BAB 16

7.8K 143 0
                                    

Dua puluh lima minit perjalanan, akhirnya Anisa Sofea sampai juga di tempat yang ingin ditujunya. Setelah bertemu dengan pengawal keselamatan dan menceritakan tujuannya itu, akhirnya dia dibenarkan masuk ke perkarangan rumah mewah tersebut dan memarkirkan keretanya dengan berhati-hati. Beg kertas berisi pakaian nikah kepunyaan Anita Sofea itu dicapai dan dengan pantas dia menuju ke arah alamat yang tertera di kertas yang diserahkan oleh Datin Suzila. Ingin melihat no rumah. 19-02....

Butang tingkat 19 ditekan. Sudah berkali-kali dia menguap. Matanya dibesarkan untuk melawan kantuk yang teramat sangat.

Ting!!! Bunyi lif menandakan dia sudah sampai ke tempat yang dituju. Dengan pantas dia menuju ke arah alamat yang dicarinya.

02... Yes, finally....

Pintu utama dibuka dan suis lampu ditekan. Serentak rumah itu terang benderang.

Ternganga mulutnya melihat keindahan hiasan dalaman kondo mewah ini. Tidak menyangka bahawa Anita Sofea mempunyai rumah yang terlalu cantik dan modern. Sebagai seorang kakak dia berbangga dengan pencapaian adiknya.

Kagum kerana pada usia yang muda adiknya mampu memiliki rumah mewah ini. Rumah yang pada jangkaan nya mencecah jutaan ringgit.
Melihat dari reka bentuk nya pun dia sangat pasti.
Pada zaman sekarang, terlalu sukar untuk memiliki sebuah rumah. Tambahan pula di kawasan Kuala Lumpur. Hanya yang mampu sahaja dapat memilikinya.

Beg pakaian yang diserahkan oleh Datin Suzila tadi dia letakkan di atas sofa mewah di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Beg pakaian yang diserahkan oleh Datin Suzila tadi dia letakkan di atas sofa mewah di ruang tamu. Kertas alamat itu juga dimasukkan bersama baju nikah milik Anita Sofea. Beg tangannya diletakkan bersebelahan beg pakaian itu.

Lantas dia mengatur langkah menuju ke ruang dapur. Ingin melihat keindahan rumah tersebut.
Peti sejuk dihampirinya. Kosong. Kelihatan hanya dua tin air pepsi. Memang tak pernah lekat dekat rumah kot, fikirnya.

Ruang dapur dibelek di setiap sudut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ruang dapur dibelek di setiap sudut. Cantik!!! Kalau dia dapat dapur macam ni maunya dia masak hari-hari. Nak tidur pun boleh. Hahaha.

Kakinya dibawa ke arah master bedroom.
Ingin melihat bilik tidur pula. Ingin dijelajahnya rumah itu. Supaya menjadi sumber inspirasi kelak.

 Supaya menjadi sumber inspirasi kelak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wow!!! Cantik juga.

Tapi.....

Memang minat hitam ke minah ni? Tema hitam putih. Macam tak ada warna lain je adiknya itu tapi cantik juga.

Kalau macam tu tidur sini la malam ni. Mama pun dah pelawa tadi. Hihihi. Hatinya bersuara. Bila lagi dia hendak merasa tidur di bilik mewah ini.

Tiba-tiba deringan telefon bimbit kedengaran. Lantas dia berlari menuju ke ruang tamu. Telefon bimbit dicapainya.
Nama panggilan itu membuatkan senyuman nya terukir.

Mom....
Calling......

"Assalamualaikum mak... Ya.. ya... nanti Nisa balik. Hmmmm."

"Apa???? Kak Daria pregnant??? Betul ke ni mak.... Alhamdulillah.... Baik mak. Nanti lepas kenduri Nisa balik kampung ok kirim salam semua.... walaikumsalam."

Talian telefon dimatikan. Suara ceria mak sedikit sebanyak membuat dia gembira. Berita tentang kehamilan Daria sangat-sangat dinantikan. Sudah agak lama Daria berumah tangga. Ini merupakan kehamilannya yang pertama. Akhirnya doa mereka semua termakbul.

Sudah agak lama dia tidak menghubungi maknya di kampung. Mengikut perancangan nya dia ingin membuat kejutan pada keluarga angkatnya nanti. Ingin pulang setelah selesai majlis perkahwinan Anita Sofea.

Anisa Sofea meletakkan kembali telefon bimbit ke dalam beg tangan. Lantas kaki di hayun menuju ke bilik utama. Jubah mandi yang tergantung di dinding dicapainya. Ingin membersihkan diri sebelum dia tidur.

Lima belas minit berlalu. Anisa Sofea keluar dari bilik mandi. Dia hanya mengenakan jubah mandi separas lutut. Itu sahaja baju yang dia ada. Ingin membuka almari pakaian milik Anita Sofea dia rasa macam tak manis pula meskipun Anita Sofea itu adalah adiknya dan darah dagingnya.

Langkah kaki diatur menuju ke sliding door.
Langsir ditolak. Tersergam keindahan kota Kuala Lumpur. Cantiknya permandangan malam ini. Bulan mengambang penuh. Dia beruntung dapat menjejakkan kaki di sini. Kalau nak mengharapkan dia, memang kempunan merasa kemewahan seperti ini. Kerja sepuluh tahun pun belum tentu dia mampu memiliki rumah sebegini.

Tiba-tiba dia teringatkan Hariz. Sudah beberapa hari dia tidak mendengar khabar dari lelaki itu. Sejak kejadian dia menghadiri parti di kelab terkemuka pada hari itu, tercetus pergaduhan antara mereka. Hariz menuduh dia terlalu cemburukan Feeya dan tidak mempercayai teman lelakinya. Salahkah dirinya mempersoalkan kehadiran Feeya? Salahkah dirinya menegur kesan lipstick di kolar dan pipi Hariz? Dia bukannya buta tidak nampak perbuatan Feeya terhadap Hariz. Dia yakin Feeya menaruh perasaan terhadap teman lelakinya itu. Dan bagi Hariz, wajarkah dia membiarkan seorang setiausaha mengucup manja pipinya di hadapan teman wanitanya itu? Tiada permohonan maaf atau pujuk rayu yang diterimanya. Hariz hanya membiarkan dia bersendirian menjeruk rasa.

Hmmm keluhan berat kedengaran dari Anisa Sofea. Menyedari jam hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi, dia lantas menuju ke ruang tamu mematikan lampu dan melangkah semula ke dalam bilik dan tidur lena.....





My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now