BAB 29

10.2K 195 0
                                        

Bunyi suara orang bersembang mengejutkan dia dari lena. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Lamanya dia tidur. Seingat nya semalam dia tidak dapat melelapkan mata. Pukul 3.00 pagi baru dia tertidur.

Anisa Sofea bangun dan mencapai tuala di penyidai yang disediakan di dalam bilik. Pantas langkah kaki diatur menuju ke bilik air yang berada di dapur. Kelihatan Puan Fatimah sedang melakukan sesuatu di dapur.

Perlahan tubuh Puan Fatimah dipeluknya. Erat. Dia betul-betul rindu akan emaknya.

"Mak dah sihat?"

"Alhamdulillah... lepas tengok kamu terus mak sihat...."

"Ayah mana mak?"

"Pagi-pagi ni biasa la ayah kamu tu mesti kat kedai."

"Ayah tak cari pembantu ke mak... ayah tak payah sibuk pasal kedai tu. Nisa kan ada. Bulan-bulan Nisa boleh bagi duit belanja. Nisa tak nak ayah buat kerja berat. Ayah kan dah tua."

Kesian melihat ayahnya masih bekerja pada usia begini. Dia mampu untuk menyara mereka berdua.

"Ish kamu ni. Ayah kamu tengokkan aje kedai tu. Anak Pak Leman ada tolong ayah kamu angkat barang semua tu. Hana anak Mak Tijah pun ada tolong sekali." Terang Puan Fatimah. Manakan sanggup melepaskan kedai yang menjadi kenangan bersama arwah ibu Anisa Sofea. Hasil dari modal arwah Puan Aisha. Apabila mereka ingin membayar balik modal yang dikeluarkan, arwah Puan Aisha menolak lembut. Hasil dari duit kedai runcit itulah mereka berdua dapat menghantar anak-anak mereka belajar hingga ke menara gading.

"Tadi mak borak dengan sapa"

"Dengan Daria. Petang nanti dia sampai. Kamu tak ada bagitau Daria ke kamu nk balik kampung? Marah betul dia dengan kamu."

Anisa Sofea mendiamkan diri. Tahu dirinya bersalah. Sepatutnya dia akan memaklum kan tentang kepulangannya ke kampung. Namun kejadian yang menimpa dirinya membuatkan da terlupa akan hal tersebut. Mengikut perancangan dia akan pulang pada hari Sabtu dan Ahad kerana Daria dan Akmal bercuti. Namun segalanya berubah akibat dari kejadian itu.

"Dah, kamu pergi mandi. Busuk!!!"

Ucap Puan Fatimah setelah melihat anaknya itu mengelamun. Setelah kelibat Anisa Sofea hilang dari pandangan, kalut tangan Puan Fatimah menyediakan makanan. Ingin memasak makanan kegemaran anak-anaknya.

Anisa Sofea memeluk erat tubuh Daria. Perut Daria diusap perlahan. Rindunya dia pada Daria. Sudah agak lama mereka tidak bertemu.

"Balik tak bagitahu." Marah Daria. Geram dengan adiknya itu.

"Sorry... Mal tak balik ke kak?" Soal Anisa Sofea.

"Dia ada kerja... kalau tak mesti dia balik jumpa Nisa."

Kekangan kerja membuatkan Akmal tak dapat menyertai mereka. Mereka yang baru sahaja makan tengahari melabuhkan punggung di beranda rumah. Encik Jalil sudah ke masjid untuk solat Zohor di sana. Manakala Puan Fatimah mahu mandi dan bersolat. Tinggal mereka berdua sahaja di situ. Daria datang berseorangan. Dia bercuti pada hari ini kerana pergi ke Klinik Kesihatan bagi pemeriksaan kandungannya.

"Macam mana anak sedara Nisa"

Soal Anisa Sofea. Perut Daria diusap lembut.

"Alhamdulillah.... dah masuk empat bulan. Tak sabar akak nak jumpa dia." Balas Daria sedikit teruja. Sudah lama dia nantikan kehadiran anak kecil ini. Puas juga dia berubat kampung, berurut dan membuat rawatan IVF namun semuanya hampa. Dia hampir berputus asa. Namun kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Saat dia sudah redha akan takdirNya, Allah SWT menghadirkan si kecil ini.

"Alhamdulillah kak. Kalau dekat boleh akak follow up dengan Nisa"

"Nisa jauh sangat. Pindah sini la dekat sikit dengan kami."

"InsyaAllah kak...."

Tiba-tiba Puan Fatimah muncul bersama dulang di tangan. Dulang itu diletakkan di hadapan anak-anak nya. Melihat makanan yang berada di dalam dulang itu, mereka berdua menjerit gembira. Sudah lama mereka tidak menjamah kuih tersebut. Air kopi panas turut dihidangkan bersama.

Kuih tradisional yang jarang dijumpai tambah-tambah lagi kalau dekat Kuala Lumpur.

Kuih dangai yang sangat jarang dijumpai

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kuih dangai yang sangat jarang dijumpai.

"Bila mak buat ni?" Soal Anisa Sofea.

"Tadi masa kamu keluar tolong ayah kamu kat kedai. "

"Kenapa mak tak cakap. Boleh Nisa tolong mak. Lagipun mak kan baru baik dari demam."

Kuih dangai disuakan ke dalam mulut.

"Mak tak sihat ke? Kenapa mak tak cakap dekat Daria. Boleh Daria datang bawak mak pergi klinik. Mak kena banyak rehat." Bebel Daria.

"Mak demam je.... kamu ni"

Puan Fatimah tahu anak-anaknya risau akan dirinya. Melihat Daria dan Anisa Sofea laju menjamah kuih buatannya itu buat hatinya senang. Seronok melihat keakraban antara mereka. Kalau Akmal dapat turut serta lagi riuh bunyi.



Sudut Ilmu :

- Proses IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan kita sebagai bayi tabung uji, adalah antara rawatan kesuburan terbaik. Ia merupakan kaedah yang boleh atau perlu dilakukan oleh pasangan bermasalah kesuburan bagi memberi peluang untuk mereka menimang cahaya mata.

My Love, ANISA SOFEATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang