dia pasti hubungan Anisa Sofea dan menantunya itu macam mana. Sudah berbulan mereka berkahwin namun Anisa Sofea masih tinggal bersama mereka di teratak mewah ini. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Untung la dapat kereta mahal." Perli Datin Suzila. Anisa Sofea tayang wajah selamba. Sebolehnya dia ingin mengelak dari bertembung dengan mama tirinya itu. Kejadian dulu masih segar di ingatan.

"Kau pekak ke? Aku tengah cakap dengan kau."
Lengan Anisa Sofea ditariknya.

"Saya letih nak rehat."

"Letih melayan sugar daddy kau ke? Patut la dapat kereta mewah sebijik. Untung badan...."

"Apa masalah mama ni?"

"Ada suara rupanya. Aku cakap seronok dapat melayan orang tua kaya dapat kereta dapat hadiah mahal." Sindirnya.

Anisa Sofea mengenggam erat kedua belah tangannya. Bimbang jika tangan itu naik ke muka Datin Suzila. Sungguh..... rasa hormatnya pada mama tirinya itu semakin lama semakin menipis.

"Saya layan sugar daddy ke layan orang tua ke itu bukan masalah mama. Dapat jugak diri ni merasa naik kereta mewah dan shopping di luar negara nanti dengan sugar daddy. Tak macam mama suami asyik sibuk dengan kerja. Ada anak pun macam tak ade... ada ke anak mama balik jenguk mama?"

Sindir Anisa Sofea.

Panggggggg.....

Perit pipi Anisa Sofea. Matanya mencerlung ke arah Datin Suzila. Mendengar nama Anita Sofea disebut, hatinya sakit. Anak kesayangannya itu langsung tidak menghubunginya. Mendengar suara Datuk Sauqi dari dalam, Datin Suzila menjatuhkan badan ke tanah dan menangis teresak-esak. Berpura-pura di hadapan Datu Sauqi.

Datuk Sauqi yang melihat keadaan Datin Suzila terus berlari mendapatkan si isteri.

"Mama minta maaf Nisa, demi Allah mama tak tahu...." ujar Datin Suzila tersedu sedan. Anisa Sofea yang kebingungan itu merasa tubuhnya ditolak kuat hingga dia terjatuh ke atas tanah.

"Apa salah isteri aku pada kamu? Salah ke dia cuba jadi ibu untuk kamu? Dari dulu kamu tak pernah mahu berbaik dengan dia. Kamu benci dia.!"

"Selama ni aku diam dengan semua perangai buruk kamu. Bermacam cerita yang aku dengar pasal kamu. Dah berapa banyak jantan yang dah pernah tidur dengan kamu!!!"

Anisa Sofea terkejut. Bila masa dia tidur dengan jantan? Seingatnya dirinya masih suci. Tidak pernah diceroboh oleh mana-mana lelaki. Termasuk Hariz dan suaminya sendiri.

"Tiap kali mama kamu cerita perihal kamu, dia yang banyak menyabarkan aku. Dia yang menyakinkan aku yang kamu tak salah. Ini ke balasan kamu pada dia?"

Jadi Datin Suzila la punca semua ini. Mencanang akan keburukkan dirinya.

"Jantan mana pulak yang bagi kereta ni? Jangan sampai Tan Sri tahu perangai buruk kau. Mana aku nak letak muka? Menantu Tan Sri Zayed simpan jantan kat luar"

Tuduhan Datuk Sauqi terlalu berat. Dia tidak kuat untuk mendengar semua itu lagi. Tuduhan yang terlalu berat. Dia tidak akan sesekali mengadaikan hanya untuk memiliki kereta mewah itu. Kakinya mengatur lemah masuk ke dalam rumah. Ingin masuk ke dalam bilik dan menangis semahunya.....



My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now