BAB 25

8.7K 164 6
                                    

Anisa Sofea melangkah memasuki suite hotel yang dikhaskan untuk pengantin. Bilik itu kelihatan cantik dengan dekorasi bunga segar. Dekorasi yang dirasakan tidak sesuai dengan situasi dirinya. Dia dan Tengku Zhafril Irfan di atas katil itu? Oh tidak! Pada fikirannya lagi, untuk apa bunga diletakkan di atas katil? Menyukarkan dan sangat merimaskan. Jika untuk mewangikan bilik, sembur saja sebotol minyak wangi.

Bebelnya.
Kelopak bunga di atas katil dicapai dan dia mencium wangian yang hadir dari bunga ros itu.
Wangi......

Badannya terasa begitu letih sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Badannya terasa begitu letih sekali. Ingin cepat-cepat membersihkan diri dan tidur. Matanya sudah tidak dapat memberi kerjasama. Jam dilihatnya. Tepat pukul 1.00 pagi. Patut la dia rasa letih yang teramat sangat.

Gaun pengantin di tanggalkan nya. Dicapainya tuala putih yang tergantung dan membaluti tubuhnya yang langsing. Tubuhnya melekit dengan peluh. Hatinya terasa lega kerana dia bersendirian di dalam suite mewah ini tanpa kehadiran Tengku Zhafril Irfan. Dia bebas melakukan apa sahaja.

Kelibat suaminya tidak kelihatan sejak dia dibawa ke bilik mewah ini. Suaminya hilang entah ke mana sejak majlis itu berakhir. Dia juga tidak ingin mengetahui ke mana hilangnya Tengku Zhafril Irfan. Kaki Anisa Sofea melangkah memasuki bilik mandi. Ingin membersihkan diri.

Vic Night Club

Tengku Zhafril Irfan meneguk air coke

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tengku Zhafril Irfan meneguk air coke. Dia yang masih mengenakan baju resepsi semasa majlis tadi tidak mengendahkan mata-mata yang memandang. Kotnya ditanggalkan. Hanya tinggal kemeja putih. Dua butang di atas dibuka. Menampakkan dada yang bidang.

Bunyi muzik berdentum dengan kuat. Suasana kelab juga agak malap....
Tetapi dengan muzik yang rancak suasana menjadi sangat mengasyikkan.

Ingatan Tengku Zhafril Irfan tertumpu pada isterinya. Hatinya marah dengan kejadian yang berlaku. Anita Sofea juga hilang begitu saja. Talian telefon bimbit dimatikan oleh wanita itu.
Dia ingin menjelaskan apa yang telah berlaku. Ingin memohon maaf dia atas segalanya. Hatinya juga yakin tiada apa yang terjadi antara dia dan Anisa Sofea pada malam itu.

Dia terfikir bagaimana Anisa Sofea memiliki kunci apartment miliknya? Hanya Anita Sofea yang menyimpan kunci tersebut. Mungkin Anisa Sofea mencuri kunci tersebut dan merancang memerangkapnya.

Namun.... apa yang terjadi antara isterinya dan Hariz menjadi tanda tanya. Mengapa Anisa Sofea perlu memerangkapnya sedangkan hati wanita itu milik Hariz? Melihat cara Anisa Sofea memandang Hariz dia yakin wanita itu sangat menyintai Hariz. Mungkin Anisa Sofea ingin membalas dendam terhadap adiknya. Cemburu akan Anita Sofea yang berjaya menawan hati anak jutawan sepertinya???? Hariz juga merupakan anak hartawan di negara ini.

Coke dicapai lalu diteguk rakus. Biar dia tertekan macam mana sekalipun, dia takkan sesekali menyentuh arak. Itu yang ditanam di dalam hati sejak dia mula menjinakkan diri dengan kelab malam.

"Whoaaaaa.... look who's here" sapa Tony. Terkejut melihat Tengku Zhafril Irfan di bar vvip miliknya.

Tengku Zhafril Irfan berpura-pura tidak mendengar sapaan Tony.

"What are doing here, Zhaf." Soal Mikey.

Pelik mengapa sahabat mereka berada di sini.

"Tonight is your wedding night....." usik Tony sambil ketawa.

Reaksi cemberut Tengku Zhafril Irfan tidak dihiraukan. Alangkah ruginya menjadi Tengku Zhafril Irfan. Malam pertama membiarkan si isteri yang cantik bersendirian di hotel mewah.

Tony dan Mikey sempat menghadiri majlis perkahwinan Tengku Zhafril Irfan tadi dan mereka juga sempat melihat wajah cantik isteri Tengku Zhafril Irfan. Mereka juga tahu asbab sahabat mereka tidak jadi mengahwini Anita Sofea. Bagi Tony, Anisa Sofea lagi sesuai jika dibandingkan dengan Anita Sofea. Perwatakan Anisa Sofea yang lemah lembut itu menarik perhatiannya. Berbanding dengan Anita Sofea yang kasar dan pemarah. Pernah sekali dia ditengking oleh Anita Sofea semasa wanita itu berada di bar kepunyaannya. Anita Sofea menyangka dia hanyalah pekerja di situ. Jika wanita itu tahu dia adalah pemilik sebenar night club ini tentu saja layanan Anita Sofea akan berubah. Dia sangat pasti.

"Shut up!!!!"

Marah Tengku Zhafril Irfan. Sakit hati dengan soalan Tony dan Mikey. Macam tidak tahu akan status perkahwinan nya. Mereka berkahwin tanpa cinta. Sudah beberapa kali dia membantah perkahwinan ini namun ditolak oleh papanya. Papanya juga mengugut jika dia tidak mengahwini Anisa Sofea, dia akan dibuang dari Board Of Directors. Dan kesemua aset nya akan ditarik oleh Tan Sri Zayed Irfan. Kerana ugutan itu akhirnya dia bersetuju dengan cadangan papanya. Dia akan menceraikan isteri bila sampai waktunya. Dan dia akan mencari Anita Sofea dan meminta maaf darinya.











My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now