Dian bangun pada pagi Sabtu itu dalam keadaan rumah yang sunyi sepi. Dahinya berkerut.
Takkan Yatie keluar kot... tak inform aku pun. Pagi tadi masa Subuh dia ada je lagi. Takkan aku baru tidur sejam dua dia dah lesap? Aik... pelik pelik...
Dian memeriksa telefon bimbitnya. Terdapat satu pesanan daripada Yatie.
Dian aku keluaq dating dengan tunang sat naa... satgi aku makan tengah hari kat luaq. hang tu duduk rumah elok-elok tau.
Dian mengeluh lemah. Sedikit sebanyak dia berasa cemburu dengan Yatie. Yatie ada tunang yang sangat setia dan sayangkannya. Tunang Yatie telah menunggu Yatie sejak mereka sama-sama berada di sekolah menengah lagi. Dengar kata, mereka akan melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. Untungnya Yatie...
Argh!!! Bosannya! Takkan aku nak duduk mereput je dekat rumah hari Sabtu macam ni? No way!!!
Dian pantas bangun dan mencapai kain tuala dan melangkah masuk ke bilik air. Selesai mandi, dia bersiap ala kadar dengan memakai seluar jean biru gelap dan blaus hitam. Rambutnya yang panjang dan beralun di bahagian hujung itu diikat gaya messy bun. Disapukan sedikit bedak pada muka dan gincu warna asli pada bibirnya agar tidak nampak lesu.
Apabila berpuas hati dengan imej sendiri, Dian mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari rumah.
Okey, sekarang ni aku nak pergi mana? bisik hati Dian sebaik sahaja dia menghidupkan enjin kereta.
Ah, pergi jelah mana-mana pun Dian!
***
Dian sempat singgah di kafe kegemarannya untuk minum pagi. Sebenarnya kafe ini ialah kafe kegemaran Dian dan Aidil. Aidil jugalah yang memperkenalkan kafe ini kepadanya.
"Kenapa abang suka sangat kafe ni?"
"Sebab kafe ni serves the second best coffee in town."
"Really? Habis tu kafe mana yang serves the best coffee in town?"
"Kopi yang paling best mesti la kopi Dian. Mana ada orang boleh lawan kopi yang Dian bancuh tau! Kalau sehari abang tak minum kopi Dian, boleh mereng kepala."
Dian tersenyum sendiri apabila teringatkan perbualan antara dia dan Aidil. Angannya terhenti apabila pelayan meletakkan sepinggan french toast dan secawan espresso dengan art berbentuk hati di atasnya.
"Thanks Chris. Looks delicious as always." Dian tersenyum melihat french toast yang kelihatan amat lazat terhidang di atas pinggannya.
"You're welcome sweetie. Alone today? Mana boyfriend you?" tanya Chris, pelayan dan juga merangkap manager di kafe ini. Dian selalu datang ke kafe ini bersama Aidil dulu, oleh itu Chris sudah cukup kenal dengannya.
"Don't know and don't care."
Chris angkat kening ala-ala Ziana Zain. "Uuu... looks like someone got up at the wrong side of the bed today."
"We broke up, Chris."
"No way...!" Kain buruk di tangan di campak di atas kaunter bar dan dia terus duduk berhadapan dengan Dian. "Bila broke up?"
"Seminggu lepas."
"Why?"
"Why not?"
"Sayangnya... you guys were like the most sweetest couple ever."
Dian menjungkitkan bahunya. "Not for him, I guess."
"So, no more you and Aidil la ni?"
Dian mengangguk.
"So, you guys are not going to come to this cafe together lagi la ni?"
"Ala Chris, mana boleh I tak datang sini. You guys serves the best french toast in town tau! Tapi mulai hari ni I akan datang seorang je la, tak ada teman."
"I hope one day, you datang kedai ni for your french toast and Aidil datang for his coffee at the same time. Masa tu, I nak boom kan you berdua balik."
Serentak dengan itu, loceng pada pintu kafe itu berbunyi tanda ada pelanggan baru masuk. Dian dan Chris sama sama memandang ke arah pintu.
Mata Dian menbulat melihat lelaki yang baru sahaja muncul di muka pintu kedai itu dan lelaki itu turut terkejut melihat Dian.
"Dian?"
***
Notakaki : Hi peeps! So, korang ni sebenarnya team siapa? #TeamAidil atau #TeamNorman ?
ANDA SEDANG MEMBACA
Bekas Kekasih Dia! ☑
RomanceGenap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka di...
