BAB 25

38.8K 1.6K 70
                                    

Nama Aidil yang tertera di skrin membuatkan Dian jadi serba salah. Tapi... Sekarang ni bukan waktu kerja pun! Aidil sendiri yang cakap habis je meeting, dah boleh pergi mana-mana.

Come on, Dian. Make up your mind!

"Tak nak angkat ke?" tanya Norman.

Dian memandang skrin telefon bimbitnya yang masih tertera nama Aidil. Selepas membuat keputusan, Dian menolak butang mute pada bahagian sisi telefon bimbitnya dan bunyi deringan pun berhenti.

Mungkin aku kena bagi masa kepada diri sendiri untuk memikirkan tentang lamaran Aidil. Kalau aku semakin rapat dengan dia, mungkin aku akan buat keputusan berdasarkan perasaan, bukannya menggunakan akal, gumam Dian dalam hati.

"You know what... your decision makes me feel happy," ujar Norman dengan senyuman. "Saya tak nak Aidil ada dalam fikiran awak, bila awak ada dengan saya. Kalau saya ni ada kuasa ajaib, dah lama saya buat magic dekat awak supaya awak pandang and ingat saya sorang je."

Dian tergelak kecil. "Encik Norman, saya nak tanya satu soalan boleh?"

"Boleh, tapi dengan satu syarat." Norman senyum penuh makna.

"Aik... nak tanya soalan pun kena ada syarat?"

"Awak ingat awak sorang je boleh letak syarat ke, Cik Dian?"

"Okay, fine." Ujar Dian dengan bibir yang sudah memuncung. "Apa syaratnya?"

"Syaratnya ialah... saya tak nak dengar perkataan 'encik' lagi dari mulut awak kalau di luar waktu kerja. Formal sangatlah Dian... kita bukannya tengah bekerja pun!" Norman mengadu. "Lagipun, it's a way to make us closer. Betul tak?"

Dian terdiam. Biar betul bos aku ni...

"Tak naklah, Encik Norman. Saya tak biasa!"

"Kalau tak biasa, biasakanlah."

"Kalau tak panggil Encik Norman, nak panggil apa?"

"You can call me Norman tapi kalau nak advance sikit bolehlah panggil Abang Norman ke, sayang ke, darling ke, sweetheart ke... Orang kata kan, nak eratkan kasih sayang macam nilah caranya Dian..." usik Norman dengan tawa kecil.

Makin berkerut dahi Dian mendengarnya. Lantas tangannya pun mula bergerak seperti mak ketam lalu mencubit bahu Norman.

"Encik Norman ni...! Main-main pulak! Cancel nak tanya soalan!"

"Gurau je sayang..." ujar Norman selamba membuatkan Dian terkedu. "Tapi bab panggilan tu saya serius Dian... saya tak nak awak panggil saya 'encik' kalau di luar waktu bekerja, okey? Lagipun, you have decided to give me a chance to win your heart, kan?"

Dian mengangguk perlahan. Tak salah pun kalau bagi Norman cuba, kan? It doesn't have to be Aidil all along!

"Okay, fine. Saya panggil awak Norman. Happy?"

"Gila tak happy? Mestilah happy, sebab saya dah nampak masa depan saya cerah dengan awak ni..." usik Norman lagi.

"Over confident sangat!"

Norman tergelak. "Okeylah... sekarang giliran awak. Soalan apa yang awak nak tanya saya tadi?"

Dian terdiam lagi. Dia berfikir sejenak. Patut ke tak patut tanya dia soalan ni? Alah Dian, ghasak pi lahhhhh...!

"Aik, nak tanya soalan pun kena fikir dulu?"

Dian menjeling. "Sabarlah... Nak tanyalah ni."

"Okay, shoot."

"Out of all woman, including those pretty ladies in Australia, why do you choose to like me?"

Norman tersenyum mendengar soalan Dian. "You really wanna know?"

"Yes."

"Berapa reasons awak nak?"

Dian berfikir sejenak. "Tiga cukup."

"I can give more if you want..." ujar Norman penuh keyakinan.

"Tiga cukuplah, Encik Norman. Nanti tak habis cerita pulak..." ujar Dian tanpa menyedari dia menyebut perkataan encik lagi.

"Apa tadi, sayang? Encik Norman?" Sengaja Norman berpura-pura tidak dengar.

"Ops silap... Norman..." Dian tersengih.

"Kalau awak panggil Encik Norman lagi, saya akan panggil awak sayang. Saya tahu, awak memang suka saya panggil awak sayang kan?"

"Ish, mana ada! Saya tersilap jelah tadi!" kata Dian. "Okey, awak pulak jawab soalan saya."

"Firstly, saya dah mula have feelings for you from the first time we met. Awak ingat tak yang awak langgar saya?"

Dian mengangguk.

"That was when I first fall in love with you. Your eyes... It was so addictive that I can't let it go from my eyes. Mungkin orang kata... Dari mata jatuh ke hati?"

Pipi Dian yang berkulit putih sudah mula bertukar kemerah-merahan kerana malu.

"Secondly, I really love your smile. Bila awak senyum, alahai... rasanya nak gugur iman ni tau! Sebab tu saya nak awak sentiasa happy, so that you can always smile for me..."

Dian tergelak kecil mendengar statement Norman. Eleh... nak gugur iman konon! Propa sangatttt...!

"Thirdly?"

"Thirdly... because it is you. Awak ialah awak Dian. Awak tak pernah cuba jadi sesiapa pun. You have your own personality and your personality makes me fall for you..."

Dian jadi diam tidak terkata mendengar jawapan Norman. Dia terasa seperti dirinya amat dihargai!

"Tapi, satu je yang awak kena tahu Dian... Saya tak pilih untuk jatuh cinta terhadap awak, tapi hati saya yang pilih  awak. And my heart never lies, sweetheart."

***

Notakaki : Another update untuk semua! Enjoy reading, okay? Much love from me! <3

Bekas Kekasih Dia! ☑Where stories live. Discover now