BAB 15

10.1K 185 2
                                        

Anisa Sofia menutup laptop miliknya. Jam di tangan dipandangnya. Sudah hampir ke pukul 10.45 malam. Dia baru sahaja selesai melakukan pembedahan Ectopic pregnancy secara kecemasan.

Selepas dia membuat report,

Pantas dia mencapai beg tangan dan  mengunci kliniknya. Dia pantas menuju ke basement tempat parking kereta. Esok dia akan mula bercuti. Kebetulan seorang pesakit mengalami komplikasi dan perlu dibedah dengan segera, itu yang membuatkan dia terpaksa berada di hospital. Semua pesakit di bawah jagaannya diserahkan kepada Doktor Julia kerana dia akan mula bercuti.

Kebiasaannya apabila Doktor pergi bercuti, semua pesakit di wad mahupun melalui appoinment , akan diserahkan kepada doktor oncall. Doktor oncall itu akan mengambil alih tugas untuk melihat pesakit. Enjin kereta dihidupkan dan dia memandu pulang ke rumah. Dia ingin segera pulang. Ingin membersihkan diri dan tidur memandangkan dia terlalu sibuk hari ini.

Kediaman Datuk Sauqi

Kediaman Datuk Sauqi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ruang tamu

Datuk Sauqi dan Datin Suzila menanti dengan penuh sabar akan kehadiran Anisa Sofea di ruang tamu banglo mewah itu. Kelibat gadis itu tidak kelihatan.

"Su, biar Pak Atan je yang hantar baju tu." Ucap Datuk Sauqi. Sudah hampir satu jam mereka menanti Anisa Sofea.

"Tak boleh bang."

"Apa pulak tak boleh. Hantar lepas tu balik."

"Pak Atan kan lelaki takkan dia nak pergi rumah anak dara kita. Lagipun kesian Pak Atan biarlah dia rehat." Ujar Datin Suzila.

"Kalau macam tu kita jelah yang hantar."

"Tunggu Nisa je bang. Kejap lg balik la budak tu." Bidas Datin Suzila.

Datuk Sauqi hanya mendiamkan diri. Pelik dengan tingkah laku Datin Suzila malam ini. Sebelum ini tidak pernah nampak Datin Suzila bercakap dengan Anisa Sofea apatah lagi ingin meminta bantuan gadis tersebut. Jangan kata Datin Suzila dia sendiri pun rasanya jarang bercakap dengan Anisa Sofea. Jika ada pun hanya sepatah dua. Peristiwa lalu masih membuatkan hatinya sakit.

Bunyi enjin kereta mematikan lamunan Datuk Sauqi. Pantas Datin Suzila berdiri dan berjalan menuju ke pintu rumah. Kelihatan Anisa Sofea turun dari keretanya dan menapak masuk menuju ke pintu. Dia yang betul-betul keletihan itu terkejut melihat papa dan mama tirinya di muka pintu.

"Nisa, tolong mama boleh." Soal Datin Suzila.

"Er.. tolong apa ye." Soal Anisa Sofea kembali. Wajah Datuk Sauqi dipandang sekilas.

"Boleh tak tolong hantarkan baju nikah ni dekat Nita. Nita ada shooting dekat Bangi. Dia tak sempat nak datang ambil."

Datuk Sauqi memandang isterinya. Tadi tidak pulak Datin Suzila cakap yang Anita Sofea dekat Bangi. Kalau tidak boleh saja Pak Atan menghantar baju tersebut.

Anisa Sofea memandang wajah Datin Suzila. Pelik dengan permintaan wanita itu. Bukan ke papa dia ada driver? Pak Atan pun ada. Dan boleh je kalau papa atau mama tiri itu memandu sendiri dan menghantar bungkusan tersebut. Dan untuk apa baju nikah tersebut ingin di hantar ke rumah Anota Sofea. Bukan kah akad nikah itu akan di adakan di rumah mereka. Fikirnya.

"Boleh tolong ke tidak!" Belum sempat dia membalas kedengaran suara Datuk Sauqi kasar intonansinya.

"Okay." Balas Anisa Sofea tidak mahu memulakan pergaduhan antara mereka.

"Tq Nisa. Ni baju nikah dan ni kunci rumah Nita. Nanti dah sampai kamu masuk je. Nita lewat sikit mungkin baru balik. Kalau dah lewat sangat kamu tidur la sana. Tidur je dalam master bedroom tu. Anita jarang tidur sana. Mama tengok kamu pun macam letih sangat ni." Ujar Datin Suzila perasaan akan wajah keletihan anak tirinya itu.

Beg kertas berisi pakaian dan kunci rumah diserahkan kepada Anisa Sofea beserta alamat rumah Anita Sofea. Dicapainya beg dan kunci rumah dan menuju ke arah keretanya. Enjin kereta dihidupkan.

Kertas tertulis alamat rumah itu ditatapnya. Park Regent, Desa Parkcity.... Perlahan kereta Perodua Kelisa itu keluar dari perkarangan rumah.


Sudut Ilmu :

- Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di Tiub Fallopio, Ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim.



My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang