( 1st story )
Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea
Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga.....
Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...
Anisa Sofea siap mengenakan busana tradisional mengikut tema yang telah ditetapkan. Tubuhnya di bawa ke cermin. Melihat jika ada kekurangan. Perfect....
Tiba-tiba dia berlari menuju ke bilik air. Muntah. Sejak dia bertemu dengan Tengku Zhafril Irfan petang tadi, makin kerap pulak dia muntah. Petang tadi dia hanya menjamah roti dan minum jus. Tiada selera untuk menjamah nasi. Keluar dari bilik air, Anisa Sofea menyandarkan tubuhnya pada dinding bilik.
"Tahan sikit okay. Just for tonight." Gumamnya dalam hati. Setelah merasa diri sudah kuat, pantas dia berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Semua bersetuju untuk mengadakan dinner malam ini secara terbuka berdekatan dengan kolam renang dan mengadap pantai. Desiran ombak yang kuat ditambah pula dengan angin malam menjadikan tempat itu sangat tenang dan sejuk.
Ramai staf sudah berada di situ. Semua cantik-cantik belaka. Seperti selalu dia pasti terlewat. Anisa Sofea merapati bufet makanan. Mengambil buah dan spageti. Ingin memaksa dirinya supaya makan. Baru la bertenaga nak bergaduh dengan Tengku Zhafril Irfan. Mengingati suaminya itu, dia rasa pelik. Gaya seperti tidak menyukainya bila minta cerai mengamuk pula.
"Hai doc..." sapa Puan Gayathri COO Mims Hospital.
"Oh.. hai madam."
"Sikit nya you makan. You diet ke?" Soal Puan Gayathri apabila melihat Anisa Sofea hanya mengambil sedikit makanan. Tubuh Anisa Sofea yang cantik malam ini menjadi perhatian ramai.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tak adelah. Nanti I makan lagi banyak-banyak." Ujar Anisa Sofea. Buah dan spageti dimasukkan ke dalam mulut kelibat Puan Gayathri semakin hilang dari pandangan.
Anisa Sofea duduk di atas kerusi sambil memerhati sekelilingnya. Semuanya seronok menari mengikut rentak irama tradisional.
Empat puluh lima minit berlalu, MC mengumumkan sesuatu. Serentak kek 4 tingkat dibawa keluar. Ceria Puan Sri Camelia dan Tan Sri Zayed Irfan. Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan mereka. Diarak bersama dengan dua gadis yang cantik mengenakan busana sedondon. Dengan jambangan bunga yang sangat cantik.
Kelihatan seseorang yang mengikut dari belakang. Segak berbaju melayu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Turut bersama Tengku Zetty Inara dan Tengku Zakuan Irfan memberi kejutan. Bersama dengan jambangan bunga yang sangat cantik. Dihiasi dengan bunga-bunga segar. Anisa Sofea yang melihat dari jauh terasa sayu. Jika mamanya masih ada mesti dia akan meraikan benda yang sama. Air mata yang mengalir cepat-cepat diseka.
Selesai memotong kek, para pekerja Mims Holdings dan pekerja hotel turut dipelawa untuk menjamu kek yang tersedia. Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia sibuk melayan staf yang datang memgucapkan tahniah.
Tengku Zhafril Irfan menghampiri Anisa Sofea yang sedang mengelamun. Pantas dia duduk di hadapan isterinya. Terasa akan kehadiran seseorang pantas Anisa Sofea tersedar. Pinggan yang berisi kek disuakan ke arah Anisa Sofea.
"Nah... mama bagi kau."
Melihat sahaja kek yang dihiasi dengan ising itu tiba-tiba membuatkan dia loya. Pantas Anisa Sofea menekup mulut lalu bangun dan berlari ke arah tempat yang tersorok tidak sempat hendak ke sinki. Tengku Zhafril Irfan terkedu dengan kelakuan isterinya itu. Hina sangat ka kek itu pada mata Anisa Sofea. Dengan perasaan marah Tengku Zhafril Irfan berjalan menuju ke arah Anisa Sofea.
Melihat si isteri yang muntah itu pantas dia menghampiri. Belakang si isteri diurut perlahan.
"Kenapa ni? Kau tak makan ke tadi?" Soal Tengku Zhafril Irfan risau.
Anisa Sofea tidak membalas pertanyaan suaminya, perlahan dia melangkah menuju ke tempat duduknya tadi. Air mineral dicapainya dia berkumur dan minum sedikit.
"I'm okay..."
"Are you sure? Pucat sangat muka kau ni?"
Anisa Sofea hanya mengangguk. Dari jauh Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia melangkah ke arahnya.
"Happy anniversary papa and mama." Ucapnya perlahan. Tubuhnya terasa begitu lemah sekali.
"Nisa dah makan kek?"
Mendengar perkataan itu sekali lagi dia berlari di sebalik pokok. Memuntahkan segalanya. Tengku Zhafril Irfan terus menghampirinya sekali lagi. Dibawanya bersama air mineral.
Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia juga menghampiri.
"Kenapa dengan Nisa ni Zhaf?" Tan Sri Zayed Irfan mula menyoal.
"Tak tahu pa. Dari tadi macam ni. Are you okay?"
Persoalan dari Tengku Zhafril Irfan dibiarkan sahaja. Tangan halus milik Anisa Sofea memegang erat lengan suaminya. Dia sudah tiada kekuatan untuk berjalan hatta bercakap sekalipun. Wajah Tengku Zhafril Irfan dipandang. Tubuhnya tiba-tiba berada di awang-awangan. Lalu seluruh hidup nya terasa gelap dengan tiba-tiba.
Tubuh kecil milik Anisa Sofea disambut oleh Tengku Zhafril Irfan. Terkulai di dalam pelukannya.
"Sayang.... sayang..."
"Kenapa dengan Nisa ni mama?"
Pipi itu ditampar lembut. Dia risau melihat keadaan isterinya. Wajah Puan Sri Camelia juga cuak.
"Bawak masuk bilik dulu, Zhaf." Arah Tan Sri Zayed Irfan.
Tubuh kecil itu dicempung dan dibawa ke biliknya....