Bab 50

294 23 4
                                    




SEDARI tadi sekembalinya dari pasaraya Oja banyak berdiam diri. Bila Qaf ajak bercerita, yang dia balas hanya senyuman. Terkadang pun... hanya sepatah dua perkataan sahaja dikeluarkan.

Hati gelisah memikirkan kejadian tengah hari tadi. Mungkinkah Afiyyah menjadi saksi? Tidak juga.

Tetapi hati sering berbisik sesuatu. Namun Qaf masih cuba bersangka baik. Andai Oja melihat, tak salah dia berterus terang. Oja, isteri sah kepada Qaf. Dia layak untuk tahu apa yang Qaf sembunyikan dari dia.

Jika itu luka, lebih baik dikongsi. Rasa sakit itu akan berkurangan.

Andai itu ribut yang mahu melanda, tidak salah berlaku jujur dalam hubungan. Bimbang pula terjadi salah faham yang akan membawa pada perpisahan.

Selesai mencuci pinggan. Qaf atur langkah ke ruang tamu. Ada hati yang perlu disejukkan. Ada hati yang perlu diajak bercerita. Ada hati yang perlu tahu kejadian hari ini.

Dia, bukanlah seorang lelaki pengecut yang suka mencipta alasan. Dan dia juga, bukanlah seorang lelaki yang suka berbohong.

Namun, kebenaran itu pahit.

Dia sedia terima luka. Dia sedia Oja marahkan dia. Ya, Qaf tahu dirinya salah.

Qaf hampiri Oja yang sedang sibuk memandang ke kaca televisyen. Sedikit pun tidak menyedari kelibat Qaf sudah mengambil tempat di sebelah. Kalau pun dia sedar, dia buat tidak tahu sahaja.

Hatinya sedang sakit sekarang!

Qaf sengaja mendekat, tetapi Oja pula semakin menjauh. Bantal dipeluk erat. Sedikit pun dia tak menoleh pada Qaf di sebelah.

Qaf keluh kecil. Tahu, ia berpunca dari siapa.

"Fiyyah tengok cerita apa tu? Best ke?" tanya Qaf.

Sengaja dia membuka bicara. Biarpun dia tahu apa yang Oja sedang lihat.

Oja berdehem. "Ada mata kan. Tengok sendirilah."

Tupp!

Dingin. Tetapi kedengaran lucu di telinga Qaf. Oja marahkan dia, namun masih mampu bergurau dengan dia.

Tuhan...

Qaf tersenyum sahaja. Dia anggap balasan dari Oja sebagai permulaan bagi bicara.

"Tajuk? Macam best je. Tembak-tembak." Lagi dan lagi Qaf cuba menarik Oja.

Oja mencebik. "Takkan awak tak tahu? Nama cerita ni..."

"...Black Hok Don?"

Betul atau tidak dia sebut, Oja sudah tak kisah.

"Oh! Cerita tu... kenapa Fiyyah tengok cerita ni? Black Hawk. Helikopter tentera Amerika yang ditembak jatuh oleh milita Somalia pada tahun 1993." beritahu Qaf sambil tersenyum.

"Pertempuran Mogadishu. Ataupun Battle Of Mogadishu di pasar Bakara. Better Fiyyah tengok Malbatt je daripada tengok Black Hawk Down. Dalam filem ni, dia orang cuma selit nama Malbatt ataupun 19 rejimen askar melayu di raja RAMD. Fiyyah nak dengar abang cerita tak?" soal Qaf. Dia setia menunggu Oja.

Oja mengangguk laju. Dia menghalakan tubuh menghadap Qaf. Dengan mata yang bersinar, Qaf tahu Oja teruja hendak tahu kisah selanjutnya.

"Lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa demi selamatkan sekumpulan renjer Amerika yang telah terperangkap di Mogadishu, Somalia. 19 rejimen askar Melayu telah ditempatkan di Mogadishu dan bertindak sebagai pasukan tindak cepat. (QRF)"

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now