Pintu biliknya diketuk. Anisa Sofea yang sedang berbaring leka dengan telefon bimbit melayari media sosial lantas bangun dan duduk. Wajah milik Daria muncul di muka pintu. Daria juga tidur di rumah orang tua mereka. Esok dia mengambil cuti. Ingin meluangkan masa bersama dengan Anisa Sofea.
"Boleh kakak masuk?"
Tanya Daria.
"Masuk kak."
Adiknya yang sedang duduk itu bangun memberikan ruang untuknya. Maklumlah katil bujang. Muat untuk mereka berdua duduk. Dia duduk bersebelahan dengan Anisa Sofea.
"Akak tak tidur lagi?.."
"Belum... akak tak mengantuk lagi. Nak borak-borak dengan adik akak ni." Pipi adiknya dicuit lembut.
Wajah adik nya ditatap lama. Wajah yang menjadi kegilaan pemuda di kampung mereka. Dahulu Akmal la yang sentiasa menjadi bodyguard Anisa Sofea. Kemana sahaja adiknya itu pergi pasti akan ditemani oleh Akmal. Bimbang jika Anisa Sofea menjadi usikan pemuda di kampung. Akmal yang sentiasa melindungi mereka di mana saja mereka berada. Sebagai kakak dia berbangga mempunyai adik yang cantik paras wajahnya.
"Lama Nisa tak balik jenguk kami. Akak perasan selepas Nisa kerja, Nisa banyak habiskan masa dekat sana. Akak tahu mak rindu Nisa tapi dia tak pernah cakap." Ucap Daria. Dia tahu adiknya itu sibuk.
"Nisa minta maaf kak. Nisa janji lepas ni Nisa akan balik jumpa mak, ayah, akak dan Akmal."
Ya.... Dia jarang pulang ke kampung tanpa alasan yang munasabah. Sejak dia bekerja di Kuala Lumpur, dia berpindah masuk ke rumah Datuk Sauqi atas desakan Mak Jah. Kata Mak Jah sampai bila dia mahu melarikan diri dari papanya. Masanya banyak dihabiskan di rumah mewah itu. Bersama Mak Jah. Dia seolah tidak wujud di situ
"Akak bukan apa. Akak kesian tengok mak. Walaupun mak tak pernah cakap, akak tahu mak rindu sangat dengan Nisa."
"Nisa janji lepas ni Nisa akan kerap balik kg..." sayu suara Anisa Sofea.
"Dah.. Dah... jangan sedih-sedih. Akak bagitahu sebab akak kesian tengok mak. Itu je. Nisa jangan terasa ye."
"Cerita la pasal wedding Nita. Mesti best buat dekat tempat yang grand macam tu. Cantik berul hotel tu." Sambung Daria.
"Boleh akak tengok gambar wedding Nita?" soal Daria.
"Eh... mana ada gambar kak. Nisa tak tangkap pun ganbar dengan Nita. Akak tahu la kan Nita tu."
"Takkan tak ada gambar langsung.. bagi la akak tengok." Melihat pada riak Anisa Sofea, Daria yakin ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuannya. Lantas telefon bimbit miliknya dikeluarkan dari poket seluar.
Password dibuka dan galeri gambar ditekan. Gambar yang tertera pada skrin telefon ditunjukkan kepada Anisa Sofea.
Melihat pada gambar di telefon Daria, wajah Anisa Sofea berubah. Gambar perkahwinan dia dan Tengku Zhafril Irfan. Wajahnya cuba dielak sebaik mungkin dari jurukamera. Tidak ingin menjadi perhatian media. Bimbang akan menjadi tajuk utama akhbar. Bimbang jika semua kenalan di Mims Hospital akan mengenalinya. Risau jika emak dan ayahnya tahu. Dia bernasib baik kerana emak dan ayahnya tidak mempunyai telefon yang canggih. Selesa menggunakan telefon bimbit biasa.
"Ini kamu kan....?"
"Akak tahu akak tak layak untuk tanya. Tapi akak terfikir macam mana kamu end up kahwin dengan tunang Anita. Gambar ni kawan akak yang forwardkan. Bila akak tengok wajah ni langsung akak ingat Nisa. Akak yakin tu Nisa akak kenal adik akak walau tebal mana pun make up yang Nisa pakai."
Tangan Daria digenggam erat. Cuba mencari kekuatan untuk bercerita. Memandang Daria sudah mengetahuinya elok saja bercerita macam mana dia boleh mengahwini Tengku Zhafril Irfan. Segala yang berlaku diceritakan kepada Daria. Dari A sampai Z. Air muka Daria berubah merah. Marah.
"Demi Allah kak... Nisa tak buat perkara terkutuk tu." Tangisan nya kedengaran.
Dia masih ingat akan pesan Puan Fatimah supaya menjaga kehormatan diri. Meskipun dia berpakaian agak seksi, pesanan Puan fatimah nan satu itu sentiasa dia ingat.
"Kenapa Nisa tak ceritakan hal sebenar dekat Datuk? Nisa kena explain betul-betul. Mungkin Datuk percaya"
"Dah kak. Papa tak percaya kan Nisa. Bagi papa Nisa cemburukan Nita. Pernah ke papa percaya Nisa ni kak."
"Memang nak kena Datin ni.!!!" Ingin saja Daria cili-cilikan mulut Datin Suzila. Dia geram teramat sangat. Sanggup wanita itu memerangkap adiknya. Yang menjadi persoalan kenapa Datin Suzila memerangkap Anisa Sofea? Sedangkan Anita Sofea cintakan anak jutawan itu. Yakin sesuatu yang telah terjadi dan membuatkan Datin Suzila bertindak sedemikian rupa.
"Kak, tolong rahsiakan dari mak dan ayah termasuk Akmal. Nisa tak nak dia orang tahu. Nisa tak nak mak dan ayah malu." Ucap nya lantas tubuh Daria dipeluk erat. Daria hanya membiarkan Anisa Sofea melepaskan apa yang terbuku di hati. Sudah banyak dugaan yang terpaksa adiknya tempuh. Doanya di dalam hati semoga Allah hadirkan yang terbaik buat adiknya.
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...