Tengku Zhafril Irfan mengeluh kasar. Hari ini dia betul-betul keletihan.Dia berjalan memasuki lif dan menuju ke pintu utama rumah. Pintu dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam tanpa membuka lampu. Briefcase diletakkan di atas meja. Tangannya laju merungkaikan ikatan tali leher. Pantas dia melangkah ke bilik dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dirinya terasa letih dan mengantuk.
Selesai mandi, dia menyarungkan boxer hitam dan terus merebahkan diri di atas katil. Ingin segera tidur memandangkan dia begitu sibuk menguruskan masalah di projek pembinaan hospital baharu di Klang. Masalah supplier bahan binaan. Boleh sahaja jika dia menyerahkan tugas kepada pembantu peribadinya, Badrul untuk memastikan semuanya selesai namun bagi nya sesekali dia juga perlu turun untuk memeriksa keadaan di tapak pembinaan. Bantal peluk dicapainya dan akhirnya dia tidur lena.
Bunyi bising yang kedengaran itu menganggu lena Tengku Zhafril Irfan. Dia yang masih mamai membuka kelopak matanya dengan payah. Bangun dan bersandar ke kepala katil. Kelihatan wajah mama dan papanya di muka pintu.
Melihat wajah tegang Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia membuatkan matanya segar bugar. Kenapa pulak ni?
Tiba-tiba kendengaran tangisan kecil si gadis di sebelahnya lantas dia menoleh ke sisi. Melihat seorang wanita dengan kain selimut tebal menutupi bahagian dada. Muka gadis itu tidak kelihatan kerana dilindungi oleh rambut yang panjang mengurai."Allah..."
Spontan dia menarik selimut menutup badannya yang terdedah. Gadis disebelah dipandang.
What the fish!!! Apa yang perempuan ni buat atas katil dengan dia? Dan sejak bila pula gadis ini muncul? Semalam semasa dia pulang dia tidak perasan akan kelibat gadis ini. Dia terus tidur akibat keletihan."Kamu siap dulu nanti kita bincang" arah Tan Sri Zayed Irfan. Menarik tangan isterinya keluar dan menuju ke ruang tamu. Tidak mahu lama-lama berada di dalam bilik itu.
Pagi tadi dia mendapat panggilan telefon dari seseorang. Nombor telefon itu tidak dikenalinya. Lelaki tersebut mengatakan bahawa Tengku Zhafril Irfan telah membawa seorang wanita balik ke kondo semalam. Mendengar cerita tersebut lantas sahaja dia mencapai kunci kereta dan terus ke sini. Memandu sendiri. Alangkah terkejutnya dia melihat anak sulungnya itu memeluk seorang gadis dalam keadaan yang mengaibkan.
Tengku Zhafril Irfan meluru masuk ke dalam bilik air. Ingin bersiap. Gadis itu hanya menangis sendirian mengenang akan nasibnya. Selimut dibuka dan alangkah terkejutnya melihat dia tidak berpakaian. Wajah-wajah kesayangan kembali terlayar di matanya.
Tengku Zhafril Irfan, Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia menanti di ruang tamu. Dilihat gadis itu melangkah perlahan menuju ke arah mereka bertiga. Lemah langkahnya. Melihat sahaja wajah gadis itu, pantas Tengku Zhafril Irfan meluru ke arahnya. Lengan gadis itu dicengkam kuat. Dia mengenali gadis tersebut walaupun baru dua kali bersua muka.
"Apa yang kau dah buat ni!! Kenapa kau boleh ada dalam rumah aku?? Atas katil aku??" Soal Tengku Zhafril Irfan. Cengkaman pada gadis itu dikuatkan. Seakan melampiaskan amarahnya.
Tidak mempedulikan kerutan pada wajah putih mulus itu."I don't know. Please let me go..."
"Kau masuk rumah aku tapi kau tak tahu? Macam mana kunci rumah aku ada kat tangan kau."
"Saya tak tahu. Please Encik. Lepaskan saya."
"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak berterus terang dengan aku."
Cengkaman di lengan gadis itu semakin kuat."Please... you're hurting me"
Rayu si gadis."Kau dah masuk rumah aku kau cakap tak tahu. Kenapa kau perangkap aku?"
Jerkah Tengku Zhafril Irfan. Amarahnya membuak-buak. Apakah reaksi Anita Sofea jika tunangnya dapat tahu hal ini."Saya tak tahu.... Tolong encik."
Tengku Zhafril Irfan mengangkat tangan kanannya untuk menampar pipi gadis itu namun ditahan oleh papanya. Wajah merah papanya diperhatikan. Mungkin juga sedang menahan marah.
"Papa tak pernah ajar kamu pukul perempuan. Dah duduk. Kawal sikit amarah kamu tu. Kita bincang elok-elok."
Arah Tan Sri Zayed Irfan. Sedari tadi dia hanya memerhati. Yakin anaknya itu mampu menyelesaikan masalah ini. Namun sebaliknya yang berlaku.
"Kamu kenal dia ke Zhaf?"
Tengku Zhafril Irfan menggelengkan kepala. Dia hanya berjumpa gadis itu sebanyak dua kali. Itupun secara kebetulan.
Tan Sri Zayed Irfan menghampiri si gadis. Melihat dari reaksi gadis itu dia yakin gadis itu tidak mengetahui apa-apa. Hanya mendiamkan diri dan fikirannya entah ke mana. Puan Sri Camelia dan Tengku Zhafril Irfan hanya memandang ke arah Tan Sri Zayed Irfan. Tangan Tengku Zhafril Irfan sedari tadi menelefon Anita Sofea namun hanya memasuki peti suara. Dia ingin segera menghubungi tunangnya itu. Ingin menjelaskan perkara sebenar. Tidak mahu Anita Sofea memdengar dari pihak lain. Sesekali dia memandang gadis itu. Kebenciannya meluap. Ingin sahaja dia melenyapkan gadis itu dari muka bumi ini.
"Siapa nama kamu? Kamu dari mana? Jawab soalan uncle. Kita bincang elok-elok." Pujuk Tan Sri Zayed Irfan.
Gadis itu memandang Tan Sri Zayed Irfan. Air mata mengalir laju tanpa diseka."A......." belum pun sempat gadis itu membalas, kedengaran pintu rumah ditolak dari luar. Kasar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...