BAB 34

9K 178 1
                                    

"Got to go..." pantas Hariz melangkah meninggalkan Anisa Sofea dan Tengku Zhafril Irfan bersendirian. Melihat pada reaksi lelaki itu terus dia meninggalkan mereka berdua. Tidak mahu menjadi mangsa amukan Tengku Zhafril Irfan. Bukan dia tak kenal lelaki itu.

"So.... seronok kena kejar dengan jantan?" Soal Tengku Zhafril Irfan. Berbulan rasanya tidak berjumpa dengan si isteri alih-alih dia berjumpa Anisa Sofea tengah memadu kasih di sini. Isterinya yang mengenakan busana flora itu tampak manis pada pandangannya. Melihat isterinya bersama Hariz, entah mengapa hatinya pedih. Terasa bagai dihiris sembilu tajam.

"None of your business." Balas Anisa Sofea lalu ingin berlalu pergi. Malas dia hendak bertekak dengan lelaki ini. Hilang berbulan lamanya dan tiba-tiba muncul menyindirnya.

"Best kan dapat bawak jantan tu naik kereta baru."

"Apa you nak sebenarnya ni?"

Dia terlalu malas mahu bertekak dengan suaminya. Baru dua kali mereka berjumpa. Semasa perkahwinan mereka dan sekarang. Selepas itu mereka berdua membawa haluan masing-masing. Atas kehendak suaminya sendiri. Sekarang bila berjumpa ada saja yang suaminya tidak berpuas hati seperti sengaja mahu menyakitkan hatinya.

"Dah puas naik kereta dengan jantan tu. Sekarang buat drama pulak kat sini."

"For your information, I tak mintak pun kereta tu. I dah cakap yang I tak nak. Tapi papa you yang bagi. Berkali-kali I tolak alih-alih kereta tu dah ada dekat depan mata I. Kalau you nak sangat dipersilakan ambil semula kereta you."

Geram. Itu kata hati Anisa Sofea. Tidak pernah meminta untuk dihadiah kan kereta mewah itu. Dua hari yang lalu dia menerima kejutan daripada Tan Sri Zayed Irfan. Melihat salesman bersama kereta mewah yang berada di basement hospital itu hatinya gelisah. Takut jika dikatakan dirinya mata duitan. Dia tahu kereta itu dibeli menggunakan duit suaminya kerana bapa mertuanya mengatakan kereta itu dihadiahkan oleh Tengku Zhafril Irfan. Melihat pada kelakuan dan sindiran suaminya dia tahu lelaki itu terpaksa memberikan kereta tersebut padanya.

"Sekali lagi aku nampak kau dengan jantan tu, kau tahulah nasib kau!" Ucap Tengku Zhafril Irfan berbaur ugutan sambil berlalu pergi. Meninggalkan isterinya sendirian.

Anisa Sofea pada masa itu sudah tidak bersemangat untuk membeli belah terus melangkah keluar. Ingin mencari makanan kerana perutnya sudah berkeroncong. Bergaduh dengan Tengku Zhafril Irfan buat dia lapar.

Khai yang memerhati hanya mengelengkan kepala. Kakinya diayun ke arah Tengku Zhafril Irfan.

"Kenapa kau?" Soal Khai. Wajah mencuka Tengku Zhafril Irfan menerbitkan rasa lucu di hatinya.

"Kau cemburu dekat Anisa ke, Zhaf.?"

"Apa yang kau merepek ni?" Soal Tengku Zhafril Irfan berpura-pura membelek pakaian bayi.

"Mengaku jelah kau cemburu bini kau dekat dengan Hariz." Bukan dia tak nampak tadi. Siap diugutnya Anisa Sofea. Dan Hariz pulak macam dah tak ada perempuan lain. Bini orang juga yang dia nak.

"I'm not jealous!"

"Tak salah pun kau nak cemburukan Anisa. Dia kan dah jadi bini kau. Hak kau. Tapi kan Zhaf, makin lama makin cantik pulak aku tengok bini kau tu. Patut la si Hariz tu tergila-gilakan sangat kat Anisa. Agaknya kalau kau lepaskan dia, berapa ramai lelaki yang beratur nakkan bini kau tu? Dah la cantik, seksi, manis, naik kereta mewah......."

Ucap Khai lalu beredar menuju ke kaunter bayaran. Sengaja dia menokok tambah ayat itu. Biar Tengku Zhafril Irfan tahu. Tak salah kalau kita mengaku kita sayangkan seseorang. Dalam situasi Tengku Zhafril Irfan apa salahnya jika dia mengaku yang dia sukakan Anisa Sofea. Wanita itu sudah sah menjadi miliknya. Pada usia Tengku Zhafril Irfan sekarang, sudah tiba masanya dia memikirkan masa depan. Berkeluarga dan punya anak. Tambahan pula Tengku Zhafril Irfan tidak mempunyai kekasih lain selain dari Anita Sofea. Dia setia pada yang satu.

Malam itu, Tengku Zhafril Irfan berdiri di balkoni bilik. Melihat keindahan malam dengan bulan yang bersinar penuh. Kata-kata Khai kembali bermain di fikirannya. Tidak pasti akan kata hatinya. Separuh hatinya mengiyakan separuh lagi menidakkan. Cintakah dia pada Anisa Sofea?

Sudah hampir 4 bulan dia mendirikan rumah tangga. Ke mana hala tuju perkahwinan mereka pun dia tidak pasti. Anisa Sofea juga tidak pernah menjejakkan kaki ke teratak mewah papanya. Pernah ditanya oleh Puan Sri Camelia mana isterinya itu. Jawapan nya hanya satu, dia tidak tahu. Berkali-kali mamanya bertanyakan akan soalan yang sama. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Baginya perkahwinan antara mereka hanya sementara. Bila tiba masanya dia akan melepaskan isterinya itu.










My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now