BAB 47

10.8K 197 3
                                    

Empat bulan berlalu...

Anita Sofea hanya melihat gambar di tangannya. Gambar yang diserahkan oleh orang suruhannya. Gambar yang diambil dari setiap sudut. Sudah tiga bulan dia berada di Malaysia. Baru seminggu yang lepas dia pulang ke rumah papanya, Datuk Sauqi.
Sengaja dia tinggal di hotel yang disewanya. Tidak ingin pulang ke rumah. Sudah tiga bulan di pecat dari agensi modelling di New York. Jeffry adalah penyebab segalanya.

Perut yang sedikit memboyot diperhatikan. Kini dia sedang hamil 4 bulan hasil hubungannya dengan Jeffry. Sejak agensi itu mengetahui yang dia sedang hamil, terus dia dipecat oleh mereka gara-gara dia melanggar kontrak perjanjian antara dia dan agensi berkenaan. Dia cuba untuk menggugurkan kandungannya itu, namun di nasihatkan oleh doktor untuk tidak berbuat demikian. Ini kerana dia sudah banyak kali melakukan penguguran. Nasihat doktor jika dia melakukan jugak risiko terhadap dirinya. Lalu kandungan itu dibiarkan saja dan kini membesar.

Ingatannya kembali pada kejadian dua minggu lalu sewaktu dia pulang ke teratak Datuk Sauqi.
Dia pulang ke rumah papanya hanya kerana dia sudah kehabisan wang. Pernah juga dia meminta pada Datin Suzila, mamanya hanya berjanji namun sehingga kini wang tersebut tiada. Jeffry juga setelah mengetahui dia hamil, pergi meninggalkannya begitu saja. Duit simpanan nya juga habis dilarikan oleh Jeffry. Rasa marah dan kecewa bersilih ganti.

"Apa yang kamu dah buat?? Kamu memang nak malukan aku kan!!" Jerkah Datuk Sauqi apabila melihat perut memboyot anaknya. Marahnya memuncak. Anak yang dia harapkan telah menconteng arang ke mukanya. Anak yang dia tatang bagai minyak yang penuh. Apa saja kemahuan anaknya itu dituruti dahulu.

Anita Sofea hanya mendiamkan diri. Tidak membalas kata-kata papanya.

"Kenapa kamu malukan kami, Nita? Apa salah mama dan papa. Tak cukup ke kasih sayang kami selama ni.?" Ujar Datin Suzila sayu. Tidak menyangka ini balasan Anita terhadap mereka berdua. Sudah berkali-kali dia nasihatkan anaknya supaya berhati-hati namun sikit pun tidak diendahkan.

"Apa kami nak jawab kalau orang lain tahu kamu mengandung? Kalau aku tahu awal-awal lagi aku kahwinkan Zhaf dengan kamu. Sebelum kakak kamu perangkap dia!" Marah Datuk Sauqi lagi.

"Nita akan pikat balik Zhaf. Dia hak Nita!"

"Hak apa kamu cakap ni? Kamu ingat dia nak ke perempuan macam kamu. Perempuan yang dah ditebuk tupai? Dengan perut macam tu layak ke kamu! Mulai dari hari ini, aku tak nak ambil peduli lagi pasal kamu. Pandai la kamu nak hidup!"

Anita Sofea terdiam. Tiada hati mahu memujuk papanya. Dia sudah tersilap langkah. Jika dituruti nasihat Datin Suzila dulu sudah pasti dirinya bahagia sekarang dengan Tengku Zhafril Irfan.
Dia akan merebut kembali cinta bekas tunangnya itu. Yakin cinta lelaki itu miliknya. Dia akan merancang sesuatu.

Villa Zalia

Anisa Sofea berjalan perlahan menuruni anak tangga. Melihat isterinya itu, Tengku Zhafril Irfan pantas berlari mendapatkan isterinya.

"Kenapa tak panggil abang? Apa-apa jadi kan susah."

"I'm okay. Jangan risau."

Mereka tiba di ruang tamu. Kelihatan papa dan mama mertuanya sedang bersantai. Mereka naru saja selesai makan tengahari. Tengku Zhafril Irfan memandang isterinya. Berpakaian cantik.

"Sayang nak pergi mana ni?"

"Nak keluar...." Anisa Sofea tersengih. Dia ingin keluar ke mall. Mahu mencari barangan bayi. Tidak lama lagi dia akan melahirkan.

"Dengan siapa? Nak pergi mana?"

"Sorang... nak gi shopping baju budak ni." Melihat wajah tegang suaminya pantas dia menjawab.

"Nisa keluar sekejap je. I promise I pergi sekejap je. Please..."

"No... " bentak Tengku Zhafril Irfan. Dia tidak akan membiarkan isterinya keluar memandu berseorangan. Bahaya dengan keadaan sekarang.

"Mama... please tolong pujuk abang..."

"Betul cakap Zhaf tu. Bahaya Nisa keluar sorang-sorang. Nisa nak beli apa nak?" Ucap Tan Sri Zayed Irfan kesian pula dia melihat wajah muram itu seakan mahu menangis.

"I want BR ice cream... "
Sejak pagi tadi tekaknya teringin mahukan ais krim jenama Baskin Robbin itu.

"Owh papa ingatkan apa tadi. Dah jom papa temankan." Ujar Tan Sri Zayed Irfan lalu tangan menantunya dicapai. Tersenyum manis Anisa Sofea. Hajatnya untuk makan ais krim tercapai. Tengku Zhafril Irfan dan Puan Sri Camelia saling berpandangan.

"Mama nak ikut." Laju Puan Sri Camelia menuruti langkah suami dan menantunya. Tengku Zhafril Irfan hanya mengelengkan kepala. Kalau perkara yang melibatkan isterinya laju saja papa dan mamanya. Terlalu manjakan isterinya sampai dia pun mereka tak peduli. Perlahan dia mengekori mereka bertiga. Ingin turut serta. Tak mahu melepaskan peluang meluangkan masa bersama mereka.

My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now