( 1st story )
Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea
Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga.....
Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...
"Zhaf, kau tak nak oder makan ke?" Soal Khai. Asyik bersembang sehingga terlupa untuk memesan makanan. Mendengar soalan Khai, terus Tengku Zhafril Irfan bangun dan berpusing. Tiba-tiba.......
"Aduh..." ayat itu meluncur laju dari bibir si gadis. Tubuh yang hampir tersungkur itu dipaut erat dan serentak tubuh itu dirapatkan ke dada bidang milik Tengku Zhafril Irfan. Tubuh kecil molek itu sedang elok berada di dalam pelukannya. Masing-masing tergamam. Dengupan jantungnya berdegup kuat. Saat itu dia rasakan muncul perasaan halus jauh di dasar hati Tengku Zhafril Irfan.
Haruman rambut ikal mayang milik gadis itu menusuk masuk ke rongga hidungnya membuatkan diri nya terbuai indah. Wangi. Matanya terpejam erat. Hilang bayangan tunangnya. Hilang semua masalah.
3 minit. 5 minit.. 10 minit...
"Ehem..."
"Ehem....."
"Ehem..........."
Tengku Zhafril Irfan tersentak. Suara milik Khai mematikan lamunannya. Serentak dia melepaskan pelukan itu. Wajah putih mulus milik gadis itu dipandangnya.
Cantik...... puji nya.
"Sorry..." ucap gadis itu lalu ditolak lembut tubuh lelaki yang dipeluknya tanpa sengaja, lalu melangkah masuk ke dalam tandas yang berada di belakang lelaki itu.
Tengku Zhafril Irfan terdiam. Kejadian itu mengundang senyuman dari bibirnya tanpa disedari gelagatnya itu diperhatikan oleh sahabat karibnya, Khai.
Empat puluh lima minit berlalu. Tengku Zhafril Irfan dan Khai meninggalkan Restoran Dubuyo. Mereka berjalan menuju ke arah eskalator. Bibir Tengku Zhafril Irfan masih mengukir senyuman. Perbuatan nya disedari oleh Khai.
"Apa kena kau ni? Dari tadi asyik tersenyum je." Soal Khai. Mereka melangkah masuk ke butik H&M.
"Tak de apa la."
"Ye ke? Lepas kau peluk awek tadi tu, sampai sekarang kau asyik senyum je. Kau dah angau ke?"
"Gila kau. Aku kan dah bertunang. Dah nak kahwin pun." Balas Tengku Zhafril Irfan. Tangannya membelek-belek pakaian di butik itu.
"Orang dah kahwin pun boleh bercerai."
Dengan selamba Khai menjawab meninggalkan Tengku Zhafril Irfan terkebil sendirian.
Anisa Sofea pantas masuk menuju ke tandas. Dadanya berkocak hebat. Seumur hidupnya ini kali pertama dia berada rapat dengan seorang insan bernama lelaki. Hatta dengan Hariz sekalipun dia masih menjaga batas pergaulan nya. Cuma kadang-kadang Hariz dengan selamba memaut pinggangnya walaupun sudah ditegah olehnya.
Blouse biru yang dipakainya dirapikan. Membetulkan rambut yang terasa serabut. Cuba menghilangkan debaran di dada.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anisa Sofea Outfit
Setelah selesai, Anisa Sofea menapak keluar dari tandas. Wajah lelaki yang dilanggarnya tadi sudah tiada di situ. Pantas dia mengayunkan kaki menuju ke arah Ella, temannya yang setia menanti.
"Lamanya kau. Ok tak" tanya Ella.
Anisa Sofea mengangguk kecil.
"Habis kenapa lama sangat kat dalam tu"
" Tak ada apa la."
Ella meneruskan suapannya. Wajah gelisah Anisa Sofea membuatkan suapan nya terhenti. Yakin akan sesuatu yang terjadi.
"Ok tak ni"
"Aku okay jangan risau."
"Okay..."
Ella kembali dengan makanannya. Tiba-tiba dia teringatkan Anita Sofea, adik Anisa Sofea yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
"Macam mana persiapan wedding Nita"
"No komen"
"Aik, satu rumah kot takkan kau no komen" sakat Ella. Dia tahu konflik keluarga yang dihadapi oleh Anisa Sofea. Sengaja dia ingin menyakat.
"Bising la kau ni. Ye aku tak peduli pun hal dia. Kalau aku join pun kau rasa dia suka ke? Baik aku perhati dari jauh je. Lagipun aku tengok Nita tu tak macam orang nak kahwin pun" ujarnya.
"Kenapa pulak kau cakap macam tu" soal Ella.
"Yelah nak kahwin tapi aku tengok asyik berkepit je dengan si Jeffrey tu. Berpeluk sakan dekat public"
"Mungkin tengah shooting kot. Kau tak tahu."
Ye ke tengah shooting. Kalau sakan bertepuk tampar dengan lelaki depan lobi hotel dan cium pipi bagai shooting ke tu? Mana jurukameranya? Mana pengarahnya? Mana lampu-lampu semua?
Bila ditanya hanya kawan... Loya tekaknya. Yang peliknya kenapa Anita Sofea tidak menamatkan zaman bujang dengan Jeffry? Jeffry juga merupakan salah seorang anak usahawan terkenal di Kuala Lumpur. Berharta, berkulit sawo matang dan juga kacak.