( 1st story )
Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea
Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung pipit. Namun dia kekurangan kasih sayang keluarga.....
Dia, menjadi igauan para gadis. Kacak, bertubu...
Anak kecil itu menanti dengan penuh sabar akan seseorang yang belum kunjung tiba. Berdiri di muka pintu bersama patung rabbit kesayangannya. Pemberian mama sewaktu dia masih kecil.
Dua puluh minit berlalu.....
Kedengaran enjin kereta BMW memasuki perkarangan rumah mewah itu. Kelibat Datuk Sauqi melangkah laju memasuki rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Tidak mempedulikan anaknya di muka pintu.
"Papa... papa... papa...." renyek anak kecil itu cuba memaut kaki papanya.
Mendengar renyekan si anak, Datuk Sauqi berpaling memandang anak itu dengan muka yang bengis. Spontan tangan nya menolak tubuh kecil itu sehingga terduduk. Menangis anak kecil itu diperlakukan sedemikian. Mak Jah yang hanya memandang dari jauh segera berjalan laju menuju ke arah anak kecil itu.
Dengan pantas, Mak Jah membangunkan si kecil dan dikesat air mata yang jatuh di pipi anak itu. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Air matanya turut jatuh mengenangkan nasib anak majikannya.
"Anak tak guna!!! Sebab kau isteri aku mati. Sebab kau aku hilang isteri!!!"
Jerkah Datuk Sauqi. Tubuh kecil itu ditarik kasar. Tangan nya laju memukul tubuh kecil itu tanpa belas kasihan. Menjerit anak kecil seusia enam tahun itu saat tangan gagah si ayah naik ke tubuh nya. Sudah lebam tubuh itu menjadi habuan si ayah. Tidak dipeduli akan tangisan si anak. Amarahnya membuak.
"Datuk,,, Kak Jah merayu.... Tolong jangan sakiti Anisa. Dia tak salah Datuk"
Rayu Mak Jah. Tubuh kecil itu kembali di dalam pelukan nya. Dipeluk erat jauh dari pandangan mata Datuk Sauqi.
Dari jauh kelibat Pak Atan muncul bersama dengan riak risau. Memandang si isteri dan Datuk Sauqi. Tidak faham akan situasi yang berlaku. Dia yang sedang mengelap kereta di garaj terkejut dengan jerkahan Datuk Sauqi yang kuat. Gusar andai Mak Jah ada membuat kesilapan sehingga mengundang amarah majikan mereka. Gigilan pada tubuh si kecil terasa di dalam pelukan Mak Jah. Allah.....
"Dia dah bunuh isteri aku. Dia bunuh orang yang aku sayang. Aku benci dia. Aku tak nak tengok muka budak ni." Datuk Sauqi menangis hiba. Air mata yang ditahan sedari tadi gugur juga.
"Ishtigfar banyak-banyak Datuk. Ingat Allah. Semua ini takdir dari-Nya. Datuk tak boleh salahkan Nisa. Dia sendiri pun tak minta benda ni terjadi." Nasihat Pak Atan dengan suara yang mengeletar. Takut kerana sepanjang dia bekerja, dia tidak pernah sekalipun menegur majikannya. Namun hari ni dia terpaksa. Datuk Sauqi seakan hilang arah. Jika dibiarkan teruk Anisa Sofea menjadi mangsa majikan mereka.
"Aku benci dia. Kenapa Allah tak tarik nyawa dia? Kenapa mesti Aisha...."
"Allahuakbar, ingat Allah Datuk. Saya merayu...." rayu Pak Atan. Air matanya cepat-cepat diseka. Tidak betah melihat keadaan Datuk Sauqi. Hatinya jatuh sayu melihat dua beranak itu.
"Arghhhhh" jerit Datul Sauqi kuat.
Prangggg...
Serentak dengan itu cermin hiasan di dinding menjadi mangsa amukan Datuk Sauqi. Ditumbuk kasar cermin itu seakan melampiaskan amarahnya. Berderai kaca memenuhi penjuru ruang tamu itu. Tangan yang luka dan berdarah itu tidak diendahkan. Luka di tangan tidak terasa jika dibandingkan dengan luka di hatinya saat ini. Kehilangan isteri dalam masa singkat. Terasa belum puas dia memadu kasih dengan isteri.
Langkahnya di atur menuju ke Anisa Sofea. Melihat papanya memghampiri terus sahaja Anisa Sofea memeluk Mak Jah. Takut.
Panggilan telefon mematikan langkah Datuk Sauqi yang sedang menuju ke arah anaknya.
Lantas telefon bimbit dicapai segera menjawab memandangkan panggilan dari pihak hospital.
"Baik saya akan ke sana sekarang." Balas Datuk Sauqi. Wajah si anak dipandangnya.
"Kau dengar sini baik-baik, sampai bila-bila pun kau bukan anak aku. Mulai hari ini, aku tak nak tengok kau Anisa Sofea!!!" Ucap Datuk Sauqi sambil melangkah menuju ke biliknya. Ingin membersihahkan diri dan akan bergegas ke hospital. Khabar berita yang diterima dari pihak hospital membuatkan hati lega. Tambahan pula tidak ingin dia menatap wajah Anisa Sofea lama-lama. Kebenciannya membuak-buak.
Mak Jah memandang Pak Atan. Pak Atan mengelengkan kepalanya. Air mata Mak Jah menitis. Kepala Anisa Sofea diusap dengan penuh kasih sayang. Anak patung arnab rona merah jambu itu kukuh berada di dalam pelukan anak kecil itu.....Dalam hati Mak Jah berfikir, apa lah yang anak kecil ini tahu. Semuanya sudah tertulis.....
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.