Sudah dua bulan berlalu semenjak peristiwa Aidil pengsan ketika mereka berada di Ipoh. Selama dua bulan itu jugalah Aidil jarang sekali menghubungi Dian. Sangat jarang sampai boleh dikira dengan jari di sebelah tangan sahaja.
Kira bertuahlah kalau Aidil yang menghubunginya dulu, itupun sekadar untuk bertanya khabar kurang daripada dua minit setengah. Selalunya memang Dian yang akan menghubungi Aidil dulu walaupun Aidil lebih banyak tidak menjawab daripada menjawab callnya.
Dian duduk di meja kerjanya dengan fikiran yang resah. Majlis kahwin mereka lagi sebulan tetapi tiada perkhabaran apa-apa daripada Aidil.
Jadi ke tak jadi ni? Kalau tak jadi bagitahulah cepat tak ada la aku nak makan hati sangat. Dah puas makan hati berulamkan jantung ni... Kenyang sangat dah!
Dian juga kerap menghubungi mummy Aidil untuk bertanya khabar tetapi ketika mereka berbual tidak pernah pula wanita itu menyebut tentang perkahwinan yang ingin dibatalkan atau apa-apa berkenaan dengan pembatalan majlis itu. Malah wanita itu juga pernah menemaninya untuk membeli baki barang hantaran yang belum selesai.
Maknanya... mesti jadilah kan? Ish... kau jangan buat andaian sendiri Dian. Karang tengok-tengok Aidil yang tak ada masa akad nikah. Kalau pengantin lelaki tak ada, kau nak kahwin dengan siapa? Tok kadi nak akadkan siapa? Sanggup nak kahwin dengan orang lain?
Eii... mintak simpang! Tak nak orang lain, nak Aidil jugak!!! Bagi Remy Ishak pun tak hingin dah!!!
Marahlah macam mana gaya, merajuklah macam mana pun, tapi kalau hati dah sayang dan cinta mesti yang itu juga dia nak!
Dian tak kira, dia mahu dengar jawapan sendiri dari mulut Aidil. Kalau nak cakap nak, kalau tak nak aku boleh berundur.
***
Sebaik sahaja Dian menjejakkan kaki ke bangunan tempat kerja lamanya, hatinya rasa berdebar. Mata-mata yang memandangnya dibuat tidak peduli. Bukan Dian tidak tahu ramai juga yang kurang gemar dengan gelaran 'tunangan CEO' yang disandangnya sejak beberapa bulan yang lepas.
Yelah, dulu dia menjadi setiausaha Aidil pun ramai yang suka buat cerita yang bukan-bukan tetapi masih berjaya ditepis oleh Aidil dan Dian ketika itu. Tup tup selepas tiga tahun bekerja dengan Aidil dia dipecat dan dijadikan pula setiausaha kepada Norman. Ketika itu pun ramai yang mencipta gosip lebih-lebih lagi apabila Norman kelihatan rapat dengannya.
Tapi pi mai pi main tang tu jugaklah... Norman yang digosipkan dengan Dian akhirnya berkahwin dengan Julia dan Dian pula bertunang dan bakal berkahwin dengan Aidil.
Nampak tak perjalanan cerita ala-ala Hindustan dekat situ?
Sampai sahaja di tingkat 10, Dian menapak ke arah bilik Aidil. Sebelum itu sempat dia melalui bilik Norman dan partition kerja lamanya yang kini sudah diduduki oleh orang lain.
Sampai sahaja di partition Sofia, Dian meminta izin untuk berjumpa dengan Aidil. Walaupun Sofia masih kelihatan seperti tidak menyenanginya, tetapi tidaklah sampai ingin bermasam muka dengan Dian. Mungkin takut dibuang kerja dengan Aidil kot... Aidil tu kan garang. Sempat lagi Dian mengata dalam hati.
Apabila sudah mendapat kebenaran, Dian melangkah ke arah pintu bilik lelaki itu. Perlahan-lahan pintu bilik Aidil diketuk. Selepas mendengar arahan untuk masuk, teragak-agak Dian memusing tombol pintu bilik lelaki itu.
Aidil langsung tidak memandang ke arah pintu walaupun kedengaran pintu biliknya dibuka. Dia tahu itu Dian, Sofia ada memberitahunya tadi sebelum Dian masuk ke dalam biliknya.
Jujur, tipulah jika dia tidak terasa hati dengan Dian sejak kes dulu. Sebab itulah sampai sekarang dia bersikap dingin dengan Dian. Selalunya hanya Dian yang merajuk, kali ini biarlah dia pula ingin melayan rajuknya sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
