Dian menarik nafas dalam apabila berada di pintu pagar banglo besar dan mewah milik keluarga Aidil. Di dalam kawasan rumah itu dapat dilihat sudah penuh dengan manusia yang menghadiri majlis hari jadi Puan Sri Khaleeda.
Dia jadi gementar. Sepanjang dia bercinta dengan Aidil, tak pernah sekalipun Aidil membawanya ke rumah ini, apatah lagi untuk memperkenalkannya sebagai teman wanita lelaki itu kepada orang tuanya. Sekarang, dia berada di hadapan rumah bekas kekasihnya sendiri bersama dengan bosnya, Norman.
"Dian, awak okey?" tanya Norman apabila Dian tiba-tiba berhenti di hadapan pagar.
Dian cuba untuk tesenyum dan membuang segala perasaan gelisahnya. "Okey, saya okey."
"Ready to go in?"
"Sure."
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kawasan rumah banglo itu. Mata-mata yang tiba-tiba memandang ke arah mereka membuatkan Dian rasa tidak selesa. Dia memandang diri sendiri. Aku pakai baju terbalik ke? Ataupun make-up aku comot ni?
"Encik Norman, why are they looking at us?"
Norman senyum. "No, they're looking at you."
"Why?"
"You're a threat, Dian."
"A threat?"
"Because you're so pretty, dear."
Dian dapat rasakan wajahnya sudah bertukar warna. Dia memegang pipi sendiri bagi meredakan rona merah yang muncul di pipinya yang berkulit putih.
Norman melangkah ke arah Puan Sri Khaleeda dan Tan Sri Adam yang ditemani dengan Aidil di sebelah pasangan suami isteri itu. Dian jadi gementar tetapi cepat dia meredakan rasa gementarnya lalu dia turut melangkah bersama Norman ke arah mereka.
Aidil memandang ke arah Dian dengan matanya yang tajam. Perasaan cemburunya jadi membuak-buak apabila melihat Dian datang ke majlis itu bersama Norman.
"Norman, datang pun kamu... Aunty ingat tak datang tadi..." ujar Puan Sri Khaleeda ceria lalu terus memeluk anak buahnya itu. Norman membalas pelukannya lalu menyalami tangan Puan Sri Khaleeda dan Tan Sri Adam.
"Takkanlah tak datang aunty... It's your birthday kan, mestilah saya datang!"
"You're not alone, I see. Tak nak kenalkan this beautiful lady dekat aunty ke?"
"Oh lupa nak kenalkan. Ini Dian Raisya, pekerja merangkap kawan dan partner-in-crime saya untuk malam ni. Uncle dengan Aidil dah kenal Dian sebab kita semua work in the same building."
Sempat Dian menjeling Norman sebelum tersenyum dan menyalami tangan Puan Sri Khaleeda. "Happy birthday, Puan Sri." Ucap Dian.
"Thanks, darling. Berapa lama dah couple dengan Norman?" Sengaja Puan Sri Khaleeda bertanya soalan itu untuk mengusik Norman.
Mata Dian membulat. Pantas dia menggeleng. "Tak... Bukan macam tu, Puan Sri."
"Belum lagi aunty... Tapi aunty doa-doakanlah ya... Susah nak dapat ni..." usik Norman pula sambil tersenyum memandang Dian yang sudah kalut.
Aidil menjadi semakin panas. Dia meletakkan gelas di tangannya ke atas meja dengan sedikit kuat kerana geram. Kalau tidak kerana sekarang ini dia berada di dalam majlis, mahu sahaja dia membelasah Norman yang sesuka hati sahaja ingin memikat Dian.
"Oh Norman, before aunty lupa, can you come with me for a while? Ada sesuatu yang aunty nak bagi dekat mama kamu, nanti kamu tolong pass bagi pihak aunty ya?"
"Sure aunty. Dian, awak tunggu kat sini kejap."
Dian mengangguk. Puan Sri Khaleeda dan Norman melangkah masuk ke dalam banglo besar itu meninggalkan Dian dan Aidil berdua di situ selepas Tan Sri Adam juga sudah ke tempat lain. Sempat Dian melihat Aidil dari ekor matanya sebelum mengalih pandangan ke arah air pancut buatan di hadapannya.
"You're killing me, Dian."
Dahi Dian berkerut. Apa yang Aidil cakap ni?
"You come here looking like a beauty, tapi Dian datang bukan dengan abang. Kenapa Norman?"
"Sebab abang tak pernah bawa Dian ke sini. What else should I say?"
"Dian, I'm jealous. I'm freaking jealous. Please, Dian... I don't like it. I don't like it a bit."
Dian buat tak layan.
"Sepatutnya abang yang kenalkan Dian dekat mummy, bukannya Norman! I should be doing all those things, Dian."
Dian memandang Aidil tajam. "Yes, you should do all those things. But, did you do it? Did you, Encik Aidil?" Mata Diam tajam menikam mata Aidil untuk meminta jawapan.
Aidil terdiam.
Dian tersenyum sinis. "You did not, Encik Aidil. You did not. Apa yang awak buat hanyalah untuk cuba sorokkan hubungan kita. Why? Sebab saya ni tak layak untuk awak. Am I right, Encik Aidil?"
Aidil tidak mampu untuk menjawab. Dia sedar semuanya berpunca dari dia.
"You don't have the rights to be jealous, Encik Aidil. Awak langsung tak ada hak untuk cemburukan saya dan Encik Norman. Awak putuskan hubungan kita, awak pecat saya, awak gantikan tempat saya dengan Sofea, ada saya bantah, Encik Aidil? Tak ada."
Aidil meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. "I know, Dian. I know. It's all my fault. I'm sorry. Tapi please Dian... Bagi abang satu lagi peluang. Just one more chance, sayang."
"6 years is a long time, Encik Aidil. Saya dah maafkan awak, tapi untuk bagi awak peluang lagi, I think I can't. I'm sorry. Insya-Allah... Kalau kita ada jodoh, we'll be together no matter what, Encik Aidil."
Dian terus berpaling dan melangkah pergi dari situ. Tanpa sedar, setitis air mengalir di pipinya.
***
Notakaki : Super long chapter sempena Hari Malaysia! Do vote and comment to show your support, okay? Enjoy cuti anda! :)
YOU ARE READING
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...