BAB 20

10.8K 210 2
                                        

Keindahan hiasan di dalam biliknya tidak dapat menarik perhatiannya pada saat ini. Rona krim putih yang menghiasi bilik itu tidak memberikan ketenteraman padanya. Hatinya tercarik luka. Kecewa dengan sikap lepas tangan Datin Suzila. Sejak kejadian semalam Datin Suzila seakan mengelak kan diri darinya. Seolah-olah ingin melarikan diri.

Kenapa dia terperangkap dalam permainan Datin Suzila. Dan kenapa Datin Suzila memerangkap dia bersama dengan Tengku Zhafril Irfan sedangkan mamanya sendiri tahu Zhaf adalah tunangan Anita. Dia yakin pasti ada sesuatu rahsia yang tidak diketahuinya.

 Dia yakin pasti ada sesuatu rahsia yang tidak diketahuinya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Anisa Sofea room....

Sudah berulang kali dia cuba untuk mempertahankan diri. Cuba untuk menceritakan hal yang sebenar namun papanya langsung tidak mahu mempercayai hatta mendengar sekalipun. Mahu melihat wajahnya pun papanya tidak sudi.

Sudah kering air matanya menangis. Semenjak kejadian semalam, dia hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak makan atau minum. Dia hilang selera. Hanya Mak Jah yang sudi menjengah dan memujuknya makan. Esok dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki itu. Bukan dengan Hariz, teman lelakinya itu. Tetapi dengan bakal adik iparnya sendiri.....

Hariz.....
Mengenangkan lelaki itu hatinya pedih.
Teman lelakinya itu hilang entah ke mana. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Hariz. Talian hanya masuk ke dalam peti suara. Bagaimana dia hendak menceritakan hal sebenar kepada teman lelaki nya kelak.

Esok perkahwinan tetap akan diteruskan. Cuma pengantinnya sudah berganti.

Pengantin ganti..... Ikutkan hati dia hanya mahukan majlis akad nikah sahaja. Tidak mahu semua tahu yang dia penganti ganti. Tetapi papanya dan Tan Sri Zayed Irfan tetap berkeras mahu meneruskan resepsi seperti mana yang telah dirancang oleh Anita Sofea dulu.

Selepas akad nikah di rumahnya, majlis resepsi akan diadakan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Tuk... tuk... tuk...

Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Anisa Sofea. Pantas matanya menoleh ke arah pintu. Melihat sahaja Mak Jah, air matanya mengalir deras. Esakannya kedengaran. Tubuh tua itu dipeluk erat.

"Mak Jah... Nisa tak salah... Demi Allah Nisa tak buat semua tu...."

Ucap Anisa Sofea. Mak Jah menyeka air mata tuanya. Turut berduka. Tubuh Anisa Sofea dipeluk erat.

"Mak Jah tahu Nisa tak salah..."

"Mak Jah percaya Nisa tak?"

"Percaya nak.... "

"Nisa rindu mama. Kalau mama ada mesti mama percayakan Nisa. Nisa sayang mama...." mengongoi Anisa Sofea menangis di pelukan Mak Jah. Sungguh dia merindui mamanya dengan sepenuh hati.

Kepala anak majikannya dikucup lembut. Tubuh Anisa Sofea dipeluk erat. Seakan memberikan kekuatan buat gadis itu.

Semalam dia hampir pengsan mendengar khabar yang disampaikan Datin Suzila. Dia tidak mempercayai akan cerita majikannya itu. Dia mengenali hati budi Anisa Sofea. Tidak mungkin gadis itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan Anita Sofea. Walaupun Anita Sofea tidak pernah menganggap Anisa Sofea sebagai seorang kakak namun Anisa Sofea tidak pernah berputus asa mahu memperbaiki hubungan persaudaraan mereka.

Semalam juga teruk Anisa Sofea dipukul oleh Datuk Sauqi. Melampiaskan amarah yg terbuku di dalam hatinya. Bersusah payah dia dan Pak Atan melindungi Anisa Sofea. Tidak mempedulikan tengkingan Datuk Sauqi. Datin Suzila hanya melihat perlakuan suaminya.

Sejak semalam juga kelibat Anita Sofea langsung tidak kelihatan. Menghilang begitu saja. Cerita Datin Suzila, anaknya itu pergi mengubat hati yang lara...

Ella yang berdiri di muka pintu sedari tadi hanya memandang sayu akan mereka berdua. Tidak mahu mengganggu. Esakan dari Anisa Sofea membuatkan hatinya lara. Sepanjang memgenali Anisa Sofea tidak pernah sekalipun dia melihat keadaan sahabatnya sebegini rupa. Seolah-olah berputus asa dengan hidup.

Perlahan Ella melangkah kaki menuju ke arah Anisa Sofea. Dia memeluk keduanya.

Terasa akan kehadiran seseorang pantas Anisa Sofea mengangkat wajahnya. Wajah Ella menyapa mata bundarnya. Serentak tangisan kuat kedengaran. Anisa Sofea menangis semahunya. Ingin meluahkan apa yang terbuku dia hati.

"Aku tak salah.... Aku tak salah Ella... aku tak buat semua tu...." ucap Anisa Sofea. Merah mata dan mukanya asbab kerana menangis.

"Aku percaya kau Nisa. Kau jangan macam ni. Aku tak pernah tengok kau down macam ni. Kalau kau down aku pun akan down. Kau selalu nasihat kan aku supaya kuat. Mana Anisa yang aku kenal?
Anisa yang ceria..... Anisa yang kuat...."

Ella memujuk temannya itu. Kemana perginya semangat Anisa Sofea. Seorang Anisa Sofea selalunya kuat dan tidak gentar akan dugaan dan cabaran.

Petang tadi Mak Jah ada menelefonnya. Memaklumkan kejadian yang menimpa Anisa Sofea. Dia yang tengah bekerja di dewan bersalin Mims Hospital terkejut dengan kejadian itu. Selepas habis shiftnya dia bergegas datang ke rumah Anisa Sofea. Ingin melihat keadaan sahabatnya itu sendiri. Mendengar suara serak Mak Jah dia yakin sahabat nya itu sedang bersedih..... Jikalau masalah yang menimpa Anisa Sofea boleh ditukar, dia sanggup menjadi penganti. Tidak sanggup melihat sahabatnya bersedih.....












My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang