Tengku Zhafril Irfan melangkah memasuki Villa Zalia. Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia yang berada di ruang tamu tidak dipedulikan olehnya. Dia berjalan laju mahu segera sampai ke bilik.
"Dari mana kamu Zhaf?" soal mamanya lembut. Melihat wajah anak sulungnya itu dia yakin Tengku Zhafril Irfan ada masalah. Langkah Tengku Zhafril Irfan terhenti apabila mendengar suara mamanya.
"Office... "
"Zhaf... bila kamu nak bawak menantu mama tu. Sejak kamu nikah tak pernah kamu bawak Nisa balik sini. Nak jugak mama kenal dengan dia."
Mendengar nama yang lahir dari bibir Puan Sri Camelia terus Tengku Zhafril Irfan menaiki anak tangga. Soalan mamanya dibiarkan saja.
"Tengok la anak kesayangan abang tu. Kita tanya dia buat tak tahu je." Marah Puan Sri Camelia. Tan Sri Zayed Irfan terdiam. Sejak akhir-akhir ini dia lihat anak sulungnya itu bagaikan punya masalah. Sering termenung. Para pekerja juga turut menjadi mangsa amukan anaknya itu. Entah apa masalah anak sulungnya pun dia tak tahu. Bad juga ada mengadu perihal Tengku Zhafril Irfan. Selalu mengamuk dan memarahi para pekerja. Baginya selagi Tengku Zhafril Irfan tidak melampaui batas dia tidak akan masuk campur. Kalau anaknya itu sampai sanggup mengapakan para pekerja barulah dia akan mula bertindak.
Tengku Zhafril Irfan berdiri di balkoni bilik selepas dia membersihkan diri. Dia membuang pandang ke arah bandar Kuala Lumpur. Ingatannya kembali pada kejadian semalam. Dia tidak berniat mahu menyentuh isteri secara paksa. Tetapi melihat sendiri Hariz dengan selamba menyentuh pipi isterinya itu membuatkan dia marah. Dia sebagai seorang suami pun belum pernah menyentuh isterinya. Dia cuba ingin untuk berbaik dengan Anisa Sofea kerana dia yakin dia sudah jatuh cinta pada isterinya itu. Dia cuba untuk memikat hati wanita tersebut. Namun saat melihat kejadian itu dia jadi marah. Marah kerana setiap kali dia terserempak dengan isterinya itu pasti Hariz turut berada bersama. Kini Anisa Sofea sudah menjadi isterinya dalam erti kata sebenar. Dia akan cuba memikat hati Anisa Sofea. Dan akan dijaga dengan sebaik mungkin.
Teratak Datuk Sauqi
Anisa Sofea hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Sejak kejadian semalam tempatnya hanya di dalam bilik. Ditemani patung rabbit kesayangannya hadiah dari arwah ibunya. Saat ini dia rindukan Puan Aisha. Dia hanya minum air coklat dan makan buah kurma itu pun dia terpaksa telan. Ketukan di pintu mematikan lamunan. Wajah Mak Jah muncul di muka pintu.
"Nisa, Nisa tak nak makan?" Pujuk Mak Jah lalu duduk di sisi Anisa Sofea. Anak majikannya itu berkurung sahaja di bilik sejak semalam. Dia hanya bekalkan buah kurma dan air coklat kepada Anisa Sofea seperti yang diminta. Dia ada cuba bertanyakan jika Anisa Sofea mahu dia masakkan sesuatu tetapi ditolak mentah-mentah.
"Nisa dah kenyang Mak Jah."
"Kamu makan kurma dengan minum air kosong Kenyang ke? Nanti masuk angin perut kamu tu."
"Kenyang Mak Jah." ujar Anisa Sofea sambil mengangguk. Itu pun dipaksa tekaknya untuk menelan. Seleranya mati sejak kejadian itu. Ingatannya teguh pada setiap perlakuan suaminya.
"Nisa ada masalah ke? Mak Jah tengok Nisa termenung je." soal Mak Jah. Anak majikan nya itu hanya termenung dan berkurung di dalam bilik. Perwatakannya yang ceria dan juga suka mengusik hilang entah ke mana.
