"Jaga diri baik-baik. Kalau penat rehat dekat kerusi. Kalau sakit cepat-cepat suruh Ella kol abang." Pesan Tengku Zhafril Irfan. Pipi isterinya diusap lembut. Dia berat hati mahu melepaskan Anisa Sofea untuk keluar bersama Ella. Bimbang akan keselamatan isterinya. Isterinya itu hanya menunggu masa untuk melahirkan anak sulung mereka.
"Ye sayang. Abang pesan macam Nisa nak pergi berperang." Ujar Anisa Sofea sambil ketawa kecil.
"I love you okay... Abang tak nak apa-apa jadi dekat Nisa. Dekat anak kita ni ha." Ucapnya lalu perut Anisa Sofea dikucup lembut.
"Jaga mommy okay?" Pesan Tengku Zhafril Irfan dan dia terasa akan tindak balas dari anaknya itu.
"Ingat pesan abang."
Anisa Sofea mengangguk. Pintu bahagian penumpang ditutup rapat. Lalu kereta Alphard meninggalkan perkarangan rumah mewah itu. Tengku Zhafril Irfan mengeluh. Berat hati ingin melepaskan isterinya pergi. Namun hasrat hati si isteri ingin bertemu teman baiknya itu tak mungkin ditolak. Dia ada menyatakan hasrat untuk turut serta tetapi ditolak oleh Anisa Sofea risau jika dirinya bosan menunggu.
Dua puluh lima minit berlalu, Anisa Sofea mula merasa tidak sedap hati. Melihat keadaan di luar, dia yakin ini bukan laluan ke tempat yang dijanjikan bersama Ella.
"Rocky, kita nak pergi mana ni?"
Diam..
"Rocky???"
Tiba-tiba kereta tersebut memasuki rumah mewah milik papanya. Hatinya gelisah. Pintu kereta dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
"Who are you?"
Pertanyaan Anisa Sofea tidak dijawab. Lengan nya ditarik kasar menuju ke pintu utama. Kelihatan seorang wanita cantik mengenakan busana pengantin. Dari belakang dia seakan mengenali wanita tersebut. Wanita itu memusingkan badannya. Melihat wajah cengkung itu serta merta badannya mengigil. Perut memboyot Anita Sofea jelas kelihatan. Di tangannya terlihat sebilah pisau rambo. Kukuh dalam genggaman. Melihat pisau itu, serentak air matanya jatuh. Jika benar ini adalah hari terakhirnya, dia berdoa agar anak dalam kandungannya selamat. Anak yang akan menemani hari-hari insan kesayangannya.
Panggilan telefon dari Ella dimatikan. Tubuhnya berpeluh. Dia menahan dirinya dari jatuh ke lantai dengan berpaut pada sofa. Puan Sri Camelia dan Tan Sri Zayed Irfan pantas berlari ke arah anak sulung mereka.
"Kenapa Zhaf?" Soal Puan Sri Camelia apabila melihat air mata Tengku Zhafril Irfan.
"Anisa ma..."
"Kenapa dengan Nisa, Zhaf... cakap dekat mama."
"Ella kol. Dia kata dah dekat sejam dia tunggu Nisa. Tapi..Nisa tak sampai lagi. Mana isteri Zhaf ma???"
Belum sempat Tan Sri Zayed Irfan bersuara, dia menerima panggilan telefon dari Mak Jah. Suara nya seakan dalam ketakutan.
"Allah.... kamu jangan pergi mana-mana. Duduk bersembunyi. Jangan keluar walau apa pun yang berlaku. InsyaAllah kita doakan yang terbaik."
"Sapa kol bang?"
"Mak Jah.. Nita dah culik Nisa."
What!!! Tengku Zhafril Irfan berdiri tegak. Jika sesuatu terjadi isteri dan anaknya, dia bersumpah Anita Sofea tidak akan selamat dari cengkamannya.
"Jom kita ke rumah Datuk Sauqi. Rocky kamu kol polis. Minta dorang datang ke sana. Sekarang." Arah Tan Sri Zayed Irfan. Mereka ke rumah mewah Datuk Sauqi menaiki kereta yang dipandu oleh Tengku Zhafril Irfan. Dalam perjalanan, Tan Sri Zayed Irfan menceritakan segalanya mengenai Anita Sofea dan keadaan yang melibatkan Datuk Sauqi.
Setelah rancangan dibuat, mereka dan anggota polis mengambil tempat masing-masing. Menunggu masa untuk mereka bertindak.
Pangggg... satu tamparan kuat melekap di pipi Anisa Sofea. Dia hanya mampu berdiam. Dia tidak ingin membalas semua serangan Anita Sofea. Dia tidak mahu adiknya itu mengapa-apakan anak di dalam kandungannya.
"Aku benci kau. Kau dah rampas tunang aku. Sepatutnya aku yang kahwin dengan Zhaf, bukan kau!"
Mata pisau terkena lengan Anisa Sofea. Ayunan tangan Anita Sofea tidak dapat di elak. Membuak darah yang keluar dari lengannya. Anita Sofea terdiam. Melihat kakaknya dalam kesakitan hatinya turut sama terhiris.
"Aku tak da niat nak lukakan aku. Aku sayang kau Nisa." adu Anita Sofea. Menitis air mata Anisa Sofea dengan pengakuan itu. Seumur hidupnya ini adalah kali pertama Anita Sofea menyatakan sayang terhadap dirinya. Ingin dipeluk tubuh adiknya itu. Dia tahu adiknya itu berada di dalam tekanan emosi. Cuba menenangkan adiknya. Namun suara seseorang mematikan niatnya. Wajah Tengku Zhafril Irfan kelihatan di depan pintu.
Pantas Anita Sofea berdiri menarik tubuh Anisa Sofea untuk berdiri. Perut kakaknya diusap perlahan. Lengan Anisa Sofea dipandang oleh Tengku Zhafril Irfan. Risau melihat baju yang dipakai isterinya dipenuhi darah.
"Ini anak you kan Zhaf... kenapa anak you ada dalam ni? Sepatutnya anak you ada dalam perut I."
"You patut kahwin dengan I bukan dia. Sebenarnya I yang perangkap you. I yang rancang semuanya..."
Anita Sofea ketawa kecil. Rancangannya betul-betul berjaya. Tanpa Anita Sofea sedari dirinya sudah dikepung oleh pihak polis. Polis yang berada di belakang tidak disedarinya. Hanya menunggu masa untuk bertindak.
Jadi selama ini dia yang bersalah. Menghukum isterinya tanpa mengetahui perkara sebenar. Betapa berdosa nya dia terhadap Anisa Sofea.
"Zhaf... please kahwin dengan I. I cintakan you..."
"Cinta I hanya untuk isteri I."
Mendengar ayat yang keluar dari Tengku Zhafril Irfan, Anita Sofea menolak tubuh Anisa Sofea kuat hingga kakaknya terjatuh ke lantai.....
YOU ARE READING
My Love, ANISA SOFEA
Romance( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga..... Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...