( 1st story )
Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea
Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga.....
Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...
Dia baru sahaja selesai melakukan pembedahan terhadap pesakitnya terkejut dengan kehadiran Tengku Zhafril Irfan yang muncul di basement hospital. Mahu melarikan diri tetapi sudah terlambat. Sudah dua bulan kejadian di Kuantan itu berlaku. Sangkanya Tengku Zhafril Irfan tidak akan muncul lagi di hadapannya namun hampa.
"What are you doing here?" Soalnya bila suaminya itu keluar dari perut kereta.
"This is my hospital."
Okay. Malas lagi dia mahu bertanya. Tahu la hospital ni milik suaminya!
Wajah milik Anisa Sofea ditatapnya. Dua bulan dia memberi ruang kepada isterinya untuk berpindah masuk ke Villa Zalia. Namun hampa. Sudahnya dia datang ke sini berdepan dengan isterinya itu sendiri. Perut Anisa Sofea dipandang nya. Perut yang sudah jelas kelihatan dan dia tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan si kecil.
"Jom ikut I balik."
"I tak nak balik rumah you."
"It's has been 2 months since you've promise me to move into my house. You lupa ke"
"I tak ade janji apa-apa dengan you."
Dia tidak pernah berjanji dengan Tengku Zhafril Irfan. Ada suaminya itu menyatakan hasrat ingin dia berpindah untuk tinggal bersama tetapi dia tidak mengiyakan kata-kata Tengku Zhafril Irfan.
"Really??? Cepat betul you lupa kan.."
"I tak ada janji apa-apa dengan you. I boleh jaga diri I sendiri. I tak perlukan you."
"Anak I perlukan I..."
"No! I seorang pun dah cukup. I nak balik."ujar Anisa Sofea. Malas mahu bertekak.
"You nak ikut I or nak I dukung you?"
"I tak nak ikut you Zhaf. I'm happy with my life. Please jangan ganggu I. I boleh jaga anak I and I don't need you."
"You memang degil ek." Ujar Tengku Zhafril Irfan sambil mencempung tubuh milik isterinya. Terjerit kecil Anisa Sofea. Dia yang tidak bersedia itu terus melingkarkan tangan ke leher suaminya. Takut terjatuh. Tubuh kecil Anisa Sofea diletakkan ke dalam kereta. Anisa Sofea hanya mendiamkan diri. Tahu pun takut!
Kereta milik Tengku Zhafril Irfan memasuki perkarangan Villa Zalia. Kelihatan Tan Sri Zayed Irfan dan Puan Sri Camelia sudah menunggu di hadapan pintu rumah. Dia sudah berjanji akan membawa pulang Anisa Sofea pada hari ini. Sudah banyak kali mama dan papanya menyuruh dia membawa menantu mereka ke sini. Bimbang akan keselamatan Anisa Sofea. Ditambah pula dengan hubungan dingin antara papa dan mama tiri Anisa Sofea. Dia hanya menunggu Anisa Sofea dengan penuh sabar. Namun setelah dua bulan berlalu sabarnya makin menipis. Jika dibiarkan tentu saja Anisa Sofea tidak akan ke Villa Zalia kecuali dipaksa.
Wajah Anisa Sofea masam. Sakit hati dengan sikap Tengku Zhafril Irfan yang memaksa. Sudah la dia tidak membawa pakaian ke sini.
"Dah turun. They're waiting for you." Arah Tengku Zhafril Irfan sambil membuka pintu bilik. Perlahan Anisa Sofea melangkah turun. Wajah ceria ibu dan bapa mentuanya diperhatikan. Rasa bersalah bertamu di hati. Yakin bahawa mereka sudah lama menunggu kehadirannya.
"Assalamualaikum..." sapa Anisa Sofea.
"Walaikumusalam. Sampai juga kamu. Jom masuk." Pelawa Tan Sri Zayed Irfan lantas mereka masuk ke dalam rumah. Mereka melabuhkan punggung di ruang tamu.
Puan Sri Camelia duduk di sisi menantunya. Perut Anisa Sofea sudah kelihatan. Rasa bahagia muncul di hatinya. Sudah lama dia teringin menimang cucu. Kini impiannya akan tercapai. Perut kecil itu diusap lembut. Tengku Zhafril Irfan dan Tan Sri Zayed Irfan hanya memerhati tingkah Puan Sri Camelia.
"Dah berapa bulan ni?" Soal Puan Sri Camelia.
"Hmmm... dah masuk 5 bulan ma. Kejap je dh besar." Jawab Anisa Sofea. Perut nya diusap lembut. Senyuman terukir di bibir. Anak mama.....
"Alhamdulillah. Tak sabarnya mama. Nisa dah tahu ke baby boy atau girl?"
"Nisa tak tahu ma saja tak nak tahu boy or girl. Nak buat surprise." Puan Sri Camelia mengangguk perlahan. Tanda faham.
"Eh borak punya borak lupa nak tanya kamu dah makan belum ni?" Tan Sri Zayed Irfan mencelah.
"Nisa dah makan tadi kat hospital sebelum balik."
"Kalau macam tu kamu naik la atas berehat. Mesti kamu letih. Zhaf, bawak Nisa masuk bilik kamu."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tengku Zhafril Irfan mengangguk. Lantas dia mencapai tangan isterinya dan menapak naik ke atas. Sampai saja di biliknya Anisa Sofea bersuara.
"Zhaf, I mana bawak baju. You tiba-tiba je datang dan kidnap I datang sini."
"Kalau I bagitahu awal you akan ikut ke I balik sini?" Balas Tengku Zhafril Irfan sambil menghilangkan diri.
Anisa Sofea terdiam. Betul juga cakap Tengku Zhafril Irfan tu. Dia tidak mahu berpindah ke sini. Lebih selesa berada di rumah papanya. Tiba-tiba suaminya muncul bersama dengan luggage miliknya.
"Mana you dapat ni?"
"I minta Mak Jah sediakan baju you. Kalau tunggu you tu entah bila nak sampai ke sini."
Anisa Sofea hanya memandang Tengku Zhafril Irfan. Sejak bila pulak Mak Jah baik dengan suaminya itu?