Anisa Sofea berteleku sambil membiarkan air matanya jatuh berjuraian. Tiba-tiba pintu utama rumah dibuka dari luar. Kelihatan Anita Sofea melangkah masuk bersama tangisan kecil. Merah matanya. Mungkin terlalu banyak menangis. Anisa Sofea menatap sayu wajah milik Anita Sofea. Rasa bersalah mencengkam dada.
Melihat saja wajah milik Anita Sofea, pantas Tengku Zhafril Irfan berlari mendapatkan tunangnya itu. Ingin menceritakan keadaan yang sebenar.
"Baby... please... let me explain..." pujuk nya. Lengan Anita Sofea cuba dicapai.
Anita Sofea mengelap air mata yang mengalir di pipi. Tidak mempedulikan Tengku Zhafril Irfan yang merayu itu. Langkah nya merapati Anisa Sofea yang duduk berteleku.
Panggggg....
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Anisa Sofea. Dia yang tidak bersedia dengan tindakan dari adiknya itu lantas terjatuh ke lantai. Pipinya diraba. Perit.
"Sampai hati kau buat aku macam ni.... sampai hati kau perangkap tunang aku. Siap kau bawa baju yang aku belikan untuk kau. Untuk apa??Dalam banyak lelaki kat dunia ni, kenapa mesti dia? Apa motif kau sebenarnya...!!!!" Marah Anita Sofea. Tidak dipedulikan mata yang memandang.
"Kakak minta maaf... Demi Allah kakak tak ada niat nak lukakan hati Nita. Mama yang suruh kakak datang sini semalam....!!!" Bela Anisa Sofea.
"Kamu yang salah kamu tuduh mama pula." Bentak Datin Suzila.
"Kau cemburukan aku kan? Kau cemburu aku nak kahwin dengan anak jutawan kan? Kau jugak cemburu mama dan papa sayangkan aku. Kau tak pernah dapat kasih sayang dia orang kan. Sebab tu kau pasang perangkap ni. "
Tidak... aku tak pernah cemburukan Nita.
Gumam Anisa Sofea."Zhaf.... " panggil Anita Sofea.
"I minta maaf, Zhaf. I tak dapat nak terima you. I tak boleh terima orang yang dah tidur dengan kakak I untuk jadi suami I. I'm so sorry...." ujar Anita Sofea lantas meninggalkan rumah tersebut. Tengku Zhafril Irfan ingin mengejar Anita Sofea namun ditahan oleh mama dan papanya. Bibirnya diketap geram.
Perbincangan antara mereka sedikit pun tidak menarik perhatian Anisa Sofea. Hatinya tercalar. Tidak menyangka bahawa niat baiknya untuk menolong Anita Sofea berakhir dengan tragedi. Dia mengangkat wajahnya dan memandang Datin Suzila. Tergamak ibu tirinya itu memerangkap dan menfitnah akan dirinya.
Yang menjadi tanda tanya ke mana perginya kertas alamat rumah yang diberikan oleh Datin Suzila semalam. Lebih memeranjatkan mengapa dirinya bangun dalam keadaan yang mengaibkan. Tanpa seurat benang. Seingatnya malam tadi sebelum tidur dia mengenakan jubah mandi kerana pakaiannya sudah kotor. Tidak mahu membuka almari pakaian itu tanpa keizinan.
Pagi tadi semasa bangun dia berada di dalam pelukan lelaki itu. Tanpa seurat benang. Lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Ingin segera dia meninggalkan bilik itu namun belum pun sempat dia berbuat apa-apa pintu bilik sudah dibuka dari luar. Kelihatan pasangan lelaki dan wanita separuh umur diyakini ibu dan ayah lelaki tersebut masuk ke dalam bilik.
"Saya rasa elok saja kita satukan budak-budak ni."
