Aidil mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil dengan geram. Tali leher yang terasa seperti mencengkam lehernya dilonggarkan dengan kasar. Dia duduk di birai katil dan meraup rambutnya sehingga kusut. Pendingin hawa yang menyejukkan bilik hotel itu ternyata tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas.
Semuanya berlaku apabila dia ternampak Dian berjalan keluar dari hotel bersama Norman ketika dia sedang makan tengah hari bersama Dato' Kamal. Lebih menyakitkan hati, Dian tidak membalas mesej dan panggilan daripadanya langsung.
Telefon bimbit Aidil yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Aidil pantas mencapai kembali telefon bimbitnya kerana menjangkakan pesanan daripada Dian. Tetapi, wajah Aidil berubah apabila nama yang tertera di skrin telefonnya ialah Norman.
Aidil menyentuh skrin telefon bimbitnya untuk membuka pesanan itu. Wajah Aidil bertukar merah apabila gambar selfie Norman bersama Dian yang kelihatan sangat gembira terpampang di skrin telefon bimbitnya. Latar belakang gambar itu menunjukkan mereka berdua berada di Underwater World. Di bawah gambar yang dihantar Norman itu terdapat satu pesanan.
Sorry dude, but I'm not going to be easy on you. Dian bukan milik sesiapa lagi but I'll make sure she will be mine. - Norman
Aidil merengus kasar membaca mesej Norman. Damn it!
Perasaan cemburu yang sedang bersarang di hatinya membuatkan Aidil mendail nombor seseorang dengan perasaan yang geram.
Norman, you really need to know your opponent first.
***
Norman memandang telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi. Nama Aidil yang tertera pada skrin telefonnya membuatkan Norman tersenyum sinis. Dia memberitahu Dian yang sedang asyik melihat penguin untuk menjawab panggilan sebentar. Apabila Norman sudah jauh dari Dian, dia menjawab panggilan Aidil.
"Damn you, Norman!" Marah Aidil sebaik sahaja Norman menjawab panggilannya.
Norman ketawa sinis. "Looks like someone's burning." Ujar Norman sengaja menambahkan bara pada api.
"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku, Norman? Why it has to be Dian? Apa yang kau nak sebenarnya ni?!"
"Aku nak Dian! I love her and you were stupid enough to let her go! Jadi tak ada masalah kalau aku nak dia, kan?"
Kini giliran Aidil yang ketawa sinis di hujung talian. "I'm not stupid, Norman. Aku tahu kenapa kau nak Dian. Ingat Norman, she's not 'her'." Sengaja Aidil menekan perkataan 'her'.
Norman terdiam mendengar kata-kata Aidil. Dahinya jadi berkerut.
"What do you mean?"
"You know what I meant. Aku tahu aku tak boleh paksa Dian untuk terima aku sekarang eventhough she used to be my girlfriend for six freaking years. Tapi aku juga takkan mengalah untuk rebut hati Dian semula," ujar Aidil penuh yakin. "For your information, I will not go easy on you too Norman. I don't freaking care if you're my cousin or not."
Mendengar kata-kata Aidil membuatkan Norman menjadi panas hati. Lebih mengejutkan, Aidil tahu sesuatu tentangnya.
"Damn it, Aidil! How do you know about 'her'? Tell me!"
"Dunia ni tak besar mana pun Norman. Balik-balik kita jumpa orang yang sama jugak. Lebih-lebih lagi, Malaysia ni tak sebesar Australia, betul tak?" Aidil sengaja ingin memanaskan lagi hati Norman dengan persoalan.
"Apa yang kau tahu tentang 'dia'?!"
Terdengar Aidil ketawa lagi di hujung talian. "Next time, get to know your opponent first before you pull out something like this. Bukan aku yang akan rugi tapi kau," ujar Aidil sebelum mematikan taliannya.
Norman menggenggam erat telefon bimbit di tangannya kerana geram. Terasa ingin sahaja dia mencampakkan telefon bimbit itu ke dinding kerana terlampau marah.
"Norman, awak okey tak ni? Lamanya jawab telefon..." tanya Dian yang pelik kenapa Norman mengambil masa yang lama untuk menjawab panggilan telefon.
"Kita balik sekarang."
Dahi Dian berkerut. "Kenapa ni? Kita baru je sampai, kan? Saya belum tengok jellyfish lagi!" ujar Dian yang tidak menyedari perubahan mood Norman.
"Saya kata kita balik sekarang! Do you get me?" tanpa sedar Norman meninggikan suaranya. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Dian di belakangnya.
Dian tersentak mendengar suara Norman yang sudah berubah nada. Apabila lelaki itu melangkah pergi meninggalkannya, timbul rasa marah dalam hati Dian.
Amboi-amboi...! Senang-senang hati dia je nak marah-marah anak orang! Tadi bukan main romantik, tapi bila angin kus-kus dia datang... habis semua orang dia nak terbalikkan! Asyik kita aje yang nak kena ikut kepala dia! Norman dengan Aidil dua-dua sama!
Ahh, lelaki memang semua sama je! Hipokrit!
***
Notakaki : Ops, I didn't saw that coming! Hahaha. Korang rasa, apa rahsia yang Norman dan Aidil simpan ni? Jeng jeng jeng...
p/s I'll take a break from writing sekejap eh? Gonna miss all of you! xoxo
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
