BAB 28

8.2K 154 6
                                    

Lima jam perjalanan, akhirnya Anisa Sofea tiba di kampung halamannya, negeri yang diberi nama negeri Jelapang Padi. Hatinya tenang melihat keindahan sawah padi yang menghijau sepanjang dia memandu tadi. Dia memandu perlahan memasuki perkarangan rumah keluarga angkatnya. Jam di dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Tadi dia singgah untuk tidur di RNR Tapah. Merehatkan badan dan tidur memandangkan semalam dia tak cukup tidur gara-gara suaminya itu.

Anisa Sofea memberikan salam. Agak lama barulah salam disambut dan pintu dibuka dari dalam. Kelihatan wajah terperanjat Encik Jalil yang kian dimamah usia itu.

"Ayah..." tangan Encik Jalil dicium. Melihat Anisa Sofea di hadapannya membuatkan air matanya menitik dan cepat-cepat diseka. Tidak mahu anaknya itu melihat kesedihannya. Dia sangat merindui anak bongsunya itu. Sudah lama anaknya tidak pulang ke kampung. Ingin mendesak dia khuatir jika menganggu anaknya yang sibuk bekerja.

"Anak ayah dah sampai... pukul berapa kamu bertolak tadi? Masuk... masuk..." jemput Encik Jalil. Pintu rumah ditutup rapat.

"Pukul 2.00 petang yah. Tadi singgah tidur kejap dekat Tapah." Balas Anisa Sofea. Luggage dibawa naik bersama dan disambut oleh Encik Jalil. Beg tangannya diletakkan di atas kusyen di ruang tamu.

"Kalau kamu letih, balik je esok pagi. Rehat bagi cukup. Bahaya memandu kalau mengantuk. Dah la kamu memandu sorang. Risau ayah"
Pesan Encik Jalil. Anisa Sofea hanya tersengih.

"Mana mak, yah"

"Dalam bilik. Mak kamu tu tak sihat."

"Kenapa ayah tak cakap kat Nisa yang mak tak sihat..." lantas dia melangkah masuk ke dalam bilik emaknya. Ditinggalkan ayahnya di ruang tamu. Kelihatan tubuh tua itu terbaring lemah. Ada kain basah diletakkan di dahi emaknya.

"Mak.... " panggil nya perlahan.

Perlahan Puan Fatimah membuka mata. Wajah anak bongsunya menyapa anak mata miliknya. Senyum terukir.

"Nisa... kamu ke tu? Bila kamu sampai" soal Puan Fatimah. Pipi anaknya disentuh. Serak kedengaran suara itu.

"Kenapa mak tak cakap yang mak tak sihat? Kalau Nisa tahu awal lagi Nisa balik tengok mak." Air matanya diseka. Sedih melihat maknya terbaring lemah. Tidak bermaya. Selalunya ada saja yang akan diceritakan oleh emaknya.

"Mak kamu tu demam je. Dari semalam lagi. Dah kamu jangan risau." Sampuk Encik Jalil.

Dahi Puan Fatimah disentuhnya. Panas.

"Mak dah makan ubat?"

"Dah baru je ayah bagi tadi sebelum kamu sampai. Ni kamu dah makan ke belum.
Kat dapur tu ada la nasi goreng ayah baru buat tadi. Ingat mak kamu nak makan. Sudahnya hanya dua sudu je mak kamu telan."

"Saya tak ade selera la bang." Balas Puan Fatimah sambil terbatuk kecil. Dua sudu nasi tu pun terpaksa ditelannya dengan air.

"Nisa dah makan tadi masa kat RNR, tak nak susahkan mak dan ayah. Lagipun dah lewat."

"Apa yang susahnya. Kamu kena ingat, kamu tu anak kami. Sampai bila-bila pun kamu tetap anak kami." Tegas Encik Jalil. Walaupun dia hanya bapa angkat Anisa Sofea, kasih sayangnya tiada belah bahagi. Rasanya dia lebih menyayangi Anisa Sofea berbanding anak-anaknya yang lain. Selalu sahaja Akmal memberontak. Marah apabila dia lebihkan Anisa Sofea. Anisa Sofea anak yang sangat baik dan mendengar kata. Tidak seperti Akmal. Selalu sahaja buat darahnya naik.

"Nisa rehatlah dulu... masuk bilik lepas tu tidur. Esok boleh borak lagi."
Ujar Puan Fatimah pipi anaknya itu diusap lembut.

"Kamu pergi masuk bilik rehat. Biar ayah jaga mak kamu. "

Anisa Sofea mengangguk perlahan. Luggage miliknya dicapai dan terus dibawa masuk ke bilik.

"Kamu jangan fikir sangat pasal mak kamu tu. Mak kamu demam biasa je. Dah rehat la ye."

Ujar Encik Jalil. Wajah sugul anaknya itu diperhatikan. Mungkin risau melihat keadaan isterinya. Lantas dia meninggalkan anaknya di bilik. Anisa Sofea melabuhkan punggung ke katil. Lama dia memandang sekeliling bilik yang sudah kelihatan usang itu namun tetap teguh. Sudah lama dia tidak pulang. Rindu akan segala kenangan.

Dia tidak memaklum kan mengenai kepulangannya kepada Daria dan Akmal. Jika mereka mengetahui dia berada di sini mesti sakit telinganya mendengar bebelan mereka berdua. Acapkali Daria dan Akmal mengingatinya supaya memaklumkan kepada mereka supaya mereka dapat mengambil cuti dan dapat meluangkan masa bersama seperti dulu.

Kakaknya Daria menetap di Sungai Petani manakala Akmal bekerja di Butterworth.

Daria bekerja sebagai pegawai bank di salah sebuah bank di Sungai Petani. Jarak antara rumahnya dan rumah ibunya tidaklah terlalu jauh. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Sudah sepuluh tahun Daria mendirikan rumah tangga dengan abang iparnya, Farid pegawai bank yang berkhidmat di bank yang sama. Daria belum dikurnikan cahaya mata. Belum rezeki mungkin.

Akmal pula bekerja sebagai anggota tentera di Pangkalan TUDM di Butterworth dan menetap di sana. Akmal yang tua dua tahun darinya itu belum berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi. Tunangannya itu merupakan seorang guru.

Dia.... sudah mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan ayah dan emaknya. Hati kecil ingin berterus terang, namun melihat keadaan kesihatan Puan Fatimah niatnya terhenti. Dia sangat takut.... Takut akan kehilangan buat kali kedua......









My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now