ಠಿ_ಠಿ
PADA game pertama group 2 mendapat hukuman kerana menjadi orang pertama tersingkir. Riedzman dan Fatima telah dihukum dan kini badan kedua orang itu basah dengan air cat hitam muka pun dah hitam. Habis semua orang mentertawakan mereka. Orang minyak hitam kata mereka.
Fatimah naik malu sehingga melarikan diri ke tandas terus selepas saja mereka habis disiram air cat hitam ditemani oleh Nurul Hana. Lain pula dengan Riedzman, lelaki itu meminta Aiman memotret dirinya juga bersama member reunion lelaki, nak buat kenangan. Kata Riedzman this great moments didn't come twice
Rasyidah dan Zubaidah mendapat 2nd place. First place pula ditempati oleh group 1 dan group 3 di 3rd place. Mereka bersorak bahagia sebab berjaya mempertahankan diri bersih daripada terkena noda cat hitam itu dan muka tak luput dari menayang muka bangga
Di game kedua pun begitu, Kumar-Amylia berjaya mendapat tempat kedua juga. Manakan tidak Kumar berlari dengan cukup laju berulang alik dari laut ke botol air yang diletak agak jauh sedikit dengan laut. Amylia tak boleh menahan tawa sambil mengisi air dalam span sebab Kumar yang terlalu serious dan bertenaga mahu memenangkan pertandingan. Badan gadis bergetar menahan tawa nasib baik air masuk ke dalam botol juga walau ada juga tertumpah sikit keluar
Hafiz Hadi walau pening kepala dengan tingkah dan kelakuan pelik ahli groupnya menarik senyum bangga buat mereka semua saat mereka berkumpul di tepi area permainan
" Good job guys..." Ucapnya penuh bangga pada Rasyidah-Zubaidah, Kumar-Amylia dan pada co-partnernya yang akan menemaninya melawan group lain nanti
" Yeah, we're strong enough to defeat them! " Jerit Rasyidah dan Zubaidah serentak disahut tawa oleh Fauziah, Kumar dan Amylia juga mereka saling bertepuk ria meraikan usaha mereka yang tidak mengecewakan.
Habis sahaja game pertama dan game kedua dimainkan kini semua pemain bersorak menyemangati pemain daripada group 1 melawan group 4. Kenapa bukan group 2 atau 3 untuk game ketiga ini. Dah tu number yang berjaya dicabut oleh Zafar. Nak buat macam mana.
" Now, we're at the last game for today di mana game ni adalah teka teki. Player number 1 akan mencabut number bagi menentukan player dari group mana yang akan menjadi lawan mereka. Seperti yang korang lihat tadi, Zafar telah pun mencabut dan lawan mereka adalah dari group 4. Aku pun tak tahu la kenapa group 4 selalu menjadi lawan group 1 " kata Hasya sengaja share fakta yang ia ketahui ini pada yang lain. Dia sangatlah perasan akan kebetulan yang indah ni
Mungkin kah kerana Yusuf ada di group 1 dan Fauziah ada di group 4. Kebetulan ini sengaja mahu menyatukan keduanya sebagai lawan. Kuat benar jodoh Yusuf dan Fauziah
Hasya pula yang teruja sendiri memikirkan itu. Oleh sebab itu lah dia mahu mereka menyedari juga.
" Mungkin sebab hanya kitorang yang layak lawan dengan group 1, sama kuat gitu " ujar Rasyidah dengan bangganya, terbit rasa menyesal di hati pula kerana tidak mencalonkan diri di game keempat bersama Hafiz Hadi. Hilang chance dia untuk bermain bersama Yusuf
" then diminta leader group 1 dan group 4 melakukan osom bagi melihat siapa yang akan pertama menyoal dan disoal "
Zafar dan Hafiz Hadi mengangkat tangan lalu serentak berkata " osom ...."
Dan kali ni Hafiz Hadi beruntung sebab dia dan Fauziah akan menjadi penyoal untuk pusingan pertama
Selepas itu mereka diarahkan untuk duduk di tempat masing-masing agar game boleh dimulai
Fauziah menarik nafas bagi menghilangkan rasa canggung dan segannya bila penonton perempuan memandang dia dengan perasaan iri hati sebabnya lawan dia adalah Yusuf!
YOU ARE READING
It is love.....?
FanfictionTerinspirasi dari Imagination ( FANFICTION ) " By fate I met you, by choice I will stay " ~~~ Muhammad Yusuf Al-Fateh ✿♡ Siti Fauziah ~~~ Fate always come unexpectedly (◍•ᴗ•◍) Didesak mengikuti reunion...