"Hello...?"
"Hi, Dian!" Aidil bersuara ceria di hujung talian. "Dian tengah buat apa?"
"Erm... Takde buat apa."
"Malam esok busy tak?"
Dahi Dian berkerut sedikit mendengar pertanyaan Aidil. Ini dah mimpi apa pulak dia ni...
"Tak kot... kenapa?" tanya Dian kembali.
"Malam esok mummy dengan daddy nak buat kenduri tahlil untuk arwah Tok Ayah dengan Tok Ma. Mummy suruh abang ajak Dian datang..." ujar Aidil. "Abang pun sebenarnya memang nak Dian datang... boleh?"
Dian menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Dian tak boleh nak janji... Dian segan."
"Kenapa nak segan? Dian kan dah pernah jumpa mummy... walaupun masa tu Norman yang bawak Dian datang rumah. Kali ni biarlah abang yang kenalkan Dian dengan mummy pulak..."
"Tapi..."
"Dian jangan risau... Abang bawak Dian jumpa mummy dengan daddy bukan sebab nak paksa Dian terima abang. Take your time, sayang. Abang tak paksa. Abang akan tunggu Dian," ujar Aidil ikhlas.
Dian tersenyum walaupun Aidil tidak dapat melihat senyumannya. "Insya-Allah... esok Dian datang."
"Dian tak payahlah drive sampai sini. Majlis lepas Isyak, bahaya Dian nak drive sorang-sorang. I'll pick you up by 8 pm, okay?"
"Okey..."
"Goodnight sayang... Sweetdream. Jangan lupa tidur tu mimpikan abang," usik Aidil.
"Tak naklah... mimpi awak tu maknanya mimpi ngeri!"
"Sampainya hati cakap abang ni mimpi ngeri... Abang kalau termimpikan Dian ibarat mimpikan bidadari tau!"
"Yelah tu!" Dian mencebikkan bibirnya. Propa sangat!
***
Dian menilik dirinya sekali lagi di hadapan cermin solek. Kejap-kejap dia berpusing untuk melihat sama ada dirinya kelihatan elok dalam baju kurung dan tudung tersebut.
Dian memilih untuk memakai baju kurung biasa warna biru gelap. Selendang warna hitam pula dililit dengan kemas di atas kepala menutup semua rambutnya. Wajahnya pula hanya disapu sedikit bedak dan secalit gincu nipis agar tidak kelihatan begitu pucat.
Baru Dian hendak membelek dirinya sendiri buat kali terakhir, telefon bimbitnya berbunyi memaparkan nama Aidil.
"Dian dah siap ke? Abang dah ada kat bawah ni."
"Dah... tunggu jap, Dian turun sekarang."
Dian mematikan telefon bimbit sambil mencapai beg tangan di atas katil. Pintu rumah dikunci dan dia terus melangkah ke arah lif untuk ke tingkat bawah.
"Cantiknya... anak siapalah ni..." usik Aidil sebaik sahaja Dian masuk ke dalam kereta.
"Anak Pakcik Hamid dengan Makcik Yusra... haruslah cantik, kan!" ujar Dian selamba.
"Ini kalau anak Pakcik Hamid dan Makcik Yusra bergandingan dengan anak Pakcik Adam dan Makcik Khaleeda, confirm sepadan ni!"
"Yeke sepadan?" Dian buat-buat tanya. "Rasanya Dian lagi sepadan dengan Remy Ishak kot!" usik Dian.
"Eii Dian ni... tak habis-habis dengan Remy Ishak! Abang sepuluh kali lebih handsome daripada dia!"
"Mana ada... tak ada nampak ciri-ciri tall-dark-handsome macam Remy Ishak pun!" usik Dian lagi.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...