BAB 10

8.4K 174 1
                                    

Sampul berisi gambar itu dibuka dan dilihatnya. Matanya merah. Tangannya menggeletar. Gambar-gambar itu ditatap nya berkali-kali. Spontan tangannya mengepal penumbuk. Jantungnya berdegup laju. Serentak gambar itu dilemparkan ke lantai. Ingatannya kembali kepada kejadian yang berlaku dua minggu lalu.

Pandangannya jatuh kepada gadis tinggi lampai itu. Asyik berpegangan tangan dengan lelaki hitam manis dan tinggi lampai. Sekali sekala kedengaran ketawa kecil dari bibir sang gadis. Adegan suap menyuap antara kedua pasangan itu cukup menjengkelkan hatinya. Pipi si gadis dikucup lembut oleh lelaki tersebut.

Tan Sri Zayed Irfan mengeluh. Kejadian pagi Ahad itu berlaku di hadapan matanya sendiri selepas dia menerima sampul yang berisi gambar milik bakal menantunya., Anita Sofea. Dia yang pada waktu itu sedang menunggu kedatangan sahabat lamanya disajikan dengan kejadian tersebut.. Mujur sahaja sahabat lamanya itu belum muncul. Kalau sahabatnya itu nampak mahu malu dia memiliki bakal menantu seperti itu.

Pada masa itu bukan dia sahaja yang kebetulan berada di situ. Turut sama Rocky, pemandu peribadinya. Yang selalu ada bersama. Rocky juga melihat kejadian itu. Namun sudah dipesan oleh Tan Sri Zayed Irfan supaya merahsiakan perkara ini. Tidak mahu isterinya tahu akan hal tersebut.

Mengingati kejadian itu, hati tuanya berkata adakah wanita ini yang bakal menjadi isteri Tengku Zhafril Irfan dan menantunya? Yang bakal menjadi ibu kepada cucu-cucunya? Kalau dia berterus terang dengan Tengku Zhafril Irfan adakah anaknya itu akan percaya dengan kata-katanya? Hanya keluhan berat kedengaran. Sebolehnya dia inginkan wanita yang baik agamanya untuk membimbing anak dan cucunya kelak. Mengingati perbuatan Anita Sofea hati tuanya gelisah. Dia leka memerhati anak-anak ikan koi milik nya sehingga tidak perasan akan kedatangan Puan Sri Camelia.

"Jauh termenung bang,"

Tan Sri Zayed Irfan tersentak. Terkejut dengan sapaan isterinya. Senyuman manis dihadiahkan buat si isteri. Isterinya tiba dengan secawan kopi panas dan kuih seri muka kegemarannya.

"Tak da lah yang. Abang tengah tengok ikan-ikan ni ha."

"Minum bang." Kopi panas itu diletakkan di atas meja. Perlahan dia menghampiri Tan Sri Zayed Irfan yang berada berhampiran dengan kolam ikan koi. Bahu suaminya diusap perlahan.

"Saya tengok abang macam ada masalah je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya tengok abang macam ada masalah je. Selalu abang ceria je"

Puan Sri Camelia yakin ada sesuatu yang menganggu si suami.

"Entah la Lia, abang tak tahu macam mana nak mula"

"Macam berat je masalah abang ni, abang nak kahwin lagi ke? Lia tak ada masalah. Lia akan bersetuju dengan pilihan abang. Lia tahu Lia bukan isteri dan ibu yang sempurna..... " sayu kedengaran suara Puan Sri Camelia. Dia faham. Sejak dia berkahwin dengan suaminya dia sudah tanam di dalam hati kalau suaminya ingin berkahwin lagi dia akan bersetuju memandangkan dia tahu suami mampu dan ramai wanita di luar yang akan cuba menggoda suamiya itu.

Tan Sri Zayed Irfan tersentak. Ke situ pulak perginya.

"Apa kamu merepek ni Lia, kamu sorang pun dah cukup bagi abang. Tak ada yang kedua ketiga atau keempat. Cukup la kamu dengan anak-anaknya kita tu."

Isterinya itu lah punca kejayaan yang dikecapi pada masa ini. Tanpa Puan Sri Camelia siapa dia. Isterinya itu merupakan tulang belakangnya.

Tambahan pula isteri dan anak-anaknya pun dia dah pening hendak melayan. Macam-macam karenah. Itu belum lagi anak-anaknya yang bertiga tu. Macam-macam masalah. Boleh pengsan bila memikir.

"Oooo.... " hela Puan Sri Camelia lega.

Satu persatu Tan Sri Zayed Irfan kejadian pagi ahad itu dan juga gambar yang diterima diceritakan olehnya. Tiada satu pun yang terlepas.

"Abang serba salah nak ceritakan atau tak dekat si Zhaf tu. Abang risau dia kata abang nak musnahkan kebahagiaan dia. Tapi abang memang tak berkenan dengan si Anita tu."

Pada awal pertunangan memang dia lihat betapa sopannya Anita Sofea. Namun lama-kelamaan sikap gadis itu terserlah.

Dan..... dia tahu akan sikap anak sulungnya itu.
Cinta separuh mati. Dari awal lagi dia memang tidak berkenan akan anak Datuk Sauqi. Bermacam-macam cerita yang disampaikan oleh kenalannya. Cuba diceritakan kepada anak sulungnya itu namun Tengku Zhafril Irfan seakan tidak mempercayainya. Andai kata anak sulungnya itu melihat gambar yg diterimanya apakah reaksi Tengku Zhafril Irfan kelak...

"Sudah la bang. Lia pun tak nak masuk campur urusan Zhaf. Dia pun dah matang. Kalau kita cakap lebih nanti susah. Abang macam tak kenal anak kita tu. Buatnya merajuk sampai ke Perancis nanti susah pulak kita. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Jom minum bang dah sejuk air kopi awak tu"ujar Puan Sri Camelia seraya menarik tangan suaminya ke arah meja kopi....



My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now