BAB 43

10.5K 195 0
                                    

Lengan Anisa Sofea dicapainya. Langkah mereka terhenti. Anisa Sofea mengeluh. Wajah milik suaminya direnung tanda marah. Bimbang mereka menjadi perhatian lebih-lebih lagi jika staf hospital yang nampak. Apa yang dia nak jawab? Dia ada skandal dengan CEO Medic Holding. Kalau dibuatnya masuk berita mahu pengsan maknya kat kampung.

"Apa you nak ni, Zhaf?" Soal Anisa Sofea. Tengku Zhafril Irfan hanya melihat isterinya dari atas sampai bawah. Dress bertali halus menampakkan leher putih milik isterinya. Ish pompuan ni. Suka sungguh pakai seksi-seksi.

"What are you doing here?"soal Tengku Zhafril Irfan pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What are you doing here?"soal Tengku Zhafril Irfan pula.

"None of your business!"

"It's my business since you are my legal wife! Since you are with me in my bed...." bisik Tengku Zhafril Irfan menggoda.

Tubuh Tengku Zhafril Irfan ditolak perlahan. Malas dia hendak melayan lelaki itu.

"Aku tanya apa kau buat dekat sini?"

"I worked in Mims Hospital. Puas hati!"

"Since when....."

"Almost a year.."

Bermakna semasa dia mengambil alih hospital itu, isterinya sudah bekerja di situ. Namun sepanjang dia berada di sana dia tidak pernah melihat Anisa Sofea.

"Since you are here, I ada benda nak cakap dengan you." Ujar Anisa Sofea. Soalan yang sudah lama bermain di fikirannya.

"What?"

"I rasa you pun tahu hubungan kita macam mana kan. I think dah tiba masanya kita pilih haluan hidup kita masing-masing. I tak cintakan you dan you pun tak cinta cintakan I."

"So?"

"I rasa.... dah tiba masanya you lepaskan I Zhaf..."

Mendengar kata-kata Anisa Sofea spontan tangan Tengku Zhafril Irfan memaut pinggang isterinya. ditarik tubuh kecil itu rapat ke dada. Melihat mata yang memandang tangan Anisa Sofea naik ke dada Tengku Zhafril Irfan. Cuba menolak tubuh lelaki itu.

"Cuba kau ulang lagi sekali....." pinggang isteri dipeluk erat. Wajahnya rapat ke pipi Anisa Sofea.

"Lepaskan I, Zhaf."

"Lagi sekali kau sebut benda tu, you will face the consequences!!!" Bisik Tengku Zhafril Irfan.

"Zhaf!!!"

Pelukan di pinggang Anisa Sofea dilepaskan. Terkejut dengan panggilan itu. Wajah Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia muncul entah dari mana.

"Anisa...?" Ujar Puan Sri Camelia apabila melihat wajah menantunya. Dia dan suaminya yang berjalan menyusuri pantai terperanjat melihat kelakuan Tengku Zhafril Irfan dengan seorang wanita. Wajah merah padam Anisa Sofea diperhatikan. Apa yang anak sulung nya itu dah buat?

"Mama... papa..." sapa Anisa Sofea lantas dia bersalaman dengan mama dan papa mertuanya.
Tubuh Anisa Sofea dipeluk Puan Sri Camelia.

"Baru sampai ke? Semalam papa tak nampak pun kamu." Soal Tan Sri Zayed Irfan.

"Sampai pagi tadi. Semalam busy dengan emergency czer so pagi ni baru gerak datang sini."

"Oo... kamu datang dengan siapa?"

"Drive sorang... "

"Apa???"

Jerit Puan Sri Camelia. Kenapa Anisa Sofea datang ke sini bersendirian?

"Nanti kamu balik dengan Zhaf."

"Tak pe pa... Nisa boleh drive. Lagipun tak de la jauh sangat."

"No I forbid... balik dengan Zhaf.."

Anisa Sofea hanya terdiam. Esok pagi-pagi lagi dia akan bergerak pulang ke Luala Lumpur. Tak ingin menumpang suaminya.

"Zhaf... esok balik dengan Nisa."arah Puan Sri Camelia.

"Hmmm...."

Anisa Sofea meminta izin untuk balik ke bilik memandangkan waktu dah hampir senja. Dia juga perlu menyiapkan diri untuk majlis pada malam ini. Tubuh Anisa Sofea dihantar oleh renungan tajam mata Tengku Zhafril Irfan.

Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia memandang Tengku Zhafril Irfan. Melihat kelakuan pelik anak sulung mereka.

"Apa kamu buat tadi dekat Nisa? Kalau ya pun rindu isteri masuk la bilik. Ramai orang kat sini."
Ucap Tan Sri Zayed Irfan.

"Ntah kamu ni. Malu la sikit. Kita bukan dekat negara luar."

"Zhaf geram dengan Nisa tu pa."

"Geram sebab apa?"

"Mama tengok menantu mama tu suka betul pakai seksi-seksi. Dia tak perasan ke mata jantan yang asyik pandang ke arah dia tu!"

"Seksi??" Mereka suami isteri saling berpandangan. Apa yang seksi? Okay je.

"Apa yang seksinya? Mama tengok mat saleh tu lagi seksi. Siap pakai bikini lagi."

"Ish.. mama memang tak faham!" Bentak Tengku Zhafril Irfan sambil berlalu.

"Apa kena dengan anak abang tu? Salah ke saya cakap?"

"Anak kamu tu cemburu dekat isteri dia. "

"Ye ke bang? Zhaf suka Nisa ke? Alhamdulillah makbul juga doa saya selama ni." Ucap Puan Sri Camelia tanda syukur. Tan Sri Zayed Irfan turut sama mengucap Alhamdulillah. Yakin kini Tengku Zhafril Irfan sudah jatuh cinta kepada isterinya.

My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now