"Nisa ok..." Ditahannya air mata dari jatuh.
"Kalau Nisa ada masalah Nisa boleh luahkan dekat Mak Jah. Tak elok pendam sorang-sorang..."
Wajah Mak Jah diperhatikan lama. Ya. dia perlu meluahkan segalanya. Perlahan air matanya mengalir ke pipi. Tubuh tua itu dipeluk erat. Tangisan dihamburkan di bahu Mak Jah.
"Nisa rindu mama......"
"Kenapa mama tinggalkan Nisa? Kenapa Mak Jah"
Luah Anisa Sofea. Dia belum puas bersama mamanya. Entah kenapa malam ini rindu pada mamanya kuat mencengkam hatinya ditambah pula dengan perlakuan Tengku Zhafril Irfan semalam, makin laju air mata menuruni pipi.
Kenapa dunia terlalu kejam? Kenapa orang yang dia sayang meninggalkan dia dan menjauh darinya. Sejak dari dulu dia cuba untuk mendekati Datuk Sauqi namun hampa. Papanya seolah tidak mahu memaafkannya meskipun kejadian yang meragut nyawa mama sudah lama berlaku.
"Sabar Nisa.... Ini ujian Allah untuk Nisa. Walaupun mama dah tak ada, masih ramai lagi yang sayangkan Nisa. Nisa ada Mak Jah, Pak Atan, mak dengan ayah, kakak dan abang. Mereka semua sayangkan Nisa." Pujuk Mak Jah. Dia tahu berat ujian yang menimpa Anisa Sofea. Kepala Anisa Sofea diusap lembut walaupun dia tidak berpeluang timang anak sendiri dia masih bersyukur kerana Anisa Sofea sudah dianggap seperti anak sendiri.
Deringan telefon mengejutkan mereka berdua. Nama pemanggil membuatkan Anisa Sofea cepat-cepat menyeka air matanya.
"Mak....." Kata Anisa Sofea. Mak Jah mengangguk lalu keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Ingin memberi peluang kepada Anisa Sofea berbual dengan adiknya, Puan Fatimah.
"Assalamualaikum mak..."
"Walaikumsalam. Kamu dah tidur ke?"
"Belum mak. Tengah borak dengan Mak Jah."
"Kenapa dengan suara kamu tu. Kamu menangis ke?"
"Eh.. tak la mak. Nisa tak sihat. Selesema sebab tu suara lain." Tipunya. Dikhuatiri kalau dia mengaku emaknya akan memikirkan yang bukan-bukan.
"Ooo kamu kerja, kerja jugak. Kesihatan kamu jangan lupa. Duit boleh cari. Badan ni kita nak pakai lama."
"Baik mak... kenapa mak telefon Nisa. Ada apa-apa ke"
"Allah... tu la kamu lupa pulak mak. Kakak Daria kamu dah nak bersalin. Baru tadi abang ipar kamu kol bagi tahu mak. Sekarang ni kat hospital la tu."
"Ye ke mak. Nisa harap Allah permudahkan urusan kak Daria. Tak sabar nak tengok baby. Nisa rasa perempuan la mak, mesti ikut muka kakak."
"Pandai la kamu perempuan la, ikut muka Daria la. Mak tak kisah mana-mana pun. Janji semua selamat."
"InsyaAllah mak. Semuanya akan selamat. Kita doa banyak-banyak...."
"Aamiin... ok la mak nak bagitahu ayah kamu pulak. Tadi dia pergi rumah Tok Din ada kenduri sikit."
"Baik mak. Assalamualaikum mak"
"Waalaikumusalam. Jaga diri kami elok-elok."
Talian telefon dimatikan. Gembira hatinya selepas berborak dengan emaknya. Dan gembira dia bakal menjadi seorang makcik. Tiba-tiba perutnya berkeroncong laju kakinya menapak ke dapur. Ingin mengisi perut. Selepas mendengar suara emaknya terus dia lapar!
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Roman d'amour( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...