Dian memandang jam di tangan. Lagi seminit akan tepat pukul 9 pagi. Selalunya, Aidil pasti akan tiba ke pejabat tepat pukul 9 pagi, itulah rutin hariannya.
Menjadi setiausaha kepada Aidil telah menyebabkan Dian tahu dan faham segala jadual Aidil sebagai seorang bos. Bahkan, kerja ini juga diberikan oleh Aidil sebaik sahaja dia tamat belajar tiga tahun yang lepas.
Cuma, hari ini merupakan hari pertama Dian perlu menjadi pekerja yang sebenar-benarnya, tanpa menggalas gelaran kekasih rahsia kepada bosnya sendiri.
Dian memandang dengan ekor matanya kelibat Aidil yang berjalan terus masuk ke dalam bilik tanpa sedikit pun memandang ke arahnya. Selalunya, Aidil pasti akan memandang ke arahnya dengan senyuman manis. Kadang-kadang Aidil akan berkelakuan nakal dan mengenyit mata kepadanya sambil mengucap 'I love you' secara senyap-senyap tanpa diketahui orang.
Dian mengeluh lemah. Dia terimbau masa dulu ketika kali pertama dia berkenalan dengan Aidil. Ketika itu dia masih berada di tahun pertama pengajiannya manakala Aidil sudahpun berada di tahun akhir. Aidil yang banyak memulakan langkah dan akhirnya mereka bercinta juga sehingga mencecah enam tahun. Sehinggalah kelmarin...
Lamunan Dian terhenti apabila dia terdengar bunyi kasut tinggi berdetuk-detak berjalan di hadapannya. Serentak dengan itu, pintu bilik Aidil terbuka dan lelaki itu muncul di muka pintu. Aidil menyambut wanita itu di muka pintunya dan mereka bergelak tawa tanpa menghiraukan mata pekerja-pekerja yang sedang memerhati, termasuklah Dian.
Dian jadi berdebar apabila Aidil dan wanita itu melangkah ke arah partitionnya.
"Dian, pack your things."
"Apa?"
"You are not going to work with me anymore."
"Ta...tapi kenapa Encik Aidil?" Tergagap-gagap Dian ingin mengeluarkan kata-katanya. Aku kena pecat ke? Takkanlah!
"Awak tak dengar ke saya cakap apa? Saya cakap awak takkan kerja dengan saya lagi! You are fired! Mulai harini, Sofia yang akan menggantikan tempat awak."
Muka Dian sudah pucat tidak berdarah. Takkan sampai macam ni sekali? Takkan kerana hubungan mereka sudah berakhir, Aidil sanggup memecatnya. Sangat tak profesional!
"Aidil!"
Dian dan Aidil sama-sama berpaling memandang ke arah suara garau itu.
Dian sudah menelan air liur melihat 'bos besar' sedang memandang mereka dengan muka yang marah.
"Both of you, in my room. Now."
Dian memandang ke arah Aidil dan lelaki itu juga memandang ke arahnya. Kemudian Aidil rerus melangkah ke arah bilik bos besar dan Dian mengikut di belakangnya.
"Apa ni Aidil?" Tan Sri Adam mula bersuara.
"Apa daddy? Aidil cuma pecat pekerja Aidil je! Salah ke?"
Dian masih diam menikus.
"On what reason yang Aidil nak pecat Dian macam tu je?"
"Dian dah tak bagus. I don't like the way she works anymore. Sebab tulah Aidil cari Sofia. She can work much better than Dian!"
Dian memandang Aidil yang melepaskan kata-kata seolah-olah dia tidak berada di situ.
Tan Sri Adam diam sambil memerhatikan mereka berdua yang masih tegak berdiri di hadapannya.
"Okay, kalau Aidil dah cakap macam tu, apa daddy boleh cakap lagi."
Aidil sudah tersenyum sinis.
"Tapi daddy tak nak Aidil pecat Dian. Dian akan tetap kerja di sini."
Senyuman Aidil mati. "Mana boleh daddy! You already have Kartini as your secretary, habis tu Dian nak jadi apa? Tea lady?"
Mencerlung mata Dian mendengar kata-kata Aidil. Sampainya hati Aidil! Aku bukannya tak berkelayakan sampai dia nak suruh aku jadi tea lady!
"Dian will stay. Esok Norman akan masuk kerja dekat bahagian kewangan."
Berkerut-kerut dahi Aidil mendengar penjelasan daddynya. Norman? Norman as in Norman my cousin? No way!
"Dian, mulai esok awak kerja dekat bahagian kewangan sebagai secretary Norman. Norman is my nephew, his father hold 30% of this company's share. Tapi jangan risau, he's not that fussy. Faham, Dian?"
Dian mengangguk laju dengan senyuman. Alhamdulillah, masa ada rezeki untuk aku di sini!
"Faham, Tan Sri."
"But, daddy..." Aidil cuba membantah.
"Daddy tak nak dengar lagi Aidil. Kamu berdua boleh pergi. Dian, hari ni awak boleh balik awal. Esok masuk kerja balik."
Dengan muka yang cemberut, Aidil terus keluar dari bilik daddynya dengan hati yang sebal.
Damn it! Aidil menyumpah dalam hati. Belum lagi tiba hari esok tetapi hati Aidil sudah mula dirasuk cemburu memikirkan yang Dian bakal bekerja dengan Norman mulai esok.
***
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