Ujar Tan Sri Zayed Irfan. Anisa Sofea yang mendengar terus berdiri. Terkejut dengan ayat yang dilontarkan oleh pakcik itu."Tak... tak... tak boleh.... "
Bagaikan ada kekuatan, Anisa Sofea berlari mendapatkan Datuk Sauqi. Tangan tua itu dicapainya. Semua mata memandang ke arah nya."Papa, Nisa tak salah. Nisa tak nak kahwin dengan lelaki tu. Nisa tak cintakan dia."
Datuk Sauqi merentap tangannya dari pegangan anaknya. Kaki melangkah mendapatkan Tan Sri Zayed Irfan. Tidak menyangka ayat yang keluar dari mulut bakal besannya itu.
"Macam mana dengan Anita, Tan Sri. Zhaf kan tunangannya." Bantah Datuk Sauqi.
"Kamu dah dengar kan tadi apa yang si Anita tu cakap. Dia sendiri tak mampu untuk terima Zhaf dalam keadaan macam ni. Lagi pun kalau dah berdua-duaan atas katil tak berbaju, kamu nak biarkan macam tu aje. Dibuatnya anak kamu mengandung macam mana."
Anisa Sofea tersentak. Tengku Zhafril Irfan terkedu. Merah padam mukanya mendengar kata-kata Tan Sri Zayed Irfan.
"Zhaf takkan kahwin dengan dia. Zhaf cintakan Anita." Ujar Tengku Zhafril Irfan sambil menunding jari ke arah Anisa Sofea.
"Betul Tan Sri, elok Zhaf kahwin juga dengan Anita. Lagi pun kesian Anita dia terlalu cintakan Zhaf. Bayangkan kalau mereka tak jadi kahwin malu Anita." Pujuk Datuk Sauqi membantah.
"Anita kan dah tak nak si Zhaf. Kamu tak faham ke? Kamu nak paksa apa lagi. Habis kalau budak ni mengandung, kamu nak Zhaf lepas tangan macam tu aje." Jerkah Tan Sri Zayed Irfan.
"Kalau mengandung kita hantar je luar negara, lepas bersalin balik semula ke sini. Tak ada la orang tahu Tan Sri." Sinis kedengaran suara Datin Suzila mencelah. Tan Sri Zayed Irfan yang mendengar terus berubah riak wajahnya. Pantas dia berdiri di hadapan Datin Suzila.
"Kalau budak ni mengandung, itu adalah darah daging aku. Dari keturunan aku. Aku tak nak cucu aku lahir dari ikatan yang haram. Aku bukan macam kamu. Tak mengaku anak." Jerkah Tan Sri Zayed Irfan.
Datuk Sauqi dan Datin Suzila terpempan. Tahu Tan Sri Zayed Irfan memerli mereka.
Anisa Sofea yang sedari tadi hanya menjadi pendengar, bingkas bangun mengadap Tan Sri Zayed Irfan. Mata tua itu ditatapnya.
"Uncle, please..... Nisa tak kahwin dengan dia. Nisa tak kenal dia. Lagi pun demi Allah kami tak ada buat apa-apa semalam..." rayu Anisa Sofea.
Tan Sri Zayed Irfan memandang wajah gadis di hadapannya. Wajah itu ditatap. Cantik dan lemah lembut bicaranya.
"Betul kamu berdua tak ada buat apa-apa?" Soal Tan Sri Zayed Irfan. Serentak Anisa Sofea dan
Tengku Zhafril Irfan mengangguk."Habis kat leher kamu tu apa?" Soal Tan Sri Zayed Irfan menunding ke arah leher Tengku Zhafril Irfan. Anisa Sofea dan semua memandang ke arah tudingan Tan Sri Zayed Irfan. Merah padam muka Anisa Sofea melihat kesan love bite di leher Tengku Zhafril Irfan.
"Nyamuk gigit ke?" Tambah Tan Sri Zayed Irfan.
Anisa Sofea menunduk. Dia ke yang buat kesan tu? Dia yakin mereka tidak berbuat apa-apa semalam....
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...